Tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?
Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain. Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak”
~
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Ibu Hamil Perlu Sentiasa Memastikan Kesihatan Tulang

Untuk memastikan kesihatan tulang, seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ramai ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Diharapkan agar semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium dan berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Diet Kalsium Sumber Asli

Walaupun ibu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli. Antaranya seperti di bawah :-

  • susu segar
  • keju
  • dadih
  • ikan bilis
  • kekacang
  • sayur berdaun hijau

Makanan Tinggi Sumber Kalsium

Manfaat Kalsium Kepada Ibu Hamil

Kalsium amat berguna untuk mengekalkan kekuatan tulang khususnya bagi ibu hamil.Mereka memerlukan zat tersebut untuk menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Para ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

 

Kesan Kekurangan Kalsium Dalam Diet Ibu Hamil

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Baca Juga :  kenapa rambut gugur selepas bersalin

Banyak penyelidikan dan kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri. Komplikasi ini paling digeruni ibu-ibu hamil.

Buat Pemeriksaan Kesihatan Tulang

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Osteoporosis – Kesan kekurangan kalsium dalam diet seharian

Perlukah Teruskan Pengambilan Kalsium Selepas Bersalin

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Untuk wanita yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak, saya nasihatkan anda untuk mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Pastikan anda mendapat kalsium dalam kuantiti secukupnya. Jika anda rasa mempunyai kekangan utk mencukupkan keperluan kalsium dalam pemakanan harian, apa kata anda dapatkan kalsium dlm bentuk tablet

Ostematrix merupakan pilihan ramai wanita hamil dan ibu-ibu di Malaysia. Ia selamat diambil walau untuk tempoh masa yang lama. Saya sendiri telah mengambil Ostematrix ini setiap hari sejak 2011. Keputusan Kepadatan tulang mendapati tulang saya berada pada tahap yang normal.

Baca Juga :  Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Baca juga : Sumber Kalsium Untuk Ibu Hamil & Cegah Osteoporosis Setelah Tua

Ingin cuba Ostematrix?

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Komplikasi Semasa Bersalin Disebabkan Kurang Kalsium

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.