Tengok orang berbisnes nampak seronok. Tapi, diri sendiri selalu rasa kurang semangat bekerja. Hati mahu tapi beratnya mahu bergerak. Macam biasa alami je kan. Bagaimana nak atasi rasa tu ye?

Saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda yang mahu berbisnes atau sedang cuba sesuatu bisnes. Tapi sebelum tu, saya ada satu soalan untuk anda. Apakah agaknya penyebab seseorang tu seronok betul menjalankan bisnes mereka ye? Ada rahsia tertentu ke…

vitamin-untuk-tingkatkan-semangat-kerja

Sebenarnya kan.. mereka-mereka yang seronok buat bisnes ni, tiada rahsia khusus pun. Mereka buat bisnes sungguh-sungguh kerana mereka ada mood  nak buat bisnes mereka.

Orang yang tidak buat sharing tidak kira secara online atau offline bukan kerana mereka malas tetapi kerana mereka tidak ada mood untuk buat.

Betul tak?

So, bagaimana agaknya cara nak tingkatkan mood kita agar terus bersemangat nak buat bisnes? Yelah.. bila ada mood barulah kita rasa bersemangat nak update blog, buat sharing dengan orang banyak-banyak dekat media sosial. Bila mood ceria, aura positif datang, sharing kita pun ada “aura”, ramai lah orang yang akan LIKE status kita.

Saya nak kongsi dengan anda rahsia saya dan rahsia leader-leader hebat dalam Shaklee yang terus kekal bersemangat buat sharing macam tak pernah ada apa-apa masalah pun dalam bisnes ni. Antara rahsia pentingnya adalah dengan MAKAN VITAMIN.

Vitamin Atasi Kurang Semangat Bekerja

Makan vitamin selain daripada nak jaga kesihatan, ia juga bantu kita supaya mood nak buat bisnes tu datang. Ahaa… ni bukan auta. Tapi ni memang benar. Kaitan makan vitamin ni dengan emosi dan mood ni ada kajian saintifik tau.

Jom kita tengok apa jenis vitamin untuk naikkan mood dalam berbisnes:-

#1 – Kalsium

Kalsium ni bukan sahaja untuk sakit tulang, kejang-kejang kaki je, tapi ia juga penting untuk mengelakkan stress, rasa tertekan, rasa tak bersemangat, moody dan down… terutama sekali masa PMS kalau anda seorang wanita.

#2 – Asid Folik

Asid Folik bukan sahaja penting untuk mereka yang nak mengandung  & yang mengandung aje… tapi ia juga sangat penting untuk semua orang. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kita mudah down dan sambungan sel-sel otak terganggu… nak belajar pun susah, baca pun tak faham, kena tegur sikit sentap, nak update apa-apa pun takde idea….

#3 – Zat Besi

Orang selalu ingat, kalau kurang zat besi akan menyebabkan anemia. Sebenarnya, kurang zat besi bukan sahaja akan memberi risiko anemia, tapi kita juga mudah rasa letih walau takde lah banyak sangat kerja kita buat. kadang-kala tak tahu apa kerja yang teruk sangat kita buat sampai rasa penat gila. Kita juga akan mudah rasa down dan moody.

#4 – Omega-3

Semua orang tahu, omega-3 sangat-sangat baik untuk otak dan memang menjadi kegemaran orang yang nak kurus. Namun, selain daripada buatkan kita jadi bijak dan kurus, ia sangat penting untuk menstabilkan emosi kita.

#5 – Zinc

Kurang zinc menyebabkan tekanan jiwa. Tekanan jiwa tu bukan gila ya. Rasa rendah diri tak tentu pasal pun satu tekanan jiwa. Asyik rasa “Dia takpelah…” “Aku tak pandai…” ohh tekanan jiwa tu tau. Jadi jangan tinggal Zinc.

#6 – Vitamin C

Mengikut kajian, kekurangan vitamin C menyebabkan kita sedih tanpa sebab tertentu. Nak happy sentiasa, jgn tinggal Vita-C sebab ia bukan sekadar vitamin untuk buat kita rasa cantik atau hanya vitamin untuk cepat sembuh dari demam selsema.

#7 – Theanine

Ia adalah sejenis asid amino. Tugasnya ialah utk menenangkan kita. Theanine ni akan bantu otak kita untuk mencapai gelombang alpha.

Kepentingan Gelombang Alpha

Setiap apa yang kita fikirkan menghasilkan getaran. Dalam keadaan biasa, otak kita bergetar dengan frekuensi yang menghasilkan gelombang Beta. Kita mesti menjaga frekuensi gelombang Beta kita supaya seimbang. Gelombang Beta yang tidak seimbang menghasilkan emosi yang keras dan tidak terkawal seperti mudah marah, sentap, dan sebagainya.

Bila kita dalam keadaan tenang dan mengawal pemikiran, frekuensi otak kita akan mula menurun untuk mencapai tahap gelombang Alpha. Alpha sgt penting untuk kita capai bukan saja ketenangan jiwa, kusyuk dalam beribadah, kreativiti, malah meningkatkan sistem imun.

Bagi membantu kita mencapai gelombang Alpha, Cinch Tea Mix Shaklee sangat membantu. Terbukti bahawa kandungan dlm Cinch Tea menggalakkan aktiviti otak ke tahap Alpha (Nobre AC, et al. Asia Pac J Clin Nutr. 2008).

Minum Cinch Tea bukan sekadar buat kita cergas, tidak mengantuk tapi iaitu juga penting untuk menghasilkan gelombang alpha. Barulah macam-macam idea datang pada kita.

#8 – Asid Amino

asid amino secara amnya meningkatkan level serotonin, yakni neurotransmitter dalam otak yg memainkan peranan dalam meningkat mood dan buatkan kita mudah belajar dan menerima ilmu baru.

#9 – Rajin, Usaha  Tawakkal

Kerajinan adalah kunci kepada kejayaan. Ia vitamin utama yang perlu ada bagi setiap orang. Kerana dari segi harfiahnya, suatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Kerana kita perlukan seribu daya dan usaha untuk membuat tindakan yang dijangka boleh mendatangkan kejayaan. Ia, kita perlu rajin.  Kemudian kunci kemas dengan tawakkal iaitu berserah segalanya kepada Allah serta berdoa dianugerahkan kejayaan nanti.

Facebook Comments:
Kurang Semangat Bekerja? Saya Ada Penyelesaian Untuk Tingkatkan Mood Berbisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.