Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut “صوم – Shoum” bermaksud dari segi bahasa sebagai “menahan diri”.
Dari segi syarak, puasa bermaksud “menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib)”.
Baca Juga >> Tazkirah Ramadhan: Perkara Yang Seronok & Tidak Seronok Ketika Puasa
Puasa Ramadhan adalah salah satu ibadat khusus yang difardhukan (wajib dilakukan oleh individu) oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya (umat nabi Muhammad SAW).
Firman Allah SWT:
Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan semata-mata kerana Allah Taala memerlukan NIAT bagi membezakannya antara ibadat dan adat kebiasaan.
Bagi konteks puasa Ramadhan ini, tujuan niat adalah untuk membezakan perbuatan seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum sama ada khusus untuk berpuasa atau disebabkan oleh ketiadaan makanan untuk dimakan.
Baca Juga >> 10 Tips Mengajar Anak Berpuasa
Asas kepada kewajipan untuk berniat bagi memulakan suatu ibadat adalah berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh;
Maka, niat berpuasa itu diletakkan sebagai salah satu antara dua rukun sah puasa.
Rukun puasa ada dua, iaitu: Berniat pada malam harinya. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Merujuk kepada artikel Irsyad Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah, telah dijelaskan bahawa niat untuk berpuasa terdapat syarat-syarat untuk dipenuhi sepertimana di dalam panduan yang telah digariskan oleh kitab-kitab fiqh bagi memudahkan konteks niat berpuasa itu untuk difahami.
Antaranya adalah:
Baca Juga >> 8 Tips Puasa Ramadhan Untuk Kekal Cergas dan Sihat Bertenaga
Baca Juga >> 8 Manfaat untuk Berbuka Puasa
Baca Juga >>Tips Minum Air Banyak Di Bulan Puasa
Baca Juga >> Tips Makan Sedikit Tapi Cepat Kenyang
Q1: Apakah hukum sekadar niat “aku berpuasa esok hari” sahaja dan juga niat puasa ketika dalam solat?
A1: Tidak memadai niat puasa Ramadan dengan hanya berniat “aku berpuasa esok hari” sahaja, tetapi mestilah menyebut bulan Ramadan.
Ini kerana ia merupakan ibadat yang disandarkan kepada waktu. Justeru, wajib ta’yinkannya. Tetapi pendapat yang muktamad ialah tidak wajib disertakan niat perkataan fardhu kerana puasa Ramadan itu sendiri daripada mukallaf yang semestinya fardhu. Inilah pendapat Syeikh Ba Alawi dalam Bughiyah al-Mustarsyidin.
Sah niat puasa dalam hati walaupun ketika dalam solat, sebagaimana di dalam kitab al-Majmu’. Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Dengannya, diketahui bahawa sah niat i’tikaf dalam solat.”
A2: Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.
Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.
Q3: Apakah perlu menyebut “fardhu” ketika berniat?
A3: Orang yang tidak menetapkan “fardhu” di dalam niat puasanya, puasanya adalah sah kerana ia bukanlah perkara yang wajib di dalam niat (bagi puasa yang wajib). Walaupun begitu, menetapkan “fardhu” ketika berniat adalah termasuk di dalam kesempurnaan niat. Oleh itu, bagi mendapatkan niat yang sempurna, perlu disertakan “fardhu” ketika berniat.
A4: Melihatkan kepada nas dan hujah, kami katakan bahawa puasa orang yang melakukan sahur dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sebelum fajar lagi dikira sah walaupun orang tersebut lupa menghadirkan niatnya secara khusus.
Namun begitu, seseorang yang hendak berpuasa wajib terutamanya di bulan Ramadhan ini, hendaklah meniatkan puasanya pada waktu malam dengan menghadirkan niat tersebut di dalam hati. Sekiranya, dia tidak melakukan hal ini, namun telah bersahur dan telah menahan diri apabila tiba waktu fajar, maka puasanya adalah sah.
A5: Diharuskan untuk berniat puasa selama sebulan sebagai langkah ihtiyat (berjaga-jaga) pada awal Ramadhan di samping beriltizam untuk berniat puasa setiap malam. Justeru, jika seseorang itu lupa untuk berniat pada malamnya tetapi sudah berniat sebulan, maka puasanya di bulan Ramadhan pada hari itu sah, dan niat itu memadai mengikut pendapat sebahagian ulama Syafieyyah dan mazhab Maliki.
Namun suka untuk kami sebutkan di sini bahawa menjadi tanggungjawab seorang Muslimah untuk memerhatikan kesucian dirinya khususnya tentang waktu berhenti darah haid. Ini kerana ia tidak hanya berkait dengan ibadah puasa, tetapi juga dengan ibadah solat yang lebih utama.
Sengaja meninggalkan bersuci seperti mandi wajib dan wuduk, dan tidak menunaikan solat Subuh adalah dosa besar yang tidak wajar dipandang remeh. Begitu juga, untuk solat Zohor dan Asar.
Akhir kalam, kami berpesan agar saudari yang bertanya untuk lebih berhati-hati, bertaubat daripada kesilapan dan mendalami ilmu tentang bersuci agar puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan mulia ini tidak menjadi sia-sia pahalanya.
Nota: Koleksi Q&A ini adalah merujuk kepada IRSYAD FATWA: EDISI RAMADHAN yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah. Saya hanya khususkan cariannya berkaitan dengan hukum niat puasa.
Semoga anda mendapat sedikit ilmu tentang kenapa perlu berniat puasa Ramadhan dengan bersungguh-sungguh (pada waktunya) supaya kita dapat melakukan ibadah berpuasa dengan lebih yakin dan tidak menjadi suatu yang sia-sia (disebabkan tiada ilmu mengenainya).
Untuk menjelasan lanjut anda boleh merujuk kepada banyak sumber-sumber sahih secara penulisan buku atau online daripada pejabat mufti, para ustaz/ilmuwan agama dan sebagainya.
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Terima Kasih.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
Kenapa Perlu Naikkan Berat Badan? Di negara kita, lumrah jika dikatakan nisbah orang yang OBESITI… Read More