Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus semula!
Itulah kata-kata semangat untuk anda jika sekarang ini anda sedang risau dan sedih kerana mengalami masalah berat badan atau sangat susah untuk mengekalkan pengurusan berat badan ideal.
Jangan putus asa, jom kita selami apakan penyebab utama berat badan kita mudah naik dan susah pula dia nak turun.
Baca Juga >> Betul Ke Anda Gemuk? Cuba Kira BMI Dulu Baru Tau Sahih
Ya, penyebab utamanya ialah suka makan dan terlebih makan. Tapi itu perkara yang sudah lama berlaku dan sekarang kita sedang menimbang akibatnya setiap hari. Tak mahu juga turun kilonya.
Sebagai langkah jangka panjang dan berterusan untuk menurunkan berat badan, kita boleh bermula dengan kaedah mengawal diet pemakanan disamping memperbanyakkan aktiviti aktif bersenam.
Sudah-sudah la tu makan banyak, kita bukan ikan paus yang makin besar makin kuat dan hebat
Dalam diet pemakanan, kita perlu kawal jenis makan yang kita ambil setiap hari. Pertama sekali kita perlu kurangkan makanan berlemak bagi mengelakkan lebih banyak lagi deposit lemak masuk ke dalam badan.
Bagi lemak-lemak yang dah sedia ada dalam badan terutamanya yang membuai-buai di sekitar perut dan bawah lengan tu, kita akan usahakan untuk singkirkannya. Macamana caranya? Ok macam ni. Lemak ini memang boleh tersimpan lama dalam badan selagi mana kita tak pecahkan dan buangkannya.
Baca Juga >> Sebelum Buang Lemak Kena Kira Kalori Dulu, Baru Betul
Ada banyak cara nak pecahkan lemak. Umum kita tahu, ada dua cara untuk menyingkirkan lemak badan iaitu secara dalaman (pemakanan kesihatan untuk singkirkan lemak) dan secara fizikal (aktiviti membakar lemak melalui senaman).
Dalam artikel ini kita fokuskan kepada acara membakar lemak melalui diet pemakanan sihat.
Apakah makanan yang boleh bantu tubuh kita membakar lemak dengan cepat dan berkesan? Sebenarnya terdapat banyak makanan sihat yang boleh membantu kita sama ada mengawal pengambilan lemak atau membantu membakar lemak sedia ada dalam badan.
Berikut adalah 10 makanan pembakar lemak paling berkesan dan dapat membantu menyelesaikan gundah gulana anda untuk menurunkan berat badan:
Lemak ikan mempunyai kandungan tinggi asid lemak omega-3. Omega 3 membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan menggalakkan pembakaran lemak semasa aktiviti bersenam.
Omega 3 membantu tubuh membina lebih otot dengan membakar lemak yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Lemak yang dibakar digantikan dengan jisim otot yang lebih kuat.
Kajian pada 2010 menunjukkan mereka yang mengambil minyak ikan bukan sahaja berjaya mengurangkan 1.1 pound lemak tubuh, tetapi juga memperolehi 1.1 pound jisim otot dan tiada perubahan berat badan.
Telur bukan sahaja tinggi lemak tetapi juga kalori. Sebiji telur mempunyai 187 kcal kalori dan 22mg lemak. Tambahan lagi telur juga antara makanan paling tinggi kandungan protein.
Kuning telur (yolk) mempunyai Choline yang tinggi. Choline membantu meningkatkan fungsi organ hati untuk proses metabolisma lemak. Apabila tubuh membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga(ketosis) maka is menggalakkan kehilangan lemak (fat loss).
Telur juga tinggi kandungan protein yang sangat membantu program penurunan berat badan sihat. Kehadiran protein meningkatkan metabolisma tubuh yang membantu tubuh membakar lebih kalori.
Protein dalam telur membuatkan kita rasa cepat kenyang dan bertahan daripada lapar untuk masa yang lebih lama.
Jadi tidak hairan, jika telur menjadi menu utama dalam makanan harian bagi mereka yang berdiet dan menjalani program penurunan berat badan.
Baca Juga >> Cara Nak Tambah Berat Badan, Orang Gemuk Jangan Baca!
