1 2
Berhenti Merokok

Awas! 5 Kesan Bahaya Merokok Boleh Merosakkan Tulang Belakang

Tahukah anda? 

Fakta merokok di Malaysia adalah seperti berikut:

Seramai 4.7 juta orang perokok di Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas pada tahun 2017 – Utusan Online, 24 Mei 2017

Di Malaysia, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun – Portal MyHealth, 25 Jun 2014

Dianggarkan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun disebabkan penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok – Harian Metro, 25 Mei 2015

Hampir kesemua perokok Di Malaysia tidak sedarkan diri akan bahaya merokok walaupun banyak info berkaitan bahaya merokok telah dikongsikan dan dibincangkan secara terbuka – Yourfabulousmama, 15 Jan 2019

Benar, merokok seringkali dikaitkan dengan datangnya pelbagai risiko penyakit kronik yang bakal membelenggu perokok itu sendiri.

Dua yang paling utama ialah berkait dengan penyakit kanser dan penyakit jantung.

Namun kali ini, admin ingin berkongsi tentang kesan bahaya merokok kepada kerosakan tulang belakang.

Sebelum itu mari kita kenalpasti apa kandungan bahan kimia dalam rokok.

Kesan Berhenti Merokok

Baca Juga >> 6 Makanan Sihat Bersihkan Paru-paru Perokok

Toksin Berbahaya Dalam Rokok

Ambil perhatian, berikut adalah antara beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok serta di mana ia juga biasa dijumpai.

  • Nikotin: Digunakan sebagai racun serangga
  • Tar: Bahan penting sebagai penurap jalanraya
  • Arsenik: Bahan dalam racun tikus
  • Asid Asetik – Bahan dalam dye rambut
  • Aseton – Bahan utama dalam penanggal pengilat kuku
  • Hidrogen Sianida – Bahan kimia yang biasa terdapat di dalam pembuatan plastik dan racun pestisid.
  • Benzena – Terdapat dalam produk bahan pelekat dan penanggal cat
  • Butana – Gas memasak dan pemetik api
  • Kadmium – Cecair kimia berasid di dalam bateri kereta
  • Metanol – Bahan api utama untuk roket
  • Formaldehid – Sejenis cecair digunakan sebagai bahan pengawet mayat dan ikan
  • Ammonia – Bahan kimia dalam bahan pencuci rumah
  • Karbon Monoksida – Biasa dilepaskan dalam asap ekzos kenderaan
  • Naftalena – Bahan dalam ubat gegat
  • Lead (timah) – Logam dalam bateri kereta dan batu ladung

5 Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Tulang Belakang

#1 – Kepadatan tulang semakin menurun

Semakan terhadap 50 kajian telah dibuat melibatkan 512, 399 orang dan mendapati mereka yang mempunyai tabiat merokok berisiko lebih tinggi untuk memiliki masalah tulang retak dan patah tulang belakang. Dalam semakan yang sama juga mendapati mereka yang berhenti merokok menunjukkan penurunan risiko-risiko tersebut.

Review in Journal Of Internal Medicine, 2003

Tabiat menghisap rokok boleh menghalang keupayaan sel untuk menyerap nutrien penting bagi keperluan fungsinya.

Kesan jangka panjangnya, masalah kehilangan jisim tulang boleh berlaku dan membawa kepada risiko osteoporosis atau tulang rapuh.

#2 – Sistem aliran darah semakin lemah

Kesan nikotin pada rokok boleh menyebabkan dinding salur darah menjadi semakin lemah fungsinya.

Ia kemudian akan mengganggu proses pengaliran darah ke sekitar saraf tunjang dan tulang belakang.

Penurunan aliran darah akan menghalang bekalan nutrien dan oksigen daripada sampai ke sel tisu tulang belakang dan saraf tunjang.

Akibatnya, fungsi tulang belakang akan semakin menurun dan mencetuskan rasa sakit belakang.

 

#3 – Aktiviti fizikal menjadi semakin terhad

Merokok menyebabkan bekalan oksigen yang tidak mencukupi dalam darah serta boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

Penurunan fungsi dua komponen utama ini akan menyebabkan sistem kardiovaskular semakin lemah.

Pada ketika ini mungkin aktiviti yang mudah sebelumnya seperti menaiki tangga akan menjadi semakin sukar dan menyakitkan.

Aktiviti fizikal harian yang cergas adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tulang belakang.

Semakin banyak penurunan kadar aktiviti aktif ini secara tidak langsung akan memberi impak negatif kepada tulang belakang.

Baca Juga >> 8 Jenis Penyakit Sistem Respirasi Akibat Rokok

#4 – Proses penyembuhan luka menjadi lambat

Dilihat dari segi mikroskopik, bahan kimia dalam rokok telah menyebabkan banyak gangguan terhadap bekalan oksigen dalam darah.

Kesannya, hemoglobin dalam darah tidak dapat mengangkut oksigen dengan secukupnya berbanding biasa.

Salur darah yang menjadi semakin sempit pula menyukarkan hemoglobin dan oksigen serta nutrien untuk sampai ke tempat yang terjejas akibat luka apabila ia sangat diperlukan untuk membantu penyembuhan.

Jika pembedahan melibatkan tulang kaki atau buku lali, kesan penyembuhan pula mungkin akan menjadi sangat lambat. Masalah dikenali sebagai nonunion.

Nonunion secara mudahnya merujuk kepada masalah tulang patah yang tidak dapat sembuh sepenuhnya selepas 6 atau lapan bulan dan hilang kekuatannya.

Baca Juga >> Cara Atasi Masalah Tulang Patah Lambat Sembuh

Perokok juga lebih mudah terdedah kepada risiko jangkitan selepas pembedahan. Bahan kimia dalam rokok dikenalpasti menurunkan keupayaan sel neurofil (sel darah putih) yang berfungsi untuk melawan jangkitan.

Kajian juga mendapati perokok mengalami tahap kesakitan selepas pembedahan yang lebih berbanding mereka yang tidak merokok.

Ia disebabkan kesan bahan kimia dalam rokok yang berpotensi meningkatkan keradangan (inflamasi) dan memberi kesan kepada badan menafsirkan isyarat rasa sakit.

#5 – Tekanan kepada cakera rawan tulang belakang 

Perokok mudah diserang masalah sakit tekak, paru-paru dan batuk akibat kandungan toksin dalam rokok.

Batuk yang kronik boleh memberikan tekanan secara dalaman kepada tulang dada dan tulang belakang.

Tekanan berulangan pada tulang belakang ini boleh menjejaskan cakera rawan (disc) yang terletak antara sendi tulang belakang. Biasanya pada cakera tulang bawah pinggang (lumbar) dan cakera tulang leher (cervical disc).

Ia boleh mengakibatkan hernia (bengkak) atau penyakit cakera tulang belakang degeneratif (Degenerative Disc Disease – DDD).

Kesan jangka panjan boleh membawa kepada masalah sakit slip disc.

Baca Juga >> 7 Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc

Jangan Ambil Risiko!

Tahukah anda? Sesetengah pakar bedah tidak akan memulakan sesi pembedahan selagi and tidak bebas daripada rokok selama beberapa bulan?

Kesan toksin rokok dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan sel tulang yang baru, dimana ia kunci kejayaan kepada kesan pembedahan tulang belakang.

Ia dibuktikan melalui kajian yang mendapati nikotin adalah toksin kepada tulang dimana faktor kegagalan proses pembedahan tulang belakang untuk sembuh adalah lebih tinggi kepada golongan perokok.

Cara Berkesan Berhenti Merokok

Perlukah Saya Berhenti Merokok Sekarang?

Bermulalah sebelum terlambat. Sebaik bermula, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk anda melihat kesan positif berhenti merokok.

Bahkan, anda yang mula menanam keinginan atau baru berjinak-jinak dengan rokok patut membatalkan hasrat itu seberapa segera yang patut.

Tabiat merokok bukan sahaja seronok pada mulut, tetapi juga meletakkan anda di garisan bahaya masalah kesihatan yang kronik.

Apatah lagi ia boleh mengancam kesihatan tulang belakang yang setia menyokong kehidupan anda untuk berdiri teguh selama ini.

Semoga 5 punca bahaya rokok pada tulang belakang yang disenaraikan di atas dapat memberi kesedaran kepada golongan perokok untuk berhenti merokok termasuk anda.

Sayangi Tulang Belakang Kita!

Kesan Berhenti Merokok

Facebook Comments:
Awas! 5 Kesan Bahaya Merokok Boleh Merosakkan Tulang Belakang

View Comments

  • Di indonesia pun masih susah untuk menghentikan orang merokok

    • Ya pak. Merokok tidak serupa dengan makan. Tiada kenyangnya. Berhenti apabila sedar sakit atau mati. Itu sahaja jalan ceritanya.

      Apapun serupa dengan jalan agama, menyeru kepada kebaikan dan menahan daripada perkara sia-sia. Ingat mengingati itu pahalanya pasti lebih.

      Pokoknya, itu yang kami coba lakukan. Terima kasih pak Farid datang ke sini dan berkomentar yang sangat baik.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago