Saat kelahiran bayi memang sentiasa dinantikan oleh semua pasangan suami isteri yang telah berumahtangga. Sepanjang tempoh kehamilan yang terkadang mengujakan dan terkadang memberi pelbagai cabaran, kini sudah masanya bayi kesayangan untuk keluar melihat dunia.
Dalam tempoh beberapa hari selepas bersalin, kebiasaannya ibu akan kelihatan agak lemah sebaik bertarung sepenuh jiwa bersama nyawa dan tenaga. Namun itu semua boleh terbalas dengan kelahiran si kecil yang sangat comel.
Dugaan bukan sekadar itu sahaja, ibu selepas bersalin perlu sabar menempuh fasa berpantang pula. Ada yang mudah melaluinya, tidak kurang juga yang sukar pengalamannya. Bagaimana jika luka bersalin lambat sembuh? Tentu menyukarkan bukan?
Luka selepas bersalin (atau episiotomi) sememangnya lumrah terjadi bagi ibu-ibu yang bersalin normal tanpa pembedahan. Bergantung kepada amaun luka, masa yang diperlukan mungkin berbeza-beza bagi setiap ibu bersalin untuk luka itu sembuh.
Cepat atau lambatnya proses penyembuhan luka episiotomi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
Penjagaan pemakanan ketika tempoh pantang adalah sangat penting. Dalam fasa ini, terdapat jenis-jenis makanan yang digalakkan dan ada juga yang ditegah untuk dimakan. Tujuannya sama ada untuk memberikan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, mengelakkan angin atau bentan, mengelakkan ketegangan urat, luka menjadi gatal atau bernanah.
Antara makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang dan berkait dengan luka bersalin lambat sembuh adalah:
Kurang bergerak, sentiasa berbaring atau terlalu banyak bergerak boleh menyebabkan luka bersalin lambat untuk sembuh. Sebaiknya jangan malas dan terlalu bermanja diri, lakukan sedikit aktiviti ringan bergantung kepada keupayaan diri.
Aktiviti biasa berjalan dalam ruang rumah dan sebagainya mampu membantu proses sirkulasi peredaran darah dengan baik. Darah membawa nutrien dan bahan penting untuk proses penyembuhan luka. Juga baik untuk mengelakkan kejadian kaki bengkak.
Namun, elakkan melakukan kerja-kerja berat yang mungkin boleh meregangkan luka, kemasukan angin atau pendarahan semula pada luka.
Menjaga luka akibat bersalin adalah agak rumit dan memerlukan perhatian yang lebih. Belajar cara mencuci dan mengeringkan luka dengan betul mengikut panduan daripada jururawat bertauliah.
Jika dijaga dengan baik, gangguan dan jangkitan kuman boleh dielakkan. Penggunaan bahan mencuci, peralatan, persekitaran dan tertib yang betul adalah langkah yang baik semasa membersih untuk mengelakkan luka bersalin lambat sembuh.
Pastikan tempat jahitan sentiasa kering. Jika anda bersalin secara pembedahan, apabila berdiri dan berjalan, sentiasa tampung abdomen dengan postur badan yang betul. Pegang abdomen berhampiran luka semasa batuk, bersin atau ketawa (ketawa boleh dikawal).
Semasa berpantang, ibu lepas bersalin perlu minum air dengan secukupnya. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah dalaman sistem tubuh. Kekurangan bendalir dalam badan, dehidrasi, masalah sembelit, lemah badan adalah antara simptom yang disebabkan oleh kekurangan pengambilan air.
Komplikasi masalah sembelit boleh menyumbang kepada masalah luka bersalin lambat sembuh. Banyak atau kuat meneran, duduk terlalu lama ketika membuang air besar dan tekanan dalaman usus besar antara yang mungkin menyumbang secara langsung.
Dalam fasa berpantang, setiap makanan yang diambil perlu dijaga dan memenuhi kualiti nutrisi. Tidak semestinya mewah dan sedap, tetapi ia perlulah kaya dengan sumber khasiat dan nutrien yang boleh memberikan tenaga dan mempercepatkan proses pemulihan badan termasuk luka bersalin.
Luka bersalin lambat sembuh biasanya berlaku apabila kita melanggar pantang larang pemakanan semasa tempoh ini. Makanan yang bersifat gatal, tajam, angin, sejuk sama ada dari sumber sayuran, buah-buahan dan sumber daging tertentu perlu dihindari.
Jika tidak, ia boleh sama ada melambatkan atau menyebabkan komplikasi lebih teruk kepada luka bersalin termasuk juga pelbagai masalah lain.
Beberapa siri produk Shaklee telah dirumus khas untuk membantu mengembalikan tenaga, kesihatan dan pemulihan badan bagi ibu berpantang. Termasuklah dari segi aspek pemulihan luka selepas bersalin.
Ibu berpantang disarankan supaya mengambil Set Lengkap Berpantang untuk hasil yang optimum. Dalam tempoh berpantang, ia juga baik dan selamat untuk diambil oleh ibu menyusu dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi (malah membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan bayi).
Set Lengkap Berpantang ini berfungsi dengan cara MEMBANTU:
Assalamualaikum. Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih. Ok, saya nak share something yang best sangat dengan anda semua. Rugi sangat siapa yang tak baca sampai habis perkongsian saya ni.
Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok. First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set pantang ni lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.
Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set pantang Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je. Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. Rezekii…Hehe…Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set pantang Shaklee ni 100%..
Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni…Vitamin je pun…Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu… 14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg…Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan.Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada set pantang Shaklee.
Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set pantang Shaklee. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat.
Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, set pantang ni memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks.
Bila saya share cerita set pantang ni dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih set pantang ni sebagai pilihan mereka ketika berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee. Tq kepada semua yang baca kisah cinta saya dengan Shaklee ni sampai habis.
– Asilah Azmi, Kulim
Acanerr!? Best kan Set berpantang Shaklee ini. Bukan sahaja membuatkan luka ibu yang baru lepas melahirkan anak cepat sembuh. Malah, ia juga membantu ibu rasa bertenaga dan cergas sepanjang masa.
Mesti Cuba >> Set Lengkap tentang Set Berpantang Shaklee
Adakah anda juga mengalami masalah luka bersalin lambat sembuh?. Dapatkan set ini segera. Inshaa Allah, luka jahitan bersalin anda akan cepat sembuh dan tempoh berpantang anda akan jadi lebih rileks.
Jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut berkaitan produk dan masalah serta konsultasi secara eksklusif. Untuk dapatkan harga bertuah untuk set ini juga pun boleh.
Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
kalau lambat sembuh..
mesti ada benda tak buat la tu.
hoho
Yupp mungkin. Ataupun memang dah nak terjadi. Ada yang boleh kita kawal dan ada juga yang di luar kawalan. Cuma jangan bersedih jika terkena, bersabarlah...
memang takut nih, kena makan ubat cepat
Tahniah Pn Ainul. Bakal menunggu kelahiran anak ke-3. Semoga dipermudahkan segalanya. jangan takut-takut, awak kan supermom!.