Isi Kandungan
Sesetengah wanita dikesan mengalami anemia ketika mengandung seawal trimester pertama lagi. Anemia merujuk kepada masalah kekurangan sel darah merah yang sihat dalam darah.
Antara fungsi utama sel darah merah ialah mengangkut oksigen ke seluruh sistem tubuh melalui aliran darah. Sumber oksigen ini akan digunakan oleh sel tisu dalam organ tubuh untuk menjalankan fungsinya yang tertentu bagi kelangsungan sistem operasi tubuh. Apabila sel tisu tidak menerima sumber oksigen yang mencukupi, organ tubuh tidak dapat melakukan fungsinya dengan baik.
Kesan anemia semasa mengandung juga boleh mendatangkan bahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan jika tidak diambil langkah kawalan dengan segera.
[irp posts=”1438″ name=”Cara Mengatasi Hb Rendah Semasa Mengandung Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi”]Bermulanya fasa kehamilan, tubuh akan mula berubah secara dalaman dan luaran seiringan dengan perkembangan pertumbuhan bayi. Di saat ini, tubuh ibu hamil juga perlu menghasilkan lebih darah merah.
Namun begitu, ibu hamil sentiasa terdedah kepada risiko memiliki anemia. Ia disebabkan oleh kuantiti darah yang berlebihan untuk fungsi membekalkan nutrien kepada bayi.
Bagi wanita biasa yang tidak hamil, secara puratanya mereka memiliki 5 liter darah dalam tubuh. Manakala bagi wanita hamil, tubuh memerlukan sehingga 7 ~ 8 liter darah semasa mengandung.
Bagi menghasilkan lebih darah, tubuh memerlukan lebih sumber zat besi, vitamin B12 dan folate. Ini bertujuan supaya darah juga dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi sebagaimana yang diperlukan untuk fungsi mengangkut oksigen selain nutrien.
Ibu hamil dikatakan mempunyai masalah anemia apabila kandungan hemoglobin dalam darah kurang daripada 11g/dl. Kekurangan zat besi adalah antara punca utama anemia mudah berlaku.
Ibu hamil memerlukan lebih 3 kali ganda sumber zat besi berbanding ketika kedatangan haid. Dan keperluan ini semakin bertambah apabila usia kehamilan meningkat.
Faktor zat besi sukar untuk diserap ke dalam tubuh juga antara penyebab mengapa hemoglobin sukar untuk dihasilkan – punca lain penyebab anemia. Jadi, kebanyakkan wanita hamil biasanya akan dibekalkan suplemen zat besi atau iron untuk membantu mengatasi masalah ini.
Ibu hamil yang normal dikatakan bebas anemia apabila bacaan Hemoglobin (Hb) lebih daripada 11g/dl.
Anemia boleh dikelaskan kepada 3 kategori mengikut bacaan kepekatan hemoglobin dalam darah iaitu:
Anemia ringan (mild anemia) masih boleh dikawal. Anemia berat (severe anemia) pula memerlukan pemantauan dan pemerhatian khusus daripada doktor kesihatan.
Namun, cara terbaik untuk mengelakkan anemia menjadi semakin buruk adalah dengan mengambil tindakan segera sebelum atau semasa tanda-tanda anemia ringan sedang berlaku.
Pemeriksaan awal darah mengikut saranan pegawai kesihatan biasanya sangat membantu mengesan kehadiran anemia dalam kalangan ibu hamil.
Pemerhatian awal terhadap tanda-tanda anemia mula hadir juga sangat membantu ibu hamil lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh sendiri.
Tanda-tanda anemia ringan antaranya ialah:
Anemia yang tidak diberi perhatian dan dirawat segera bakal menyebabkan komplikasi buruk kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Golongan ibu hamil yang berisiko menghidap anemia adalah disebabkan oleh faktor berikut:
Kesedaran dan langkah pencegahan terhadap bahaya anemia boleh dilakukan sebelum atau di fasa awal kehamilan lagi.
Banyakkan pembacaan sumber kesihatan dan merujuk kepada pakar kesihatan dapat membantu bakal ibu untuk mengenali dan mengesan masalah anemia lebih awal.
Langkah paling efektif mencegah anemia adalah melalui pengambilan diet seimbang dalam pemakanan harian.
Berikut adalah cara mengatasi anemia ketika mengandung dalam bentuk diet:
Amalkan pemakanan seimbang dan tambahkan senarai makanan tinggi kandungan zat besi dalam diet. Sumber makanan kaya zat besi boleh diperolehi daripada:
Vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besike dalam tubuh. Pengambilan sumber besi seiring dengan sumber vitamin C adalah kunci terbaik bagi mencegah anemia.
Sumber vitamin C terbaik boleh diambil daripada:
Asid folik sangat baik untuk membantu perkembangan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Ia juga sangat membantu bagi mengatasi masalah kurang asid folik ketika hamil.
Sumber makanan kaya sumber asid folik diantaranya ialah:
Selain sumber semulajadi makanan; zat besi, vitamin c dan juga asid folik boleh diambil dalam bentuk suplemen.
Kesukaran mendapatkan kualiti pemakanan terbaik dalam diet adalah antara punca utama masalah anemia sering berlaku.
Pengambilan melalui bentuk suplemen sebagai gantian sedikit sebanyak dapat membantu ibu hamil mendapatkan 3 nutrisi penting ini dengan mencukupi untuk mengelakkan masalah anemia.
Namun, rujukan pakar kesihatan dan pemilihan suplemen terbaik hasil cadangan pakar nutrisi amat diperlukan. Ibu hamil juga perlu berhati-hati memilih suplemen yang bebas bahan berbahaya atau yang mempunyai kesan buruk jangka panjang.
[irp posts=”65370″ name=”Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung Elak Anemia”]
Anda juga ada masalah anemia atau hb rendah? Hubungi saya segera. Inshaa Allah saya akan bantu selesaikan masalah Hb rendah anda.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Klik Direct Link Whatsapp:Shaklee ID
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More