Avokado adalah salah satu antara makanan superfood.
Avokado satu-satunya buah-buahan yang mengandungi tinggi lemak. 77% kalori yang dibekalkan oleh buah avokado adalah dari kandungan lemaknya sendiri.
Jangan takut, lemak avokado kebanyakkannya adalah lemak sihat mono-tak tepu (monounsaturated fat) dalam bentuk asid oliek. Ia sangat baik untuk kesihatan jantung kerana membantu menurunkan paras kolesterol dalam tubuh.
Selain untuk jantung, asid lemak mono tak tepu ( Monounsaturated Fatty Acid – MUFA) dikenalpasti dapat membantu:
Terdapat satu kajian tentang pengambilan avokado dalam diet harian. Hasil kajian mendapati mereka yang mengambil 1 biji avokado setiap hari selama 3 bulan dapat mengurangkan lemak abdomen (abdominal fat – lemak perut) berbanding mereka yang tidak melakukan diet yang sama, tidak mengalami perubahan lemak perut.
Baca Juga >> 7 jenis Makanan tinggi Potassium, Avokado Salah Satu Antaranya
Nikmatnya secangkir kopi membangkitkan rasa semangat dan kepuasan
Kopi mengandungi agen stimulan atau perangsang semulajadi: kafein dan asid chlorogenic. Kedua-dua komponen aktif dalam kopi ini dikenalpasti meningkatkan kadar metabolisma tubuh.
Kafein menghantar isyarat kepada lemak supaya ia perlu dipecahkan atau diuraikan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tenaga. Kemudian ia disingkirkan oleh tubuh melalui aktiviti fizikal aktif.
Kafein juga meningkatkan pengeluaran adrenalin dalam darah dan turut meningkatkan kadar pembakaran lemak. Tidak hairan jika anda rasa sedikit panas dan bertenaga selepas minum secawan kopi.
Kafein meningkatkan kadar metabolik sebanyak 3 – 11%. Lebih tinggi kadar metabolik, lebih mudah lemak dapat dibakar. Salah satu tips utama untuk menurunkan berat badan
Kehadiran asid chlorogenik mempermudahkan lagi kerja-kerja pembakaran lemak dengan lebih efisien. Gabungan sinergi kafein-asid klorogenik ini menjadikan kopi sebagai salah satu alternatif teknik pembakaran lemak yang terbaik.
Selain itu, asid klorogenik juga dikenalpasti dapat mengurangkan selera makan berlebihan. Baik untuk pengurangan kalori dan pengambilan makanan berlebihan dalam diet harian.
Baca Juga >> Kenapa Jantung Berdebar-debar Tiba-tiba? Adakah Sebab Banyak Minum Kopi?
Salah satu alternatif jika anda tidak gemarkan kopi. Teh hijau adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menjalani program penurunan berat badan atau ingin kembali lansing.
Walaupun kurang popular berbanding teh jenis lain, teh hijau dikatakan mempunyai ciri-ciri khasiat tertentu.
Melalui kajian, antara manfaat dan kelebihan teh hijau ialah dapat membantu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung).
Ia juga mempunyai sifat anti-radang(inflamasi), anti-bakteria, anti-oksidatif, anti-jangkitan (viral), anti- arthritic, anti-angiogenic, neuroprotektif dan menurunkan paras kolesterol.
Teh hijau mempunyai kandungan rendah kafein dan tinggi sumber epigallocathecin gallate atau EGCG iaitu antioksidan cathechin.
Walaupun kafein dalam secawan teh hijau lebih rendah (24 – 40mg) berbanding secawan kopi (100 – 200mg), ia tetap memberi kesan yang sama dan cukup untuk proses pembakaran lemak pada kadar yang tinggi.
Tambahan lagi, teh hijau mengandungi EGCG, iaitu sejenis antioksidan cathecin yang sangat membantu meningkatkan kadar metabolisma dan memperbaiki prestasi aktiviti fizikal seperti bersenam atau bersukan. Selain ia juga berkesan membantu penyingkiran lemak perut.
Baca Juga >> Resepi Teh Halia Homemade Yang Baik Untuk Kesihatan
Produk whey protein sangat popular dalam kalangan ahli gym atau atlit yang menonjolkan kekuatan melalui otot yang besar – terutamanya lelaki.
Whey protein diperbuat daripada susu lembu melalui produk sampingan semasa pemprosesan keju dimana lemak dan karbohidrat telah disingkirkan pada awalnya dan hanya tinggal protein.
Pengambilan whey protein dalam diet harian amat berkesan kerana mampu meningkatkan kadar metabolisma dan pembakaran lemak yang tinggi. Kebiasaannya ia diambil dalam bentuk minuman harian.
Disamping itu, ia juga menyokong pembentukan otot bersih tanpa lemak apabila diet whey protein diambil secara intensif dan digabungkan dengan aktiviti latihan yang fokus kepada senaman untuk membina otot.
Dalam program penurunan berat badan, whey protein dikatakan berkesan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mambantu mengawal selera makan.
Jadi ia sangat membantu mereka yang sedang berdiet untuk memotong kalori harian mereka yang normalnya tinggi.
Berbanding whey protein yang diekstrak dari sumber haiwan, soy protein isolate pula di ekstrak daripada sumber tumbuhan iaitu kacang soya.
Kandungan proteinnya sedikit rendah berbanding whey protein. Namun, ia sangat rendah lemak dan tiada kolesterol.
Soy Protein isolate lebih sesuai bagi mereka yang vegetarian dan mereka yang alah dengan susu lembu atau sensitif terhadap laktosa (lactose intolerant).
Dari segi keupayaan pembakaran lemak yang tinggi dan meningkatkan kadar metabolisma, ia tidak terlalu jauh berbeza.
Baca Juga >> Tips Memilih Minuman Berprotein Tinggi Terbaik di Pasaran
Apple Cider Vinegar(APV) atau cuka epal adalah jus yang dihasilkan melalui proses penapaian buah epal.
Cuka epal mengandungi asid asetik yang dikatakan dapat mengawal selera makan dan memberi kesan dalam proses penurunan berat badan.
Beberapa kajian mendapati APV boleh menurunkan paras glukosa yang biasa berlaku selepas makan. Kurangnya kenaikan paras gula ini menyebabkan tubuh tidak perlu mengeluarkan insulin yang lebih banyak seperti sebelumnya (tanpa APV).
Disebabkan kurang pengeluaran insulin, tubuh akan memecahkan lebih banyak lemak dan boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang.
APV atau cuka epal ini juga memperbaiki sensitiviti insulin yang boleh mengurangkan kesan pengumpulan lemak pada kawasan perut.
Namun, pengambilan APV ini perlukan dilakukan dengan betul seperti dalam panduan berikut:
Baca Juga >> Apakah Petanda Kelopak Mata Bergerak-gerak? Anda Pernah Rasa?
Minyak zaitun sangat terkenal dengan kebaikannya yang pelbagai untuk membantu kesihatan manusia termasuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun tinggi kalori dan lemak, tetapi komposisi unik kandungan nutriennya sangat membantu kesihatan secara menyeluruh dan membantu pengurusan berat badan.
Minyak zaitun membantu menurunkan paras trigliserid, meningkatkan paras kolesterol baik – HDL dan merangsang hormon yang boleh mengawal rasa kenyang dengan lebih lama.
Sesetengah kajian juga menunjukkan minyak zaitun boleh meningkatkan paras metabolisma tubuh yang menggalakkan proses pemecahan lemak tubuh.
Jenis minyak zaitun yang terbaik untuk dikonsumsi secara terus adalah minyak zaitun Extra Virgin atau EVOO (Extra Virgin Olive Oil).
Ia memiliki tahap ketulenan yang tinggi kerana langkah pemprosesannya yang paling sedikit berbanding jenis minyak zaitun lain untuk mengekalkan sebaik mungkin kandungan nutrien, mineral & vitamin dan menjadikannya pilihan yang terbaik.
Ia kaya dengan asid lemak mono tak tepu (monunsaturated fatty acid) yang dikelaskan sebagai lemak sihat dan antioksidan yang dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More