1 2
Kesihatan

Ketahui Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus telah menyerang ramai mangsa tanpa diduga.

Akhir-akhir ini banyak kes telah direkodkan berkaitan dengan penyakit kencing tikus dan tidak kurang juga yang melibatkan kes kematian.

Mangsa yang dijangkiti pula tidak mengira had umur termasuk golongan veteran, dewasa, kanak-kanak, lelaki dan wanita.

Bahaya Penyakit kencing Tikus

Statistik  kes yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan angka kes berkaitan dari tahun ke tahun:

  • Tahun 2006 – 527 kes
  • Tahun 2007 – 929 kes
  • Tahun 2010 – 1976 kes (69 kes kematian)
  • Tahun 2014 – 3695 kes  (48 kes kematian)
  • Tahun 2015 – 2262 kes (22 kes kematian pada bulan-bulan pertama tahun ini)

Persoalannya, bagaimanakah penyakit ini boleh berada di dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini?

Penyakit kencing tikus masih belum diklasifikasikan sebagai wabak yang meningkat secara mendadak namun membahayakan kerana boleh membawa maut.

Ketua Pengarah Ke­sihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Utusan Malaysia, 18 Jan 2015.

Penyakit Kencing Tikus Adalah Pembunuh Senyap

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang boleh berjangkit melalui pembawaan haiwan kepada manusia. Mangsa yang mengalami penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dari genus Leptospira.

Manusia boleh di­jangkiti bakteria ini melalui luka terbuka, termakan, terminum atau sentuhan secara terbuka kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit. Malah ia juga boleh berjangkit melalui mata atau selaput lendir.

Antara haiwan yang berpotensi menyebarkan bakteria leptospirosis seperti tikus, kucing, anjing, tupai, haiwan ternakan, haiwan peliharaan atau haiwan liar lain.

Tikus dikatakan sebagai pembawa (perumah) utama untuk bakteria leptospira kerana kitaran hidup tikus yang cepat membiak, sukar dikawal dan terdapat di mana-mana membantu penyebaran bakteria itu.

Jadi tidak hairanlah jika penyakit ini mendapat nama utama dari keluarga tikus.

Siapakah Yang Berpotensi Terdedah Kepada Risiko Leptospirosis

Antara mereka yang berisiko terdedah kepada penyakit kencing tikus ini termasuklah mereka yang:

  • Melakukan pekerjaan secara terbuka kepada persekitaran – Petani, pekerja pembersihan, pengangkut sampah, pekerja rumah penyembelihan, mahupun tentera.
  • Melakukan aktiviti rekreasi air – mandi-manda, berenang, berkayak mahupun berbasikal di kawasan berair atau lopak air yang berisiko
  • Secara langsung terdedah kepada peralatan di rumah termasuk haiwan peliharaan atau haiwan ternakan.
  • Tidak mengamalkan kebersihan di dalam rumah, tempat kerja, premis makanan atau kawasan persekitaran sehingga menjadi lokasi utama pembiakan tikus
  • Mengambil makanan yang terdedah kepada persekitaran kotor dan digigit haiwan seperti tikus, tupai dan arnab
  • Terlibat di dalam kawasan banjir di mana air menjadi medium utama penyebaran wabak kencing tikus

Apakah Simptom-simptom Gejala Penyakit Tikus?

Lazimnya gejala Leptospirosis berlaku selepas 10 hari jangkitan bakteria leptospira (atau 2 hingga 26 hari tempoh pengeramam bakteria dalam tubuh).

Antara Gejala awalnya ialah:

  • Mengalami demam berlanjutan atau suhu badan melebihi suhu normal antara 38 hingga 40 darjah Celcius
  • Badan mengigil, sakit kepala dan sakit anggota tubuh
  • Mengalami batuk tidak berkahak
  • Berasa loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut
  • Mengalami radang pada selaput mata
  • Mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, otot menjadi keras
  • Mengalami demam kuning atau jaundice
  • Terdapat perubahan bunyi pada peparu, sesak nafas atau naik ruam pada kulit.

Ramai yang tidak sedar telah dijangkiti penyakit kencing tikus kerana menganggap fasa awalnya yang seperti sakit-sakit biasa.

Namun jika anda mengalami simptom-simptom di atas, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan lanjut, pengesahan awal dan seterusnya rawatan susulan.

Jika tanda-tanda ini tidak diambil kira secara serius, lebih-lebih lagi jika pesakit berusia lebih daripada 50 tahun ke atas, komplikasi serius yang bakal diterima adalah seperti:

  • Mengalami kerosakan ginjal
  • Mengalami Meningitis (radang selaput otak)
  • Mengalami komplikasi pernafasan
  • Mengalami kegagalan fungsi hati
  • Risiko kematian

Apa Yang Patut Dan Tidak Patut Diamalkan Sebagai Cara Untuk Mengatasi Penyakit Kencing Tikus?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil sebagai cara untuk mengatasi penyakit kencing tikus boleh dimulakan melalui diri kita sendiri.

