Isi Kandungan
Nutrisi untuk ibu hamil merupakan perkara penting yang harus dipenuhi semasa mengandung.
Risiko masalah kesihatan untuk janin yang sedang dikandung dan untuk ibu itu sendiri akan dapat dikurangkan apabila seorang ibu hamil mendapat nutrisi yang seimbang.
Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan membantu ibu-ibu menjalani hari-hari kehamilan dengan lebih baik, ceria dan kekal sihat.
Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, keperluan nutrisi ibu hamil juga turut bertambah terutama semasa trimester ke-2.
Mengapa? Ini kerana, pada saat ini janin sedang berkembang dengan pesat terutamanya susunan saraf dan perkembangan mindanya.
Diantara nutrisi yang perlu dipenuhi oleh ibu hamil supaya perkembangan janin berjalan dengan lancar dan ibu hamil dapat menjalani hari-hari kehamilannya dengan sihat adalah :
Janin memerlukan sekurang-kurangnya 400mg folik asid untuk pembentukan sel dan saraf terutama di peringkat awal kehamilan.
Kekurangan folik asid boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi yang tidak sempurna seperti lahir tanpa tempurung kepala, mengalami bibir sumbing dan menderita spina bifida.
Protein menjadi sumber kalori. ia juga membantu penghasilan sel baru, hormon dan enzim dalam tubuh.
Kalsium penting untuk pertumbuhan dan pembentukan gigi dan tulang janin. Selain itu, pengambilan kalsium penting untuk mengelakkan ibu dari terkena penyakit osteoporosis pada kemudian hari.
Jika ibu hamil tidak mempunyai kalsium yang mencukupi dalam darah, janin akan mengambil kalsium dari tulang ibunya.
Ia sangat bermanfaat untuk memelihara fungsi mata, untuk pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi dan pertumbuhan janin.
Namun, diingatkan jangan ambil vitamin A secara berlebihan dan tidak dikawal kerana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan janin yang sihat.
Penting dalam pembentukan sel darah merah, mengelakkan masalah hemoglobin rendah (hb rendah) dan juga mampu mengurangkan risiko ibu hamil terkena anemia.
Ibu memerlukan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Selain itu, ia juga penting untuk kesihatan gigi dan gusi, melindungi tubuh dari serangan radikal bebas yang merosakkan sistem tubuh dan meningkatkan imun sistem tubuh.
Vitamin D3 sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium dan sangat bermanfaat dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang bayi.
Oleh itu, pengambilan vitamin D sekali dengan kalsium adalah sangat baik
sebagai sumber zat blok binaan untuk sel membran dan hormon, membantu penyerapan vitamin larut lemak dan sumber tenaga simpanan.
Andainya ibu hamil mengalami pelbagai gejala seperti anemia, gusi berdarah, sembab kaki, hb rendah, sakit gigi, cramp kaki, kebas-kebas kaki tangan, ibu sebenarnya mengalami kekurangan nutrisi di dalam tubuh.
Perkara yang lebih buruk lagi mungkin boleh dialami oleh ibu jika ibu tidak mengambil berat tentang keperluan dan pengambilan nutrisi yang seimbang seperti kelahiran pramatang, keguguran, kelainan pada sistem saraf, janin tidak berkembang dengan baik dan juga mungkin boleh menyebabkan kematian janin.
Saya secara jujurnya menasihatkan anda yang sedang hamil agar memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi semasa sedang hamil.
Semasa berkira-kira untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan, jangan sekadar melihat kepada kuantiti semata-mata, tetapi lihatlah juga kepada kualiti sesuatu pemakanan dengan komposisi yang cukup dan seimbang. Itu yang paling utama.
Di Shaklee, kami menawarkan nutrisi lengkap untuk ibu hamil dengan kualiti premium.
Ia membantu anda melengkapkan lompong-lompong nutrisi yang anda tidak dapat penuhi di dalam pemakanan seharian. Ramai ibu-ibu memilih set lengkap kehamilan Shaklee ini demi memastikan kesihatan diri dan janin berada di tahap optimum.
Hubungi Segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More