Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa?

Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut “صوم – Shoum” bermaksud dari segi bahasa sebagai “menahan diri”.

Dari segi syarak, puasa bermaksud “menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib)”.

Baca Juga >> Tazkirah Ramadhan: Perkara Yang Seronok & Tidak Seronok Ketika Puasa

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan adalah salah satu ibadat khusus yang difardhukan (wajib dilakukan oleh individu) oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya (umat nabi Muhammad SAW).

Firman Allah SWT:

Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan semata-mata kerana Allah Taala memerlukan NIAT bagi membezakannya antara ibadat dan adat kebiasaan.

Bagi konteks puasa Ramadhan ini, tujuan niat adalah untuk membezakan perbuatan seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum sama ada khusus untuk berpuasa atau disebabkan oleh ketiadaan makanan untuk dimakan.

Baca Juga >> 10 Tips Mengajar Anak Berpuasa

Asas kepada kewajipan untuk berniat bagi memulakan suatu ibadat adalah berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh;

Maka, niat berpuasa itu diletakkan sebagai salah satu antara dua rukun sah puasa.

Rukun puasa ada dua, iaitu: Berniat pada malam harinya. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Merujuk kepada artikel Irsyad Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah, telah dijelaskan bahawa niat untuk berpuasa terdapat syarat-syarat untuk dipenuhi sepertimana di dalam panduan yang telah digariskan oleh kitab-kitab fiqh bagi memudahkan konteks niat berpuasa itu untuk difahami.

Antaranya adalah:

  1. Al-Jazm yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikannya tanpa ragu-ragu
  2. Al-Ta’yiin iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah yakin menentukan jenis puasanya, sama ada ianya puasa fardhu Ramadhan, puasa wajib (puasa qadha’, kaffarah atau nazar) ataupun puasa sunat (puasa insin-khams, hari arafah, hari Asyura dan sebagainya). Tidak memadai jika niat sekadar niat mutlak berpuasa (tanpa perincian jenis puasa).
  3. Al-Tabyiit menetapkan niat berpuasa pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari (maghrib) hingga terbitnya fajar saddiq (masuk subuh). Waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu sah untuk berniat. Ini berdasarkan sebuah hadis nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Hafsah R.A:

Baca Juga >> 8 Tips Puasa Ramadhan Untuk Kekal Cergas dan Sihat Bertenaga

Cara Lafaz Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadhan

Baca Juga >> 8 Manfaat untuk Berbuka Puasa 

Cara Lafaz Niat Puasa Harian Di Bulan Ramadhan

Baca Juga >>Tips Minum Air Banyak Di Bulan Puasa

Video Bacaan Niat Puasa Harian dan Sebulan Ramadhan

Baca Juga >> Tips Makan Sedikit Tapi Cepat Kenyang

Koleksi Soal Jawab Q&A Tentang Niat Puasa Ramadhan

Q1: Apakah hukum sekadar niat “aku berpuasa esok hari” sahaja dan juga niat puasa ketika dalam solat?

A1: Tidak memadai niat puasa Ramadan dengan hanya berniat “aku berpuasa esok hari” sahaja, tetapi mestilah menyebut bulan Ramadan.

Ini kerana ia merupakan ibadat yang disandarkan kepada waktu. Justeru, wajib ta’yinkannya. Tetapi pendapat yang muktamad ialah tidak wajib disertakan niat perkataan fardhu kerana puasa Ramadan itu sendiri daripada mukallaf yang semestinya fardhu. Inilah pendapat Syeikh Ba Alawi dalam Bughiyah al-Mustarsyidin.

Sah niat puasa dalam hati walaupun ketika dalam solat, sebagaimana di dalam kitab al-Majmu’. Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Dengannya, diketahui bahawa sah niat i’tikaf dalam solat.”

Q2: Bagaimanakan caranya untuk berniat puasa? Perlukah saya memperbaharui niat pada setiap malam atau boleh saya niatkan 30 hari sekaligus?

