Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi Dr Wan Masliza Wan Daud, krem kaki semasa hamil adalah masalah biasa ketika hamil. Terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti terjadikan simpul biawakketika mengandung.

  1. Ia berlaku disebabkan oleh asid  yang terkumpul dalam serat otot. Biasanya kejang kaki berlaku di waktu malam terutama semasa sedang tidur dan cuaca sejuk. Namunada juga ibu yang mengalaminya ketika sedang memandu kereta, memakai seluar, naik dan turun tangga dan ketika cuba menukar posisi tidur.
  2. Rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ini menyebabkan kaki menjadi kejang.
  3. Kurang nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Semasa dalam kandungan, bayi akan mengambil apa yang ia perlu dari simpanan badan ibu terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Cara Atasi Kejang Kaki

  • Salah satu punca terjadinya krem kaki semasa hamil adalah kerana kurang nutrisi. Oleh itu ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama magnesium dan kalsium. Selain itu, dapatkan zat besi, folik asid, vitamin B Complex dan vitamin C. Kesemua nutrisi ini penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian ibu. Patuhi jadual pengambilan suplemen ini setiap hari untuk memastikan bayi yang dikandung sihat.
  • Kerapkan berjalan secara perlahan bagi melancarkan aliran darah. Lakukan senaman regangan kaki dengan berdiri 1 meter dari dinding. Unjurkan kaki ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah penting bagi memastikan aliran darah lancar. Kekurangan air akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat kejang kaki terutama bahagian betis.
  • Ketika tidur, tinggikan hujung kaki. Gunakan bantal yang diletakkan di bawah kaki. Ini juga menjadikan tubuh lebih selesa.

Bukan Kejang Biasa

Dr Wan Masliza berkata, walaupun kejang kaki dianggap normal namun ia mendatangkan bahaya sekiranya kesakitan dirasai berlarutan. Jika keadaan sakit berterusan dan terdapat bengkakan pada kaki, keadaan ini tidak dianggap sebagai kejang biasa sebaliknya boleh dikaitkan dengan trombosis vena dalam (DVT).

“DVT berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki. Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rawatan awal sekiranya kekejangan atau sakit pada betis masih berterusan dan semakin teruk,” katanya.

Bagi ibu hamil darah mudah membeku oleh itu Dr Wan Masliza menasihatkan wanita supaya banyakkan bergerak sama ada ketika hamil atau selepas melahirkan anak (dalam pantang).

“Terutama bagi yang melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan mereka harus cuba berjalan sebaik tiub salur kencing ditanggalkan. Elakkan berbaring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan DVT terjadi.

“Selain itu obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes turut menyumbang kepada masalah DVT. Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yang berterusan dan kerap berlaku, atau ditandai bengkak dan sakit, seeloknya dapatkan nasihat doktor.

“Ini kerana kemungkinan anda menghidapi DVT atau darah beku yang menghalang pengaliran darah. Rawatan segera dengan suntikan ubat cair darah mampu mengelak daripada menjadi lebih kronik,” katanya.

Kredit : Metro

Ostematrix Bagus Untuk Krem Kaki Semasa Hamil

Ostematrix mengandungi 1000 mg Kalsium dan 400 mg Magnesium. Ia dapat memenuhi keperluan nutrisi untuk ibu hamil. Kalsium dan magnesium memang terbukti berkesan untuk mengatasi masalah simpul biawak ketika mengandung. Beratus-ratus ibu telah megambilnya dan mereka telah mendapat kesan positif. Anda bila lagi?

Perbezaan ostematrix Shaklee berbanding makanan tambahan kalsium lain

Ostematrix dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang. Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Order

Dapatkan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah krem kaki anda.

Pastikan anda dapatkan set di atas daripada kami di yourfabulousmama.net. Pengalaman kami dengan shaklee sejak 2011 insya Allah menjadikan kami mempunyai pengalaman yang luas untuk membantu anda mendapatkan kesan yang optimum. Sayang duit kalau beli mahal-mahal tapi tak tahu cara pengambilan yang betul dan anda tidak mendapat kesan yang sepatutnya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Krem Kaki Semasa Hamil – Punca Dan Cara Atasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.