Vitamin C adalah vitamin yang sentiasa menjadi keperluan utama kepada sistem tubuh. Ia memberi kesan positif kepada pelbagai aspek manfaat kesihatan tubuh.
Malangnya tubuh manusia tidak dapat menghasilkan atau mengeluarkan sendiri vitamin C.
Ini bermakna sumber bekalan vitamin C kita yang utama hanyalah berdasarkan kepada faktor pemakanan. Sumber makanan tinggi vitamin C seperti yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran perlu ada dalam diet kita sehari-hari, dan termasuk juga suplemen.
Kekurangan vitamin C dalam tubuh akan menyebabkan kesan buruk kepada tahap kesihatan. Ini termasuklah kesan mudah dijangkiti virus, luka lambat sembuh, masalah pendarahan gigi & gusi, lemah sendi & tulang, cepat letih dan pelbagai lagi.
Vitamin C adalah sangat penting untuk membantu pertumbuhan menyeluruh dan membaik pulih sel.
Ia berperanan utama menyokong sistem imun tubuh menentang pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti flu dan demam selesema.
Ia merupakan bahan antioksidan yang sangat berkuasa menentang radikal bebas, meningkatkan kesihatan tubuh dan membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Antara manfaat utama Vitamin C ialah baik untuk:
Sistem imun adalah sistem pertahanan tubuh yang kompleks meliputi sel, tisu dan organ yang melindungi tubuh daripada ancaman luar termasuk partikel berbahaya dan mikroorganisma patogen seperti bakteria, virus dan fungi.
Vitamin C dapat membantu meningkatkan pengeluaran interferon dalam tubuh. Interferon terhasil secara automatik apabila sistem imun mengesan kehadiran atau ancaman patogen. Ia bertindakbalas dengan meningkatkan keupayaan sel untuk mengaktifkan sistem pertahanan selular.
Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan fungsi fagosit dan limfosit di dalam sel darah putih.
Fagosit adalah sejenis sel darah putih yang berfungsi menangkap atau memakan patogen dan partikel berbahaya. Ia kemudian dihadam dan dihancurkan secara enzimatik.
Limfosit pula adalah sejenis darah putih yang boleh menghasilkan antibodi untuk memusnahkan serangan antigen (patogen) yang masuk ke dalam tubuh.
Namun, kedua-duanya membawa fungsi yang sama dalam sistem imun tubuh yang utama.
Pengambilan dos harian vitamin C yang mencukupi mampu membantu tubuh meningkatkan fungsi sistem imun untuk menentang infeksi (penyakit secara jangkitan) dengan lebih baik berbanding mereka yang ada masalah kekurangan vitamin C.
Vitamin C juga sangat diperlukan tubuh untuk menghasilkan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang berperanan penting didalam mengekalkan kekuatan sistem struktur rangka asas tubuh.
Kolagen yang cukup dapat menghalang pembentukan kedut pada kulit, garis-garis halus penuaan dan pigmentasi pada kulit (tompok kulit gelap akibat sinar uv matahari). Ia juga dapat membantu kesihatan kulit dengan tona kulit dan warna yang lebih sekata.
Malangnya, apabila kita semakin tua, tubuh semakin kurang upaya menghasilkan kolagen antaranya disebabkan oleh masalah kekurangan sumber vitamin C.
Vitamin C diperlukan tubuh untuk menyembuhkan luka, membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tisu, kartilaj, tulang, gigi, gusi dan kulit.
Kajian menunjukkan masalah kekurangan vitamin C dalam tubuh berkaitrapat dengan pembentukan kolagen dan mengakibatkan proses penyembuhan luka menjadi lambat.
Individu yang mengalami masalah kekurangan vitamin C yang teruk akan mengalami kehilangan gigi dengan lebih cepat, gusi mudah berdarah dan kehilangan kekuatan tulang.
Kehadiran vitamin C dapat membantu mempercepatkan proses penyerapan zat besi ke dalam tubuh.
Zat besi adalah mineral utama yang sangat penting untuk pembentukan serta proses penghasilan sel darah merah dan hemoglobin.
Sepertimana yang dinyatakan awal lagi, vitamin C hanya boleh didapati melalui sumber pemakanan harian kita.
Faktor pemakanan yang sihat mampu menghalang masalah kekurangan vitamin C. Jika tidak, pelbagai tanda kekurangan vitamin C akan muncul.
Kurang mengambil berat tentang pengambilan vitamin C setiap hari, bakal menyebabkan pelbagai gangguan terhadap sistem utama tubuh.
Kesan kekurangan vitamin C dalam tubuh ini juga akan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah penyakit dikemudian hari.
Pengambilan vitamin C boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen disamping pemakanan biasa harian.
Kebaikan vitamin C yang cukup setiap hari, dapat memberi anda sokongan terhadap tahap kesihatan yang lebih baik dan juga membantu menjaga kecantikan kulit.
Tahukah anda, vitamin C lebih mudah diambil dalam bentuk suplemen. Ia juga mudah di dapati dan terdapat pelbagai jenama & jensi di dalam pasaran.
Suplemen vitamin C yang bagus mampu membekalkan vitamin C yang berkualiti dan secukupnya untuk keperluan kita seharian. Lebih penting lagi ia bukan sekadar nama suplemen vitamin C, tetapi ia perlulah selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesihatan anda.
Dapatkan vitamin C anda hari ini! Kami boleh berikan suplemen vitamin C terbaik untuk anda. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut, lebih info dan kosultasi percuma.
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More