Berikut adalah langkah yang patut (Do’s) dan tidak patut(Don’ts) diamalkan iaitu diantaranya:

Do’s:

  • Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun sebelum makan
  • Membersihkan diri selepas beraktiviti luar seperti berkebun, beriadah, bergotong royong dan apa jua aktiviti luar yang terbuka
  • Menyimpan makanan dan minuman dengan baik atau sentiasa tertutup supaya tidak tercemar
  • Sentiasa mengamalkan konsep kebersihan sama ada di rumah, tempat kerja atau kawasan persekitaran
  • pengurusan sampah yang betul; tempat pembuangan sampah yang tertutup dan tidak dibuang merata tempat
  • Minum dari sumber air yang dipastikan bersih
  • Mengamalkan pemakanan sihat yang boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Don’ts:

  • Beriadah di dalam air , berenang atau mandi dikawasan yang diwartakan mempunyai risiko penyebaran wabak penyakit kencing tikus
  • Tidak menggunakan alat perlindungan yang sesuai ketika menguruskan sisa sampah atau melakukan kerja-kerja pembersihan
  • Tidak menjaga kebersihan kawasan sekeliling yang berpotensi menjadi tempat pembiakan tikus
  • Minum atau makan makanan dalam tin, botol atau bekas yang tidak dibersihkan terlebih dahulu
  • Bermain-main dikawasan yang ditenggelami air atau banjir
  • Kerap makan diluar di premis makanan yang tidak bersih, kotor atau tidak mempunyai sistem pengurusan sampah dan sisa makanan yang baik
  • Tidak mendapatkan rawatan dengan segera apabila mendapat simptom-simptom sakit biasa yang berlanjutan

Apa Perlu Buat Jika Anda Mengalami Simptom Awal Penyakit Kencing Tikus?

Sila dapatkan pemeriksaan awal dengan segera daripada doktor.  Jangan tunggu sehingga penyakit melarat. Ada banyak kes penyakit berbahaya yang lain mempunyai simptom yang lebih kurang sama dengan penyakit kencing tikus.

Patuhi preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor sehingga anda benar-benar disahkan bebas dari penyakit kencing tikus. Jangan ambil risiko untuk mencuba sebarang rawatan alternatif.

Beringat sebelum padah.

Facebook Comments:
Ketahui Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus

View Comments

  • Assalam sis.. Nk tnyer.. Klo utk anak yg bawah umur 3thun boleh mkn x?

    • Waalaikumsalam En Saiful. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, suplemen yang sesuai dan disarankan ialah Nutriferon & Vita C (Chewable). Untuk 12 tahun ke atas boleh ambil Vivix, Nutriferon dan Vita C (SR atau Chewable). Saya boleh bantu dengan konsultasi lanjut dan penerangan secara mendalam, boleh Call | Whatsapp saya di 019 477 1733. Terima kasih.

  • Pembunuh senyap tu yang bahaya kan?

    • Salam Pn. Noriza.

      Penyakit kencing tikus memang sangat bahaya. Tanda-tanda awalnya nampak macam biasa-biasa sahaja. Sehingga betul-betul disahkan dijangkiti kuman leptospirosis melalui ujian darah oleh doktor.

      Begitu juga dengan kaedah jangkitan atau penyebarannya. Dan jumlah peningkatan kes individu yang menghidapinya pun semakin tinggi dan kerap didengari. Waspada itu pasti, lebih baik bersedia dengan langkah pencegahannya bermula dari awal lagi.

  • saya terminum air yg terdapat najis yg sy xpasti najis tikus atau cicak...sy mmg kerap dmm...badan sy mmg slalu sakit2...cirit birit pn biasa sbb sy alahan pd mknn...sy bncg dgn suami tp dia kta xde ape2...sy rsau juga...ada xubt2 yg blh sy ambil?

    • Salam Puan Not Sure. Saya nasihatkan puan berhati-hati apabila setiap kali bila hendak minum. Pastikan sumber air sentiasa tertutup dan tidak terdedah kepada persekitaran terlalu lama. Jika yakin ia najis, maka ada hukumnya tersendiri & jika tidak tahu maka ia dianggap ketidaksengajaan dan ada kemaafan disitu. Pastikan air atau makanan selamat sebelum diminum/dimakan, jika was-was buang adalah option terbaik.

      Tentang komplikasi akibat terminum najis, boleh merujuk kepada doktor serta merta. Muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala selepas terminum/makan benda kotor mungkin sebahagian simptom buruknya. Nasihat dan rawatan doktor boleh membantu mengatasi masalah ini.

      Jika puan cuba untuk mengatasi alahan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan, boleh cuba kaedah suplemen dalam bentuk nutrisi pemakanan tambahan. Hubungi kami untuk maklumat dan info lanjut di http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Terima kasih.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

6 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

6 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago