Kalsium ni adalah sejenis mineral yang sangat penting untuk tubuh kita. Apakah kesan kekurangan kalsium dalam badan?

Cuba Periksa! – Simptom Kekurangan Kalsium

Adakah anda mengalami gejala seperti

  • kejang otot
  • kebas
  • rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • mudah marah
  • murung
  • sukar tidur
  • sering sembelit
  • luka lambat sembuh
  • sakit pinggang
  • metabolisme rendah
  • mudah terkejut
  • hyperaktif (untuk kanak-kanak)
  • keletihan
  • rambut kasar
  • kuku rapuh
  • kulit kering
  • tumit pecah dan kasar
  • penyakit kulit seperti ekzema
  • sakit sendi

Jika ya, kemungkinan besar anda kekurangan kalsium di dalam tubuh. Cuba lihat pada pola pemakanan anda. adakah makanan/minuman anda lengkap dengan kalsium?

Sumber Kalsium

Kalsium boleh diperolehi daripada susu dan makanan tenusu seperti susu, daging, telur, keju, aiskrim dan yogurt.

Namun begitu, berhati-hatilah kerana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Nanti tambah pula penyakit lain, kan? Selain itu, kalsium juga boleh diperolehi daripada sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Makanan Tinggi Sumber Kalsium

Adakah Kalsium Penting

Jawapan saya , YA.

Kalsium ni sangat besar fungsinya kepada tubuh kita. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Baki 1% lagi ada dalam darah. 1% ni lah yang akan pastikan tubuh kita berfungsi dengan sempurna. Kalau 1% itu tak cukup/tak wujud dalam darah, tubuh kita akan ambil kalsium dari simpanan yang ada dalam tulang dan gigi. Kalau asyik ambil keluar aje dari tulang dan gigi, kita tak ganti semula tulang kita lama-lama tulang akan jadi kurang padat.

Selain daripada itu, ia juga penting untuk membantu pembentukan struktur sel yang normal, untuk sistem saraf, pembekuan darah, mengawal tekanan darah dan penting untuk fungsi otot dan denyutan jantung yang normal. Sebab tu lah kalau kita selalu cramp, kita digalakkan untuk mengambil kalsium.

Keperluan Kalsium Mengikut Kategori

Kalsium ni tubuh kita perlukan sangat-sangat tapi kita tak boleh hasilkan sendiri. Perlu ambil dari sumber luar. Keperluan kalsium pula berbeza ikut keperluan.

Baca Juga :  Tanda Usus Kotor Yang Menjadi Punca Kebanyakan Penyakit

Secara kasarnya, wanita perlukan kalsium lebih dari lelaki. Ibu yang menyusu bayi dan ibu yang hamil pula perlukan kalsium yang lebih berbanding individu lain.

Masalah utama yang kita hadapi dengan kalsium adalah kadar penyerapannya kedalam tubuh yang rendah kerana tiada jaminan kalsium yang kita ambil akan diserap ke tubuh sepenuhnya.

Sanggupkah anda menanggung risiko kerana kekurangan kalsium di kemudian hari?

Saya tidak sanggup. Pereputan tulang(osteophorosis), apabila sudah bermula, sangat susah nak berhenti. Tiada cara untuk pulihkan ia kembali. Silap sikit, tulang mudah patah. ishhh… gerun bila fikir.

Nota Penting!

Untuk penyerapan kalsium yang maksimum, kalsium perlu diambil bersama vitamin D dan magnesium. Jika nisbah magnesium dan vitamin D tidak selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang. bahaya tauuu..!!`

Suplemen Untuk Kekurangan Kalsium

Sekarang dah maju. Bagi yang mengalami kekangan untuk mendapatkan cukup kalsium dari sumber makanan seharian ataupun tidak dapat menelan susu/tenusu dengan baik (ada yang cuba telan tapi kemudian rasa nak muntah semula), bolehlah mencuba suplemen kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Ia bukan sekadar kalsium tau.

Ingin cuba Ostematrix?

โ€“ HUBUNGI โ€“

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 โ€“ 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Kesan Kekurangan Kalsium Dalam Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.