1 2
Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral

Apakah itu Makromineral & Mikromineral?

Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh: Makromineral dan Mikromineral (trace mineral).

Makromineral adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam kuatiti yang banyak. Terdapat 7 jenis makromineral iaitu kalsium, fosforus, magnesium, sodium, potassium, klorida dan sulfur.

Mikromineral pula adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh memadai dalam kuatiti yang kecil atau sedikit. 9 jenis mikromineral yang diperlukan tubuh ialah zat besi, manganese, kuprum (copper), iodin, zinc, cobalt, florida dan selenium.

Baca juga >> 6 Cara Bagaimana Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Apa Itu Potassium?

Potassium atau kalium adalah di antara 7 jenis Makromineral yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan serta mengekalkan fungsinya dengan baik.

Potassium seringkali dirujuk sebagai elektrolit kerana peranannya membawa membawa sejumlah amaun kecil caj elektrik yangberfungsi untuk mengaktifkan pelbagai jenis sel dan saraf dalam tubuh.

Tahukah Anda?

Nama latin bagi potassium adalah kalium. Potassium mempunyai elemen kimia yang disimbolkan sebagai ‘K’ dalam jadual berkala (periodic table) unsur serta nombor atomnya adalah 19 dan berat atomnya adalah 39.098.

Antara fungsi utama potassium adalah:

  • Membantu mengekalkan paras bendalir dalam tubuh untuk menyokong fungsi buah pinggang dan jantung
  • Membantu fungsi sistem saraf
  • Membantu fungsi pengecutan dan pengenduran otot
  • Mengekalkan tekanan darah & denyutan jantung yang normal
  • Mengangkut masuk nutrien ke dalam sel serta mengangkut keluar sisa kumuh daripada sel-sel tubuh.

Keperluan Harian Potassium

Saranan Pengambilan & Keperluan Harian Potassium

Potassium dikelaskan sebagai nutrien mineral yang sangat penting kerana kita tidak berupaya untuk menghasilkannya sendiri di dalam tubuh.

Kita hanya boleh mendapatkan potassium melalui sumber makanan harian. Institut Kesihatan Kebangsaan ( National Institutes if Health – NIH) telah menetapkan keperluan harian potassium (Recommended Daily Allowance – RDA) adalah seperti di dalam jadual berikut:

Kategori UmurLelakiWanitaWanita HamilWanita Menyusu Anak
0 - 6 bulan400 mg400 mg
7 - 12 bulan860 mg860 mg
1 - 3 tahun2000 mg2000 mg
4 - 8 tahun2300 mg2300 mg
9 - 13 tahun2500 mg2300 mg
14 - 18 tahun3000 mg2300 mg2600 mg
2500 mg
19 - 50 tahun3400 mg2600 mg2900 mg2800 mg
51+ tahun3400 mg2600 mg

Kesan Kekurangan Potassium

Masalah kekurangan potassium dalam tubuh atau disebut sebagai Hipokalemia.

Hipokalemia (hypokalemia) merujuk kepada paras kandungan potassium yang lebih rendah berbanding paras normal di dalam sistem aliran darah.

Kesan kekurangan potassium dalam tubuh boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:

  • Tekanan darah tinggi
  • Risiko pembentukan batu karang
  • Penurunan paras kalsium dalam tulang
  • Kerap buang air kecil
  • Masalah pernafasan
  • Kadar denyutan jantung tidak normal
  • Kekejangan otot
  • Kebas tangan & kaki dan semut-semut

Baca juga >>  7 Tanda-tanda Bahaya Kekurangan Vitamin C

7 Jenis Makanan Tinggi Kandungan Potassium

Keperluan potassium kepada tubuh amat penting dan kita perlu bersyukur pada hari ini kerana sumber potassium masih boleh diperolehi dengan mudah di sekeliling kita.

Makanan Tinggi Potassium

Berikut adalah 11 jenis makanan yang mengandungi tinggi potassium:

+1 – Buah-Buahan

Buah-buahan merupakan kategori makanan yang paling kaya potassium dan paling mudah didapati dengan segera di persekitaran kita sama ada dipetik sendiri atau dibeli di kedai-kedai.

Selain kaya dengan pelbagai sumber vitamin, antioksidan dan mineral lain, buah-buahan juga sumber makanan yang terjamin kandungan khasiatnya kerana boleh dimakan terus tanpa proses penyediaan makanan yang rumit yang boleh merosakkan kandungan nutriennya.

Antara buah-buahan paling tinggi kandungan potassium per 100 gram adalah :

  • Avokado – 485 mg
  • Buah nangka (Jackfruit) – 448 mg
  • Durian (King of fruit) – 438 mg
  • Jambu batu (Guava)- 417 mg
  • Pisang (Banana) – 358 mg
  • Buah Markisa (Passion fruit)- 348 mg
  • Buah kiwi (kiwi fruit) – 312 mg
  • Durian Belanda (Soursop) – 278 mg
  • Tembikai Wangi (Cantaloupe)- 267 mg
  • Buah longan – 266mg

Baca juga >>  11 Makanan Tinggi Vitamin E

+2 – Sayur-sayuran

Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang boleh didapati disekeliling kita. Ia sangat kaya kandungan nutrisi dan hampir kesemuanya mengandungi mineral potassium.

Berikut adalah senarai sayur-sayuran paling tinggi kandungan potassium per 100 gram:

  • Kentang (Potato)- 535 mg
  • Bayam (Spinach)- 466 mg
  • Cendawan – 356 mg
  • Kobis brussel (Brussel sprout) – 317 mg
  • Brokoli (Broccoli) – 293 mg
  • Labu air (Butternut squash) – 284 mg
  • Zucchini – 264 mg
  • Tomato – 237 mg
  • Lobak Merah (Carrot) – 235 mg
  • Ubi Keledek (Sweet potato) – 230 mg
  • Asparagus – 224 mg

Baca juga >>  6 Jenis Vitamin Untuk Jantung Yang Anda Perlu Tahu

+3 – Bijian & Kekacang

Bijian dan kekacang juga sangat tinggi kandungan potassium. Cuma penggunaan atau pemakanannya yang jarang, kuantiti yang sedikit dan kurang popular berbanding buah dan sayuran.

Namun ia sangat popular dalam program diet pengurusan berat badan kerana tinggi kandungan fiber atau serat.

Kacang dan bijian jarang boleh dimakan terus kerana perlu melalui proses penyediaan tertentu seperti dimasak, goreng atau sangai supaya sesuai untuk dijadikan makanan.

Berikut adalah jenis-jenis kekacang dan bijian yang memiliki kandungan tinggi potassium per 100 gram:

  • Kacang Pistachio (Pistachio nuts) – 1025 mg
  • Kacang badam (Almonds) – 700 mg
  • Kacang Hazel (Hazelnuts) – 680 mg
  • Kacang brazil (Brazilnuts) – 659 mg
  • Kacang tanah (Peanuts) – 634 mg
  • Kacang Gajus (Cashews) – 565 mg
  • Kacang Walnut (Walnuts) – 441 mg
  • Kacang Pecan (Pecans) – 424 mg
  • Kacang Macadamia (Macadamia nut) – 368 mg
  • Kuaci bunga matahari (Sunflower seeds) – 850 mg
  • Biji flax (Flax seeds) – 813 mg
  • Kuaci labu (Pumpkin seeds) – 779 mg
  • Biji chia (Chia seeds) – 407 mg

Baca juga >>  7 Tanda Jantung Berdebar-debar Tanda Sebab

+4 – Buah-buahan kering

Buah-buahan kering terdiri daripada buah-buahan biasa pada asalnya tetapi majoriti kandungan air di dalamya telah disingkirkan melalui proses pengeringan sama ada secara semulajadi atau dikeringkan di bawah sinar matahari atau juga dengan penggunaan alat pengeringan tertentu seperti dryer dan dehydrator.

Selepas proses pengeringan lazimnya kandungan potassium buah-buahan kering akan menjadi lebih tinggi kerana konsentrasi nutriennya yang lebih tinggi dan menyebabkannya boleh disimpan lebih lama.

Buah-buahan kering juga mempunyai konsentrasi tinggi kalori dan kandungan gula iaitu fruktos dan glukos. Amalkan pengambilan sihat dan elakkan pemakanan berlebihan,

Namun anda perlu lebih berhati-hati kerana dalam sesetengah proses pembuatan buah-buahan kering, gula tambahan mungkin telah ditambah bagi meningkatkan kemanisan dan untuk rasa yang lebih sedap.

Berikut adalah jenis buah-buahan kering yang mempunyai tinggi kandungan potassium dalam setiap 100 gram hidangan:

  • Pisang kering (Dried banana) – 1491 mg
  • Prune (Dried plum) – 732 mg
  • Aprikot kering (Dried apricot) – 1162 mg
  • Anggur kering (Raisin) – 744 mg
  • Epal kering (Dried apple) – 450 mg
  • Buah tin kering (Dried Figs) – 680 mg
  • Buah bidara kering (Dried jujube) – 217 mg
  • Longan kering (Dried longan) – 658 mg
  • Buah pic kering (Dried peaches) – 996 mg
  • Kurma kering (Dates) – 696 mg

Baca juga >>  7 Manfaat Kurma Terbaik Untuk Kesihatan Yang Anda tidak Sanggup Untuk Tinggalkannya

+5 – Produk berasaskan susu / produk tenusu

Susu merupakan sumber kalsium terbaik dan juga mengandungi pelbagai nutrien lain yang juga baik untuk kesihatan termasuklah potassium dan magnesium.

Susu dan produk tenusu juga memiliki keseimbangan protein, lemak dan karbohidrat yang baik untuk diet harian.

Berikut adalah senarai susu dan produk berasaskan susu (produk tenusu) yang mengandungi tinggi potassium dalam setiap 100 gram:

  • Yogurt tanpa lemak (Non-fat yogurt) – 255 mg
  • Yogurt rendah lemak (low fat yogurt) – 234 mg
  • Yogurt biasa tanpa perisa (Plain yogurt) – 155 mg
  • Yogurt greek ( Plain greek yogurt) – 141 mg
  • Aiskrim vanilla – 199 mg
  • Susu skim (skim milk) – 156 mg
  • Susu soya (Soy milk) – 120 mg
  • Susu kambing (Goat milk) – 204 mg
  • Susu penuh krim (Whole milk) – 132 mg
  • Keju cheddar (Cheddar cheese) – 76 mg
  • Keju kotej tanpa lemak (Nonfat Cottage cheese) – 137 mg
  • krim keju (Cream cheese)- 132 mg
  • Krim tinggi lemak (Heavy cream) – 95 mg
  • krim masam (Sour creme) – 125 mg
  • Mentega (Butter) – 24 mg
  • Mentega susu (Buttermilk) – 135 mg

Baca juga >>  7 Manfaat Fungsi Kalsium Selain Untuk Kuatkan Gigi & Tulang

+6 – Jus Buah-buahan

Selain dimakan secara terus, buah-buahan dan sesetengah sayuran boleh diproses dalam bentuk jus untuk diminum.

Kandungan nutrien dalam 100 gram buah oren mungkin tidak sama dengan 100 gram jus oren, kerana amaun biji buah yang digunakan adalah lebih banyak untuk mendapatkan satu gelas jus buahnya.

Itu hanya sekadar contoh, berikut adalah senarai jus buah-buahan asli yang tinggi kandungan potassium dalam setiap 100 gram hidangan:

  • Jus lobak merah (Carrot juice) – 292 mg
  • Jus markisa (Purple passion fruit juice) – 278 mg
  • Jus delima (Pomegranate juice) – 214 mg
  • Jus oren (Orange juice) – 200 mg
  • Jus tomato (Tomato juice)- 179 mg
  • Jus Anggur (Grape juice) – 104 mg
  • Jus epal (Apple juice) – 101 mg
  • Puri tomato* (Tomato puree) – 439 mg
    * Untuk masakan bukan untuk diminum

Baca juga >>  9 Kelebihan Minum Air Kosong Sehingga Ada Yang Kata Boleh Melawan Kanser. Betul Ke?

+7 – Daging & makanan laut

Anda suka makan ayam, daging atau ikan? Menariknya ia juga tergolong dalam makanan tinggi kandungan potassium.

Berikut adalah senarai daging dan makanan laut yang dikenalpasti kaya dengan potassium dalam setiap 100 gram hidangan:

  • Telur ayam (Eggs) – 138 mg
  • Peha Ayam (Chicken thigh) – 204 mg
  • Dada ayam (Chicken breast) – 334 mg
  • Kepak ayam (Chicken wing) – 187 mg
  • Kaki ayam (Chicken leg) – 264 mg
  • Daging lembu (Beef) – 271 mg
  • Daging rusuk lembu (Rib eye) – 383 mg
  • Daging batang pinang (Tenderloin) – 248 mg
  • Daging peha lembu (Beef shank) – 387 mg
  • Daging kambing (lamb rib) – 271 mg
  • Peha kambing (Lamb shank)- 342 mg
  • Daging kerbau (Buffalo meat) – 387 mg
  • Ikan talapia (Raw tilapia) – 302 mg
  • Ikan salmon (Farmed Atlantic Salmon – raw) – 363 mg
  • Ikan tenggiri (Mackerel – raw) – 344 mg
  • Ikan kembung (Indian mackerel) – 459 mg
  • Ikan tongkol (Skipjack tuna – raw) – 407 mg
  • Ikan kerapu (Grouper fish) – 483 mg
  • Ikan sardin dalam tin (Canned sardines) – 397 mg
  • Kerang/lala/kepah (Clams – cooked) – 628 mg
  • Kupang (Mussels – cooked) – 265 mg
  • Udang (Shrimp) – 170 mg
  • Ketam (Crab) – 262 mg

Baca juga >>  Apakah Maksud Kelopak Mata Bergerak Secara Tiba-tiba? Adakah Petanda Buruk Kesihatan

 

 

 

Facebook Comments:
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

6 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

6 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

7 months ago