1 2
Diet

5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Kita Tak Tahu Tapi Biasa Kita Buat

Anda sedang berdiet? Atau anda berhasrat ingin memulakan diet? Ya! anda betul.

Di saat susuk tubuh kita semakin mengembang dan jarum penimbang berat semakin rapat ke kanan atau nombornya semakin besar, ini masanya kita perlu sedar dan memahami hakikat bahawa kita hidup bukanlah semata-mata untuk makan.

Ia bukan teknik pelaburan jangka panjang yang baik jika kita secara konsisten menambah deposit lemak setiap hari. Ini tidak bagus untuk kesihatan di masa akan datang.

Hentikannya sekarang! Sebelum kita mendapat risiko penyakit kronik biasa yang menyerang kebanyakkan rakyat Malaysia. Ada baiknya kita menjaga kesihatan dengan diet dan gaya hidup yang betul.

Mulai dari saat ini, kita perlu mendapatkan berat badan yang ideal, sesuai dengan saiz fizikal kita. Itu target utamanya disamping mengawal pemakanan dan mengekalkan aktiviti hidup aktif.

Kira BMI Anda Di sini Sekarang!

Program Diet Kuruskan Badan

Ada banyak course atau panduan yang kita boleh ikut dan amalkan untuk membantu kita mulakan diet. Baik secara online ataupun melalui kelas diet atau weight-loss program.

Tetapi, mungkin selepas beberapa minggu anda mulakan diet, tiada kesan penurunan badan atau inch-loss yang berjaya kita perolehi. Adakah kita ikut program pengurusan berat badan yang betul atau kita follow kitab diet yang salah?

Tentu kecewa kan!?

Kadang-kala apabila kita terlalu ghairah mencari alternatif untuk menurunkan berat badan, kita seringkali mungkin terlepas pandang beberapa perkara kecil yang mampu merosakkan program diet itu sendiri.

Kebanyakkannya berfikir,

Kita mula je dulu, tak payah fikir banyak! Yang penting banyak kilo nak kena turunkan ni. Senam-senam-senam seminggu turun la sikit berat tu nanti. Makan macam biasa.

Nanti dulu! Usah terburu-buru.

Kita mungkin perlu faham terlebih dulu konsep dan langkah yang bakal kita ambil dalam program diet pengurusan berat badan ini.

Ada beberapa terms yang mungkin akan kita biasa jumpa yang juga merupakan faktor utama penentu kejayaan misi kurangkan berat badan.

Sebagai permulaan, nasihat ini mungkin anda boleh pakai:

Jika kita tidak mampu nak atasi suatu perkara, ada baiknya jika kita boleh elak. Ia juga boleh membawa kejayaan.

Tidak kurang juga, beberapa tips tentang kesalahan semasa berdiet yang kita perlu elakkan yang akan kita bincangkan di sini.

Kesalahan Semasa Berdiet

5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Biasa Kita Buat

Kesalahan #1: Suka Jus Buah Kotak Berbanding Jus Buah Asli

Umum, kita memang tahu minum jus buah-buahan adalah sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak buah-buahan. Rasanya yang asli dan sangat menyegarkan. Ada banyak pilihan utama; oren, mangga, tembikai, carrot dan sebagainya.

Mungkin kita nak cepat atau kita sering keliru dalam pemilihan. Yang mana lebih baik? Jus buah homemade (buat sendiri) atau beli sahaja yang dah siap dalam kotak di kedai?.

Kita usah ter “psiko” dengan label 100% jus buah-buahan segar dan semulajadi yang biasanya tertera pada kotak minuman.

Ya, ia datang dari buah-buahan asli dan bukan sekadar perisa minuman. Namun, ia terpaksa mengandungi pelbagai bahan tambahan untuk mengekalkan kesegaran, memperbaiki rasa dan tahan lama.

Buah-buahan semulajadi telah dipek secara unik untuk mengekalkan vitamin dan kebaikannya. Oleh itu, kita boleh memindahkan kebaikan itu secara langsung sama ada dimakan terus atau di “blend” sebagai jus minuman.

Ia didapati lebih segar dan lebih baik berbanding yang jus telah diproses, dipek dan dijual di kedai-kedai (melalui proses pengeluaran).

Untuk nikmat yang lebih semulajadi, elakkan penambahan gula untuk tambahan rasa manis.

Awas! kandungan gula yang tinggi boleh meningkatkan tahap kalori dan tahap gula dalam darah. Sangat sukar untuk membantu pengurusan berat badan jika ia tidak di kawal dan diatasi sebaiknya.

jus buah

 

 

Kesalahan #2: Salah Faham Jumlah Kalori Harian

Pengurangan berat badan ditentukan oleh kalori yang diambil.

Kebanyakan kajian umum sering menekankan pernyataan di atas. Bila dan banyak mana itu tidak penting dan tidak dinyatakan.

Dalam hal ini, laman web Women24 menyatakan bahawa kesalahan paling utama di dalam diet adalah kesilapan mengira jumlah kalori di dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Kebiasaannya, kita hanya mengira kandungan kalori makanan yang terdapat di dalam menu waktu makan utama sahaja. Kita jaga dan kawal sumber kalori ini seketat-ketatnya.

Tetapi kita sering abaikan kalori makanan yang kita ambil sebagai snek atau kudapan antara waktu makan utama. Kadangkala kalori snek itu lebih tinggi berbanding kalori makanan utama.

Kebanyakkan snek ini datang daripada pelbagai sumber makanan segera dan minuman berkarbonat atau minuman manis.

Akhirnya, bila dijumlahkan, nilai kalori harian kita masih tetap sama seperti sebelum-sebelumnya. Akibatnya, penimbang berat tidak beranjak sedikit pun.

Sifir tentang kalori ini berkait rapat dengan jumlah keperluan mengikut faktor umur, saiz dan tahap aktiviti fizikal kita.

Jika kita faham yang ini, kita bijak. Diet untuk kurus jadi lebih mudah untuk dilakukan dengan menurunkan jumlah kalori harian sesuai dengan target kilogram yang ingin kita potong.

Bagaimana nak tahu keperluan kalori harian kita yang sebenar? Ia boleh ditentukan dengan formula kalori BMR dan DCR.

Tentukan Kalori Anda Di sini!

Panduan Kalori Makanan

Kesalahan #3 – Terlalu Banyak Duduk

Rupanya, terlalu banyak duduk adalah tidak bagus untuk kesihatan kita. Anda tahu kenapa?

Dikatakan, mereka yang terlalu banyak duduk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, buah pinggang rosak dan sebagainya.

Maksud “banyak duduk” di sini lebih tepat ditakrifkan sebagai tidak aktif, kurang bergerak atau pasif.

Kalau betul-betul nak kurus, sudah tiba masanya untuk kita ringan-ringankan tulang dan kaki sekarang. Capai kasut sukan anda, berlarilah sekeliling taman. Atau kayuhlah basikal sejauh mungkin dan balik kembali semula.

Beriadah atau melakukan aktiviti aktif sangat penting untuk membantu keberkesanan diet kalori kita. Sifir asasnya kalau nak kurus:

Turun Berat Badan = Kalori OUT > Kalori IN 

Aktiviti aktif adalah usaha untuk membakar kalori (Kalori OUT) yang telah kita ambil dalam diet pemakanan (Kalori IN) kita sehari-hari.

Aktif tahap mana? Anda tentukan sendiri kerana targetnya ada di vision board dalam kepala anda.kesalahan ketika berdiet

Kesalahan #4 – Fokus Jangka Pendek

Rahsia utama kejayaan dalam berdiet adalah melalui gaya hidup kita.

Biasa tak buat ini!? Kita terpaksa berdiet atas sebab tujuan yang tertentu? Nak kurus sebab nak kahwin tak lama lagi, nak kurus sebab nak reunion dengan kawan-kawan sekolah lama atau pun semata-mata untuk menghadiri interview.

Ini semua dipanggil diet jangka pendek. Kita hanya fokus mengejar time frame tertentu berbanding mengekalkan diet untuk kehidupan yang masih jauh kehadapan.

Diet seperti ini adalah amat sukar untuk kita pertahankan tubuh yang ideal tersebut (jika berjaya diperolehi). Kebiasaannya apabila target jangka pendek ini tercapai, kita akan kembali kepada diet tidak sihat dan tidak tentu hala.

Mulalah ada yang perut naik atau boroi lepas kahwin, kawan-kawan dah tak kenal selepas reunion tahun lepas, dan lepas kerja terus jadi gemuk. Tak payah tengok orang lain, kita semua sama je. haha.

5 kesalahan semasa berdiet

Kesalahan #5 –  Kurang Tidur Tanpa Sebab Logik

Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi mampu membantu menjayakan program diet kita. Dan waktu tidur terbaik ialah di waktu malam memadai 6 ~ 8 jam sehari.

Tahukah anda?! Tidur lebih boleh buat kita cepat kurus. Bukan itu sahaja, kesihatan kita juga akan menjadi bertambah baik.

Tidur tidak cukup boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti insomnia atau akibat kesan merokok. Ia juga boleh disebabkan secara sengaja akibat ketagihan gadget, aktiviti lewat malam dan sebagainya.

Jika kita tidak mendapat tidur yang cukup, tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan.

Hormon inilah yang menjadikan kita berasa cepat lapar dan membuatkan kita menjadi seperti zombie yang sangat laparkan makanan – sebut food craving.

Anda boleh bayang macamana anda menjadi zombie lapar? Diet waktu awal bulan puasa biasa terjadi rasanya. Ingat tak?

kesalahan ketika berdiet

Macamana nak atasi masalah ini?

Paling penting jika ada masalah ketagihan gajet ketika hendak tidur, baik uruskan hal itu dulu. Sama halnya juga dengan aktiviti lewat malam. Ubah tabiat dan jadilah seperti orang tua yang tidur sentiasa mengingati mati. Inshaa Allah mujarab penawar ini.

Jika anda ada masalah kesihatan yang mengganggu tidur, dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Itu lebih baik untuk kenalpasti tanda-tanda masalah kesihatan tertentu dan langkah mengatasi dari awal.

Atau boleh juga berhubung dengan saya untuk beberapa tips mengatasi masalah susah hendak tidur dengan bantuan nutrisi. Jangan risau, ia semulajadi, selamat dan berkesan.

Misi Untuk Kurus Kini Jadi Lebih Jelas

Bagaimana? Berjaya tak kesan mengapa diet kurus anda tidak berjaya melalui 5 kesalahan semasa berdiet di atas? Daripada 5 ini, mungkin ada banyak lagi.

Tapi cukuplah kita ambil yang penting atau makro terlebih dulu. Akan datang, kita sentuh tabiat mikro yang menyebabkan diet kurus kita gagal pula ya.

Akhir kata, jom kita sedarkan diri dan teruskan berdiet secara sihat dan betul. Faham dan buat itu lebih baik daripada sekadar ikut-ikut sahaja. Bakalnya coach ke bulan, kita yang ke laut.

In shaa Allah kita berjumpa lagi.

Facebook Comments:
5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Kita Tak Tahu Tapi Biasa Kita Buat

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago