Penyakit kencing tikus telah menyerang ramai mangsa tanpa diduga.
Akhir-akhir ini banyak kes telah direkodkan berkaitan dengan penyakit kencing tikus dan tidak kurang juga yang melibatkan kes kematian.
Mangsa yang dijangkiti pula tidak mengira had umur termasuk golongan veteran, dewasa, kanak-kanak, lelaki dan wanita.
Statistik kes yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan angka kes berkaitan dari tahun ke tahun:
Persoalannya, bagaimanakah penyakit ini boleh berada di dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini?
Penyakit kencing tikus masih belum diklasifikasikan sebagai wabak yang meningkat secara mendadak namun membahayakan kerana boleh membawa maut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Utusan Malaysia, 18 Jan 2015.
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang boleh berjangkit melalui pembawaan haiwan kepada manusia. Mangsa yang mengalami penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dari genus Leptospira.
Manusia boleh dijangkiti bakteria ini melalui luka terbuka, termakan, terminum atau sentuhan secara terbuka kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit. Malah ia juga boleh berjangkit melalui mata atau selaput lendir.
Antara haiwan yang berpotensi menyebarkan bakteria leptospirosis seperti tikus, kucing, anjing, tupai, haiwan ternakan, haiwan peliharaan atau haiwan liar lain.
Tikus dikatakan sebagai pembawa (perumah) utama untuk bakteria leptospira kerana kitaran hidup tikus yang cepat membiak, sukar dikawal dan terdapat di mana-mana membantu penyebaran bakteria itu.
Jadi tidak hairanlah jika penyakit ini mendapat nama utama dari keluarga tikus.
Antara mereka yang berisiko terdedah kepada penyakit kencing tikus ini termasuklah mereka yang:
Lazimnya gejala Leptospirosis berlaku selepas 10 hari jangkitan bakteria leptospira (atau 2 hingga 26 hari tempoh pengeramam bakteria dalam tubuh).
Antara Gejala awalnya ialah:
Ramai yang tidak sedar telah dijangkiti penyakit kencing tikus kerana menganggap fasa awalnya yang seperti sakit-sakit biasa.
Namun jika anda mengalami simptom-simptom di atas, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan lanjut, pengesahan awal dan seterusnya rawatan susulan.
Jika tanda-tanda ini tidak diambil kira secara serius, lebih-lebih lagi jika pesakit berusia lebih daripada 50 tahun ke atas, komplikasi serius yang bakal diterima adalah seperti:
Antara langkah-langkah yang boleh diambil sebagai cara untuk mengatasi penyakit kencing tikus boleh dimulakan melalui diri kita sendiri.
Berikut adalah langkah yang patut (Do’s) dan tidak patut(Don’ts) diamalkan iaitu diantaranya:
Do’s:
Don’ts:
Sila dapatkan pemeriksaan awal dengan segera daripada doktor. Jangan tunggu sehingga penyakit melarat. Ada banyak kes penyakit berbahaya yang lain mempunyai simptom yang lebih kurang sama dengan penyakit kencing tikus.
Patuhi preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor sehingga anda benar-benar disahkan bebas dari penyakit kencing tikus. Jangan ambil risiko untuk mencuba sebarang rawatan alternatif.
Beringat sebelum padah.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Assalam sis.. Nk tnyer.. Klo utk anak yg bawah umur 3thun boleh mkn x?
Waalaikumsalam En Saiful. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, suplemen yang sesuai dan disarankan ialah Nutriferon & Vita C (Chewable). Untuk 12 tahun ke atas boleh ambil Vivix, Nutriferon dan Vita C (SR atau Chewable). Saya boleh bantu dengan konsultasi lanjut dan penerangan secara mendalam, boleh Call | Whatsapp saya di 019 477 1733. Terima kasih.
Pembunuh senyap tu yang bahaya kan?
Salam Pn. Noriza.
Penyakit kencing tikus memang sangat bahaya. Tanda-tanda awalnya nampak macam biasa-biasa sahaja. Sehingga betul-betul disahkan dijangkiti kuman leptospirosis melalui ujian darah oleh doktor.
Begitu juga dengan kaedah jangkitan atau penyebarannya. Dan jumlah peningkatan kes individu yang menghidapinya pun semakin tinggi dan kerap didengari. Waspada itu pasti, lebih baik bersedia dengan langkah pencegahannya bermula dari awal lagi.
saya terminum air yg terdapat najis yg sy xpasti najis tikus atau cicak...sy mmg kerap dmm...badan sy mmg slalu sakit2...cirit birit pn biasa sbb sy alahan pd mknn...sy bncg dgn suami tp dia kta xde ape2...sy rsau juga...ada xubt2 yg blh sy ambil?
Salam Puan Not Sure. Saya nasihatkan puan berhati-hati apabila setiap kali bila hendak minum. Pastikan sumber air sentiasa tertutup dan tidak terdedah kepada persekitaran terlalu lama. Jika yakin ia najis, maka ada hukumnya tersendiri & jika tidak tahu maka ia dianggap ketidaksengajaan dan ada kemaafan disitu. Pastikan air atau makanan selamat sebelum diminum/dimakan, jika was-was buang adalah option terbaik.
Tentang komplikasi akibat terminum najis, boleh merujuk kepada doktor serta merta. Muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala selepas terminum/makan benda kotor mungkin sebahagian simptom buruknya. Nasihat dan rawatan doktor boleh membantu mengatasi masalah ini.
Jika puan cuba untuk mengatasi alahan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan, boleh cuba kaedah suplemen dalam bentuk nutrisi pemakanan tambahan. Hubungi kami untuk maklumat dan info lanjut di http://yourfabulousmama.wasap.my/
Terima kasih.