1 2
Kesihatan

11 Makanan Untuk Cuci Paru-paru Supaya Bebas Dari Toksin Dan Penyakit

Paru-paru adalah antara organ utama yang penting dalam tubuh manusia untuk fungsi pernafasan. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20,000 kali dalam sehari dan bekerja 24 jam tanpa henti.

Ia bertugas menyedut masuk udara bersih untuk mencerna oksigen dan mengeluarkan kembali sisa gas yang tidak diperlukan ke ruangan atmosfera dalam kitaran proses respirasi.

Umpama penapis udara di dalam enjin kenderaan, ia perlu selalu dijaga bersih. Semakin banyak enapan gas kotor atau bendasing, semakin kurang efisien prestasi enjin.

Begitu juga paru-paru kita, kita perlu menjaganya daripada menyedut atau tersedut udara kotor, toksik dan gas asing yang merbahaya kepada kesihatan kita.

Tidak seperti penapis udara kenderaan yang boleh ditukarganti dengan mudahnya apabila rosak, paru-paru kita perlu menjalankan pemuliharaan secara semulajadi sendiri untuk kekal berada di tahap yang baik.

Makanan Untuk Paru-Paru Sihat

Faktor Punca Penyakit Berkaitan Paru-paru

Penyakit berkaitan masalah paru-paru wujud mengikut tahap risikonya, ada yang ringan dan ada yang berat sehingga boleh mengancam nyawa seperti asthma, jangkitan kuman, paru-paru berair, pneumonia, bronkitis, kanser paru-paru dan pelbagai lagi.

Faktor berkaitan yang menjadi punca wujudnya masalah paru-paru antaranya ialah:

1 – Gaya hidup tidak sihat : Tabiat merokok, pemakanan tidak sihat dan kurang aktif & bersenam.

2 – Persekitaran : Terdedah kepada pencemaran udara, jerebu dan jangkitan bakteria atau kuman.

3 – Genetik : Pembawaan dari generasi ke generasi tertentu dalam kalangan keluarga.

Baca Juga >> 8 Jenis Penyakit Sistem Respirasi Manusia Paling Kronik

11 Makanan Untuk Cuci Paru-paru

Tahukah anda? Salah satu cara untuk mencegah masalah kesihatan paru-paru adalah melalui diet pemakanan yang baik.

Pemilihan makanan yang bersesuaian dalam diet harian dapat membekalkan nutrien dan zat penting untuk membantu pertumbuhan, memberi perlindungan dan pembaikpulihan sel.

Jenis-jenis makanan berikut mampu membantu membersihkan paru-paru kita supaya bersih dan memberi kesegaran untuk proses respirasi yang berpanjangan selagi kita masih hidup.

Berikut adalah 11 jenis makanan untuk cuci paru-paru supaya dapat bebas daripada toksin dan penyakit:

#1 – Sayuran Jenis Cruciferous

Sayuran Cruciferous adalah sayuran berjenis kobis(kobis bulat, kobis cina, kobis brussel, bunga kobis), brokoli dan beberapa jenis lagi (lebih kurang 3000 spesis); yang kaya dengan antioksidan.

Antioksidan ini berfungsi melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas dikenalpasti menjadi penyebab kepada risiko penyakit jantung, diabetes, penuaan dan kanser.

#2 – Karotenoid Tumbuhan

Karotenoid adalah sejenis antioksidan dikenalpasti dapat membantu mencegah kanser paru-paru.

Karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran yang mempunyai pigmen warna oren atau merah.

Lobak adalah contoh tumbuhan yang kaya dengan karotenoid dari jenis beta-karoten.

Antioksidan ini ditukarkan kepada vitamin A yang sangat baik membantu menurunkan gejala asma atau lelah.

#3 – Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Kajian awal telah menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan asid lemak sangat baik membantu mengurangkan kesan asma.

Ia boleh diperolehi daripada sumber tenusu, ikan, telur, flaxseed dan kekacang.

Sumber omega-3 dari ikan merupakan yang terbaik kerana mengandungi DHA dan EPA yang memberi lebih manfaat kepada tubuh.

Atau lebih mudah, ia boleh diambil dalam bentuk kapsul minyak ikan.

Baca Juga >> 6 Makanan Sihat Bersihkan Paru-paru Perokok

#4 – Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan aktif bagi membantu menguatkan sistem imun.

Tanpa vitamin yang mencukupi, tubuh mudah diserang penyakit  seperti demam selesema dan jangkitan bakteria atau virus, termasuk penyakit paru-paru

Dalam satu kajian mendapati mereka yang mengambil diet tinggi vitamin C dan magnesium mempunyai kondisi paru-paru yang lebih sihat.

Mereka juga berisiko rendah untuk menghidap penyakit respirasi termasuk penyakit paru-paru.

Vitamin C amat mudah diperolehi dari sumber makanan harian. Contoh makanan yang mempunyai vitamin C seperti buah kiwi, buah sitrus, nanas, sayuran, tomato dan pelbagai lagi.

#5 – Bawang Putih

Bawang putih menjadi item wajib yang perlu ada di dalam ruang dapur kita. Tanpa bawang putih, masakan kita mungkin tidak mendatangkan rasa dan aroma yang menyelerakan.

Bawang putih mengandungi sejenis enzim yang dinamakan sebagai allinase yang kemudiannya bertukar kepada allicin apabila ia dipotong atau dipecahkan.

Allicin membawa fungsi anti-bakteria, anti-keradangan, anti-kanser, anti-hipertensi dan anti-darah beku secara semulajadi.

Ia juga membantu memusnahkan radikal bebas yang berupaya menyebabkan masalah asma dan kanser paru-paru.

#6 – Berry

Berry adalah sejenis kumpulan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, polyphenol anthocyanin, flavanoid beta-karoten, lutien dan zeaxanthin.

Komposisi nutrien, antioksidan dan fitokimia ini sangat membantu mencegah kesan penuaan, penyakit kardiovaskular, arthritis, diabetes, darah tinggi dan juga beberapa jenis kanser termasuk kanser paru-paru.

Strawberi, bluberi, blackberi dan raspberi adalah contoh buahan-buahan kategori “Superfoods”.

#7 – Epal

Makan sebiji buah epal sehari mungkin lebih baik untuk kesihatan jantung, itu hasil kajian daripada sekumpulan penyelidik dari St George Hospital, London.

Mereka menyatakan, fungsi paru-paru yang lebih sihat berkaitrapat dengan pengambilan vitamin C, E dan beta-karotena, buah-buahan sitrus, epal dan jus buah-buahan segar dalam diet pemakanan harian.

Epal mempunyai kandungan antioksidan flavanoid yang tinggi, disebut sebagai quercetin. Ia dikenalpasti membantu tubuh melindungi paru-paru daripada kesan negatif pencemaran udara persekitaran dan juga asap rokok.

Antioksidan bekerja menghalang dan menghapuskan radikal bebas sebelum ia merosakkan sistem tubuh dan menyebabkan tekanan oksidatif.

Dr. Mike Pearson daripada British Thoracic Society menyatakan, terdapat beberapa kajian yang menyokong idea diet inggi vitamin C dan E mungkin baik untuk mencegah asma. Atau mungkin juga buah epal mengandungi jenis antioksidan yang lain dan mempunyai kesan yang sama.

#8 – Halia

Sejenis herba yang sangat baik untuk masakan dan kesihatan, halia juga terkenal dengan fungsi tumbuhan terapeutik.

Ia mengandungi komponen bioaktif yang mampu membantu tahap kesihatan dan melawan penyakit.

Selain dicampur dalam masakan, ia juga boleh ditelan mentah untuk membantu sistem pencernaan tubuh dan menyingkirkan toksin dari badan.

#9 – Delima

Delima terkenal dengan khasiat semulajadinya untuk kesihatan. Kaya dengan antioksidan dan komponen phenolic, tannin dan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Kandungan nutrien yang baik ini boleh membantu memperlahankan pembentukan penyakit paru-paru termasuk pertumbuhan tumor.

Baca Juga >> 11 Makanan Sihat Untuk Jantung

#10 – Makanan Kaya Magnesium

Mineral magnesium biasanya digunakan untuk mengubati pesakit asma. Ia boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan menambah kecekapan sistem respirasi manusia.

Sumber magnesium sangat mudah diperolehi daripada pisang, avokado, buah tin, kacang almond, biji labu, bayam dan pelbagai lagi.

#11 – Nanas

Satu kajian pada tahun 2010 telah menunjukkan keberkesanan nanas dalam membantu rawatan penyakit tuberkulosis.

Nanas juga dikenalpasti dapat membantu melegakan tekak dan menyingkirkan mukus dari paru-paru. Ia biasa digunakan untuk merawat batuk dan demam selesema.

Enzim Bromelin yang terdapat didalam buah nanas mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi (anti-radang) dan membantu proses detoksifikasi dalam paru-paru.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Tambahan madu dan sedikit serbuk lada daat meningkatkan keberkesanannya.

#Bonus! – Air Kosong

Kelebihan minum air sangat penting untuk menyokong fungsi mencuci atau membersih sistem paru-paru.

Tanpa air yang cukup, sistem tubuh juga mudah terganggu. Perbanyakkan air (air kosong) dalam diet mampu memperbaiki sistem kitaran tubuh, mengekalkan hidrasi paru-paru dan menyingkirkan toksin yang terkumpul serta berbahaya dari badan.

Selain pilihan makanan, terdapat juga cara lain yang boleh diamalakn untuk mengekalkan kesihatan paru-paru dan sistem respirasi kita.

Antaranya melalui teknik pernafasan yang betul. Sedut udara segar, tarik nafas sedalam mungkin dan hembuskan sekuat hati mampu memberi kesegaran dan kesihatan kepada paru-paru, dan juga bebas dari toksin!.

Facebook Comments:
11 Makanan Untuk Cuci Paru-paru Supaya Bebas Dari Toksin Dan Penyakit

View Comments

  • thanks for sharing !

    • Terima kasih Pn. Ora Azlin, Happy Birthday Boy Harith!

  • Terima kasih kongsi info. Saya sangat hargainya.

    • Terima kasih banyak-banyak Tuan/Puan Anonymus. Moga bermanfaat perkongsian ini.

  • Terima kasih perkongsian info kesihatan yang sangat baik.

    • Sama-sama Tuan/Puan Anonymus. Hope dapat info yang brguna. Terima kasih singgah ke sini.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago