Ramai yang mencuba Shaklee. Macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan. Ada yang lepas sebulan baru nampak. Ada yang pening, siap demam. Ada yang muntah. Ada yang naik ruam dan sebagainya.

Apakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?

Jawapannya TIDAK.

Shaklee adalah produk dari bahan-bahan semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara-perkara seperti kelesuan, pening, muntah-muntah, demam dan sebagainya.

Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing krisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap. Mereka menganggapnya sebagai kesan sampingan.

jaminan shaklee

Apa itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis) selepas memakan supplement ?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Baca Juga :  Kenali Vitamin B Complex - Jenis, Fungsi dan Manfaatnya

landmark study shakleeAdakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

landmark study shaklee

Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?

1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.

2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.

3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.

4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

landmark study shakleeTanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

Keletihan, berasa mengantuk – Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.

Sakit kepala, kepala terasa berat – Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.

Demam, demam sedikit, keresahan – Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.

Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk – Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.

Kembung, perut bergas – Sistem penghadaman yang lemah.

Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur – Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.

Baca Juga :  Fungsi Asid Amino: Sejarah, Takrifan, Jenis dan Fungsinya

Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair – Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.

Hidung berdarah – Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah).

Sakit di bahagian otot dan sendi – Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.

Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas – Proses penyembuhan semakin cepat.

Insomnia atau hiperaktif – Sistem saraf yang lemah.

Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir – Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.

Pendarahan ketika membuang air besar – Mungkin buasir.

Pening, lapar – Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah).

Loya, sembelit, sedu– Sistem penghadaman lemah, masalah hati.

Slight Edema (bengkak) – Masalah buah pinggang

Landmark Study ShakleeVitamin tidak sesuai?

Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.

1. Mereka yang menghidap SLE (lupus) tidak sesuai mengambil alfalfa.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.

Lain-lain, yakin dengan apa yang kita ambil, dan lengkapkan pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan dengan nutirisi yang lebih baik.

Apa Kata Pengguna Shaklee Yang Mengalami Krisis Pemulihan

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, berehat dan berdoa sebanyak-banyaknya.

Facebook Comments:
Krisis Pemulihan, Kesan Sampingan, dan Petanda Ketidaksesuaian Setelah Mengambil Suplemen

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.