A2: Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.

Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.

Q3: Apakah perlu menyebut “fardhu” ketika berniat?

A3: Orang yang tidak menetapkan “fardhu” di dalam niat puasanya, puasanya adalah sah kerana ia bukanlah perkara yang wajib di dalam niat (bagi puasa yang wajib). Walaupun begitu, menetapkan “fardhu” ketika berniat adalah termasuk di dalam kesempurnaan niat. Oleh itu, bagi mendapatkan niat yang sempurna, perlu disertakan “fardhu” ketika berniat.

Q4: Sekiranya seseorang itu tidak berniat puasa pada malam hari namun dia bersahur sebagai persiapan untuk berpuasa, adakah sah puasanya menurut mazhab kita?

A4: Melihatkan kepada nas dan hujah, kami katakan bahawa puasa orang yang melakukan sahur dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sebelum fajar lagi dikira sah walaupun orang tersebut lupa menghadirkan niatnya secara khusus.

Namun begitu, seseorang yang hendak berpuasa wajib terutamanya di bulan Ramadhan ini, hendaklah meniatkan puasanya pada waktu malam dengan menghadirkan niat tersebut di dalam hati. Sekiranya, dia tidak melakukan hal ini, namun telah bersahur dan telah menahan diri apabila tiba waktu fajar, maka puasanya adalah sah.

Q5: ‘Period’ dah habis tapi tak perasan dah tidak ada dan tidak sempat mandi wajib paginya, tetapi dah niat puasa sebulan dan berpuasa pada hari itu, balik rumah petang baru mandi wajib, adakah sah puasanya?

A5: Diharuskan untuk berniat puasa selama sebulan sebagai langkah ihtiyat (berjaga-jaga) pada awal Ramadhan di samping beriltizam untuk berniat puasa setiap malam. Justeru, jika seseorang itu lupa untuk berniat pada malamnya tetapi sudah berniat sebulan, maka puasanya di bulan Ramadhan pada hari itu sah, dan niat itu memadai mengikut pendapat sebahagian ulama Syafieyyah dan mazhab Maliki.

Namun suka untuk kami sebutkan di sini bahawa menjadi tanggungjawab seorang Muslimah untuk memerhatikan kesucian dirinya khususnya tentang waktu berhenti darah haid. Ini kerana ia tidak hanya berkait dengan ibadah puasa, tetapi juga dengan ibadah solat yang lebih utama.

Sengaja meninggalkan bersuci seperti mandi wajib dan wuduk, dan tidak menunaikan solat Subuh adalah dosa besar yang tidak wajar dipandang remeh. Begitu juga, untuk solat Zohor dan Asar.

Akhir kalam, kami berpesan agar saudari yang bertanya untuk lebih berhati-hati, bertaubat daripada kesilapan dan mendalami ilmu tentang bersuci agar puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan mulia ini tidak menjadi sia-sia pahalanya.

Nota: Koleksi Q&A ini adalah merujuk kepada IRSYAD FATWA: EDISI RAMADHAN yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah. Saya hanya khususkan cariannya berkaitan dengan hukum niat puasa.

Salam Ramadhan & Selamat Menjalani ibadah Puasa

Semoga anda mendapat sedikit ilmu tentang kenapa perlu berniat puasa Ramadhan dengan bersungguh-sungguh (pada waktunya) supaya kita dapat melakukan ibadah berpuasa dengan lebih yakin dan tidak menjadi suatu yang sia-sia (disebabkan tiada ilmu mengenainya).

Untuk menjelasan lanjut anda boleh merujuk kepada banyak sumber-sumber sahih secara penulisan buku atau online daripada pejabat mufti, para ustaz/ilmuwan agama dan sebagainya.

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Terima Kasih.

Facebook Comments:
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Recent Posts

  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

5 months ago
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

5 months ago
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago