1 2
Nutrisi Pemakanan

8 Kehebatan Manfaat Kurma Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Tidak Sanggup Untuk Abaikannya

Kurma merupakan makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W dan tidak keberatan jika ia dinobatkan sebagai antara makanan sunnah yang paling popular.

Banyak kelebihan dan manfaat kurma untuk kesihatan sebagaimana yang diberitahu dalam kebanyakkan hadis Nabi S.A.W sendiri.

Orang barat ada yang menamakan kurma sebagai “Nature’s Candy” atau “Healthy Nugget” kerana isinya yang tebal, kenyal dan rasanya yang manis.

Terdapat banyak variti kurma dengan pelbagai nama dalam pasaran yang datang dari kebanyakan negara timur tengah; daripada yang murah hingga yang paling mahal harganya.

Malah hari ini, warga barat mula mengiktiraf keberadaan kurma sebagai makanan yang sangat menyihatkan dan patut diambil oleh semua orang.

Bagi kita orang Malaysia, kurma cukup popular permintaannya menjelang musim berpuasa di bulan Ramadhan. Ia dapat memberi ketahanan dan tenaga ketika berpuasa.

Tidak hairan jika Yusof Taiyoob dapat meningkatkan jenama kurmanya setahun sekali khusus di bulan Ramadhan.

Fakta Nutrisi Manfaat Dalam Buah Kurma

Kurma (Phoenix dactylifera), Medjool, Nilai Kandungan setiap 100 g.

(Sumber: USDA National Nutrient Database)

Prinsipal Nilai Kandungan Peratus RDA
Tenaga 277 kcal 14%
Karbohidrat 74.97 g 58%
Protein 1.81 g 3%
Lemak 0.15 mg < 1%
Kolesterol 0 mg 0%
Serat Diet 6.7 g 18%
 VITAMIN
Folate 15 μg 4%
Niacin 1.6 mg 10%
Asid Pantothenic 0.8 mg 16%
Pyridoxine 0.25 mg 19%
Riboflavin 0.06 mg 4.5%
Thiamin 0.05 g 4%
Vitamin A 149 IU g 5%
Vitamin C 0 g 0%
Vitamin K 2.7 μg 2%
ELEKTROLIT
Sodium 1 mg 0%
Potassium 696 mg 16%
 MINERAL
Kalsium 64 mg 6.5%
Kuprum 0.36 mg 40%
Zat Besi 0.9 mg 11%
Magnesium 54 mg 13%
Mangan 0.3 mg 13%
Fosforus 62 mg 9%
Zink 0.44 mg 4%
 FITONUTRIEN
Karotene – β 89 μg
Crypto-Xantin-β 0 μg
Lutein-zeaxanthin 23 μg

8 Kehebatan Kurma Yang Kita Patut Tahu

Dari segi kelebihannya membantu tubuh mengelak pelbagai masalah kesihatan, saintis telah mengenalpasti 8 faedah utama berikut:

#1 – Kurma Bantu Cegah Cirit-birit

Khasiat kurma mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral termasuk fiber, potassium, magnesium, zat besi, kalsium, fosforus dan zink.  Kesemua kandungan nutrisi ini boleh mencegah masalah cirit-birit atau diarrhea.

Kurma membantu masalah cirit birit dengan dua tindakan utama, pertama mengembalikan semula tenaga dengan cepat. Kedua, kandungan potassium membantu kelegaan perut dan menyokong perkembangan bakteria baik untuk perut dan usus.

#2 – Kurma Bantu Kawal Paras Kolesterol

Kurma kaya dengan serat diet jenis larut (soluble fiber). Serat larut ini boleh membantu menurunkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh. Ia membantu membersihkan salur darah dan mengelakkan pembekuan darah.

Ia bukanlah ubat kepada kolesterol, tetapi sebagai makanan alternatif yang tidak menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol jika dimakan.

Oleh itu, mereka yang mempunyai kolsterol tinggi digalakkan menukar tabiat pemakanan dengan mengambil buah kurma sebagai makanan alternatif yang menyihatkan.

#3 – Kurma Bantu Cegah Tekanan darah tinggi

Di Malaysia, 1 daripada 5 orang berpotensi memiliki masalah darah tinggi atau hipertension. Kita mempunyai risiko permulaan darah tinggi (pra-hipertension) jika bacaan tekanan darah berada dalam lingkungan antara 120/80 dan 140/80. Lebih daripada 140/80 ia sah dikategorikan sebagai hipertension.

Buah kurma mempunyai kandungan tinggi sumber magnesium dan potassium, malah turut dilengkapi dengan unsur kalsium. Kajian bidang epidemiologi melaporkan pengambilan lebih magnesium, potassium dan kalsim boleh menurunkan risiko tekanan darah tinggi.

Ketiga-tiga sumber mineral penting ini yang juga terkandung di dalam buah kurma, mampu memberi kebaikan manfaat memperbaiki kekuatan dinding salur darah, mengelakkn pembekuan darah dan seterusnya melancarkan sistem aliran darah dalam tubuh.

#4 – Kurma Bantu Cegah Anemia

Selain untuk membantu masalah kesihatan, khasiat kurma juga baik untuk ibu hamil.

Buah kurma tinggi kandungan zat besi yang sangat penting sebagai keperluan ibu mengandung bagi mengatasi masalah anemia.

Sumber zat besi sangat membantu tubuh menghasilkan lebih sel darah merah untuk mengangkut oksigen bagi memenuhi keperluan fungsi tubuh yang optimum.

Wanita hamil memerlukan sekitar 27 mg sumber harian zat besi bagi manfaat tubuh dan bayi dalam kandungan.

Dalam setiap 100 g buah kurma ia mampu membekalkan 0.9 mg zat besi, memenuhi 11% keperluan harian individu biasa dan 3% keperluan harian ibu mengandung.

#5 – Kurma Bantu Cegah Strok

Masalah strok juga antara penyebab popular statistik kematian tertinggi bagi rakyat Malaysia.

Buah kurma mengandungi tinggi potassium yang sangat baik mambantu memperbaiki sistem saraf dan mencegah strok. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 4700 mg potassium dalam diet harian. 100 g Kurma menyumbang 696g atau 15% daripada keperluan itu.

Kajian klinikal terhadap manusia oleh Rancho Bernardo menunjukkan, mereka yang kurang mengambil potassium dalam diet harian memiliki 3 hingga 5 kaliganda risiko strok berbanding mereka yang mengambil lebih potassium. Dalam kalangan 572 orang yang mengambil diet rendah potassium, 24 dikesan memiliki strok.

#6 – Kurma Bantu Kesihatan Jantung

Kandungan mineral, vitamin dan fiber yang kaya dalam buah kurma boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung bagi mengurangkan risiko punca serangan jantung.

Anda boleh cuba amalkan air nabeez atau air rendaman buah kurma (infused water). Rendam kurma di dalam bekas air tertutup dan biarkan semalaman. Minum air dan makan sekali kurma yang direndam selepas bangun daripada tidur di waktu pagi.

Kalau akhir zaman ni, orang sangat suka buat sebagai smoothie kurma. Sedap dan menyihatkan.

#7 – Kurma Bantu Cegah Sembelit

Diet tinggi serat dan unsur kalsium dalam buah kurma mampu mencegah kejadian sembelit individu dewasa, sembelit kanak-kanak dan sembelit ibu hamil.

Kurma juga memiliki kriteria unsur laksatif semulajadi yang sangat baik untuk sistem penghadaman atau cuci perut.

#8 – Kurma Bantu Turunkan Berat Badan

Masalah diet untuk pengurusan berat badan? Cuba makan kurma sekurang-kurangnya 3 biji sehari kongsikan dalam diet harian anda.

Kurma mengandungi kandungan gula semulajadi fruktosa, sukrosa dan glukosa. Ia sangat baik dijadikan sebagai snek sihat yang mengenyangkan dan juga sebagai pembekal tenaga yang cepat.

Tinggi tenaga, rendah kalori, tinggi karbohidrat, tiada kolesterol dan lemak trans – amalkan makan buah kurma ketika perut kosong dan kesemua ciri ini sangat baik untuk pengurusan berat badan.

 

Facebook Comments:
8 Kehebatan Manfaat Kurma Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Tidak Sanggup Untuk Abaikannya

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago