1 2
Bisnes Shaklee

Kisah Saya Jadi Surirumah Bergaji

Saya seorang surirumah bergaji.

Setiap hari mesti naik dekat newsfeed FB saya pasal isu wanita bekerja dan wanita duduk rumah. Wanita bekerjaya teringin nak duduk rumah. Wanita yang duduk rumah pulak teringin nak kerja makan gaji.

Kita manusia ni memang tak pernah puas. Ye tak? Kita cemburukan kehidupan orang lain. Sedangkan ada orang lain cemburukan kehidupan kita. Percayalah. Kita memang tak lari dari isu ni.

Saya dulu pun begitu juga. Dulu semasa bekerja sebagai Penyelidik di Sirim Berhad. Saya sentiasa cemburu dengan kehidupan wanita yang dapat duduk rumah. Jaga anak. Tapi, untuk berhenti macam tu aje memang tak mungkin lah. Komitmen menggunung. Gaji suami takkan cukup untuk tampung.

Apa pilihan yang saya ada? Kena cari sumber pendapatan lain. Terbayang di fikiran, bisnes lah. Tapi bisnes apa? Kebanyakan bisnes perlukan kita ada modal yang besar. Dengan kewangan masa tu, tak mungkin la saya ada duit yang banyak. Dalam akaun hanya ada beberapa ratus sahaja.

Satu yang saya ingat. Saya sentiasa doa dekat Allah. Tunjukkan jalan. Saya nak duduk rumah. Tengok anak membesar depan mata tapi dalam masa yang sama saya ada sumber pendapatan sendiri. Dah biasa pegang duit sendiri. Mesti nak terus ada duit sendiri.

Satu hari. Saya ternampak rakan sekolah saya post di FB. ” surirumah 5 angka”. Sungguh masa tu rasa cemburu.haha. Dia duduk rumah je. income 5 angka sebulan? saya kerja dari pagi sampai petang (kadang-kadang sampai malam) gaji 4 angka yang kecil aje.

So saya PM dia dan tanya. Cemana nak dapat income 5 angka dari rumah jugak?

So dia cakap, bisnes Shaklee. Bina bisnes dengan Shaklee.

Hari yang sama. Tanpa banyak soal. saya daftar RM65. beli sedikit produk shaklee untuk saya guna. Masa tu tengah mengandung anak ke-2. Memang tak fikir banyak. Sebab kemahuan tu terlalu tinggi, Cuma masa tu, saya takde la fikir tinggi sangat. Sebab tak nampak lagi jalan. Apa yang saya fikir. Ni kalau dapat rm500 ni pun ok dah. dapat tampung duit pampers dan pengasuh anak. Naif masa tu. Heheh..

Bonus saya bulan pertama RM60 macam tu. Suami cakap.

“Aik, buat kerja macam orang gila, RM60 je?”

Saya cakap balik dekat dia. Sabar. Bagi saya masa untuk saya buktikan saya boleh pergi jauh dengan Shaklee ni.

Setiap bulan saya akan pastikan bonus saya bertambah. dari 2 angka naik ke 3 angka sebulan. bulan ke 4 bonus saya dah 4 angka.dalam seribu lebih masa tu. bulan ke-6, bonus saya lebih dari rm2000. Bulan ke-6 tu la saya naik Supervisor. Rank leader paling rendah dalam shaklee.

Lepas tu, suami mula nampak usaha saya. Dia cakap. Kalau bonus Shaklee lebih dari gaji kerja Penyelidik dekat Sirim Berhad. Saya boleh resign. Berdebar dengar. Sebab tu impian saya jugak tu. Huhu

Saya teruskan buat apa  yang saya buat. Sampai satu ketika. Masa tu saya rank Coordinator. Gaji memang lebih berganda dari kerja makan gaji. Suami tanya. Nak berhenti kerja? Buat shaklee fulltime. Saya diam dan kata.. Nantilah. Dia tanya semula. Kenapa, tak yakin ke?

Saya bukan tak yakin tapi takut. Malam-malam saya buat solat istikharah. Hati saya makin dekat dengan Shaklee. Masa nak berhenti bos tanya. Kenapa you nak berhenti. kerja la terus. dalam masa bisnes. Saya tak kisah. Pandai2 bahagi masa. Allahu.. masa tu rasa terharu sangat. Tapi saya kata dekat dia. Takpelah.. saya nak fokus bisnes.. Nak duit yang berkat. Dia jawab..Kalau itu keputusan u..saya tak boleh cakap apa. Semoga majujaya.

Lepas dari tu. Bermula la kisah kehidupan saya sebagai seorang surirumah bergaji sepenuh masa. Sungguh. 3 bulan pertama adalah fasa peralihan yang sangat mencabar. Hidup tunggang langgang. Dengan urusan rumah dan anak-anak. Bisnes dan downline yang perlu diurus.

Tapi saya belajar. Anggap ia cabaran. Mula manage hidup saya sebagai seorang ibu, isteri dan bisnes leader. Saya bangun dan buat. mengorak langkahsatu persatu walau kadang kala rasa mahu rebah.Tiap kali rasa mahu jatuh.Saya kuatkan diri untuk bangun. Jatuh 10 kali, bangun untuk kali ke-11.

Setelah 2 tahun berhempas pulas. Tak cukup tidur tak cukup rehat. Saya berjaya jugak genggam gelaran Master Coordinator. Rank tertinggi dalam Shaklee. Sampai sekarang saya ingat. Saat saya sah dapat naik ke Master Coordinator. Malam tu saya menangis gila-gila. Hati tisu. haha..

Sesungguhnya… Allah beri bila Dia kata kita layak dapat. Pada ketika dan saat yang tepat. Tidak terlewat atau tercepat hatta sesaat. Kun Fa Ya Kun. Nikmat Tuhanmu yang mana harus kau dustakan!

Sehingga saat ini, saya masih setia dengan Shaklee. Masih kekal sebagai Bisnes Mentor Shaklee. Masih aktif berkongsi kebaikan Shaklee kepada ramai orang. Insya Allah selagi hayat di kandung badan. Saya kekal bersama Shaklee. Jika satu ketika saya berdiam diri.. mungkin pada masa itu saya tiada lagi di dunia ini.:))

Mungkin anda juga seperti saya yang dulu. Sedang tercari-cari peluang untuk jana pendapatan dan bekerja secara fleksible tanpa perlu mendengar arahan bos anda. Apa kata hubungi saya. Kita sama-sama jana pendapatan dengan bisnes Shaklee. Bina perniagaan dengan Shaklee. Modal serendah rm75 sahaja.

Cepat ya.. Saya tunggu. Tak sabar rasanya nak bantu anda jadi seperti saya juga. Insya Allah.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Kisah Saya Jadi Surirumah Bergaji

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago