Nutrisi Vitamin

6 Manfaat Utama Vitamin E pada Tubuh

Fakta Ringkas Vitamin E

  • Vitamin E adalah jenis vitamin larut lemak yang boleh disimpan oleh tisu-tisu lemak di dalam tubuh
  • Jumlah vitamin E yang kita perlukan setiap hari bergantung kepada jantina, kategori umur dan kondisi kesihatan individu
  • Diukur dalam unit antarabangsa (international Units – IU). Tubuh orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 22.5IU vitamin E sehari atau bersamaan 15mg vitamin E.
  • Vitamin E terdiri daripada 4 jenis bahan larut lemak iaitu 4 tokoferol dan 4 tokotrienol. Alpha tokoferol adalah jenis vitamin E yang aktif di dalam tubuh manusia.
  • Minyak kelapa sawit adalah antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin E dengan pecahan 70% tokotrienol dan 30% tokoferol

6 Manfaat Vitamin E Yang Sangat Penting

Terdapat beberapa kepentingan utaman vitamin E yang perlu kita ketahui supaya kita tidak mudah untuk mengabaikan keperluannya dalam tubuh kita.

Antara manfaat utama vitamin ialah:

Baca Juga >> 11 Makanan Tinggi Vitamin E

Manfaat Utama Vitamin E Pada Tubuh

#1 – Vitamin E membantu melambatkan proses penuaan sel

Vitamin E merupakan salah satu vitamin yang tinggi kandungan antioksidan.

Antioksidan berperanan menghalang dan mengawal kerosakan atau proses penuaan sel-sel tubuh yang tidak sihat akibat serangan radikal bebas. Ia disebut juga sebagai tekanan oksidatif sel.

Radikal bebas boleh mencetuskan pelbagai masalah penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, alzheimer, parkinson dan pelbagai lagi termasuk kanser.

#2 – Vitamin E membantu meningkatkan sistem imun

Sistem imun yang kuat sangat penting kepada sistem tubuh untuk melawan serangan atau jangkitan bakteria dan virus penyebab kepada pelbagai jenis penyakit.

Kajian mendapati vitamin E sangat membantu penghasilan sel darah putih atau lomfosit (T sel) supaya dapat meningkatkan tindakbalas sistem imun dengan lebih baik.

#3 – Vitamin E membantu mengurangkan risiko degenerasi makular

Makular adalah salah satu bahagian penting berbentuk bujur di dalam mata yang membawa fungsi utama daya penglihatan.

Peningkatan usia adalah faktor utama kepada masalah penurunan fungsi daya penglihatan atau Age-related Macular Degeneration (AMD).

Pada tahun 2006, satu kajian telah mendapati kombinasi vitamin E dan beberapa nutrisi lain seperti zink oksida, copper, vitamin C dan beta karotene – telah membantu menurunkan risiko kehilangan daya penglihatan sebanyak 19%.

Mereka juga mengesahkan kombinasi vitamin E ini dapat memperlahankan proses degenerasi makula (AMD).

Baca Juga >> 9 Kebaikan Vitamin E untuk Kulit Muka

#4 – Vitamin E membantu mengurangkan risiko kehilangan daya ingatan

Otak menggunakan banyak oksigen dalam fungsinya dan turut mudah terdedah kepada risiko tekanan oksidatif sel yang tinggi.

Disebabkan vitamin E adalah antioksidan yang membantu proses kerosakan sel, ia juga dikatakan dapat membantu menurunkan masalah kognitif berkaitan mental dan memori.

Pada 2014, satu kajian telah dijalankan terhadap pengambilan alpha-tocoferol (vitamin E) oleh 560 orang pesakit Alzheimer ringan.

Hasil kajian mendapati ia dapat membantu mereka mengurangkan risiko penurunan fungsi kognitif atau berkaitan memori dan pemikiran.

#5 – Vitamin E membantu risiko pembentukan darah beku 

Vitamin E turut berfungsi dalam proses pengeluaran sel darah merah dengan melindunginya daripada kerosakan oksidatif.

Disamping peranan vitamin K, kombinasi kedua-duanya juga sangat membantu elastisiti dinding salur darah bagi mengurangkan risiko penyumbatan salur darah akibat pembentukan darah beku.

Tidak dinafikan pembentukan darah beku turut penting untuk membantu memperlahankan pendarahan akibat luka atau cedera.

Tetapi jika melibatkan penggumpalan darah beku dalam salur darah dan merebak ke jantung atau paru-paru, ia boleh membawa kesan berbahaya.

Ia boleh menyebabkan sakit dada, batuk dan kesukaran bernafas.

Satu kertas kajian pada 2007 tentang pengambilan harian vitamin E sebanyak 600 IU dalam kelompok 213 pesakit, didapati telah membantu mereka mengurangkan risiko pembentukan Venous Thromboembolism (trombisis vena) atau pembentukan gumpalan darah beku dalam salur darah ke jantung sebanyak 21%.

#6 – Vitamin E membantu menyerikan kulit dan melebatkan rambut

Selari dengan fungsi antioksidan, vitamin E juga membantu menguatkan kapilari darah di bawah kulit supaya dapat menyalurkan nutrien antipenuaan dengan cekap kepada sel-sel kulit bagi mengekalkan keanjalan dan kelembapan.

Kajian juga mendapati vitamin E sangat membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh dan kulit, bagi mengekalkan kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan.

Selain dalam bentuk makanan, vitamin E juga boleh didapati dalam bentuk minyak. Bila digunakan pada rambut, ia dapat memberi kesan menguatkan folikel rambut yang lebih sihat bersinar serta melebatkan rambut.

Selain itu, ia jua dapat membantu kelembapan kulit bagi mengelakkan masalah kulit kepala menjadi kering.

Baca Juga >> 6 Cara Bagaimana Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun

Berapa Banyak Vitamin E Kita Perlukan Setiap Hari?

Jadual berikut menunjukkan keperluan minimum harian (Recommended Daily Allowance – RDA) vitamin E bagi setiap kategori individu dan umur:

KategoriUmurKeperluan Vitamin E Harian (RDA)
Kanak-kanak1 ~ 3 tahun6 mg/day (9 IU)
4 ~ 8 tahun7 mg/day (10.4 IU)
9 ~ 13 tahun11 mg/day (16.4 IU)
Wanita14 tahun ke atas15 mg/day (22.4 IU)
Hamil15 mg/day (22.4 IU)
Menyusu19 mg/day (28.5 IU)
Lelaki14 tahun ke atas15 mg/day (22.4 IU)

Jadual berikut adalah had maksimum (Upper Limit – UL) pengambilan vitamin E bagi setiap kategori individu mengikut umur:

Kategori UmurHad Maksimum Pengambilan Vitamin E
1 ~ 3 tahun200 mg/day (300 IU)
4 ~ 8 tahun300 mg/day (450 IU)
9 ~ 13 tahun600 mg/day (900 IU)
14 ~ 18 tahun 800 mg/day (1200 IU)
19 tahun ke atas1000 mg/day (1500 IU)

Bahaya & Tanda-tanda Kekurangan Vitamin E

Banyak manfaat dan kegunaan vitamin E dalam sistem tubuh kita. Maka, bahaya kekurangan vitamin E juga boleh timbul disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara simptom-simptom kekurangan vitamin E adalah:

+1 – Otot Menjadi Lemah

Tanpa paras vitamin E yang mencukupi dalam tubuh, otot boleh mengalami masalah tekanan oksidatif (Oxidatif Stress).

Tekanan Oksidatif merujuk kepada ketidakseimbangan jumlah radikal bebas dan antioksidan di dalam tubuh. Tekanan oksidatif ini memberi kesan kepada kelemahan fungsi otot – Kristen Elizabeth Holtz, Doktor di Riverside Health System

+2 – Masalah Koordinasi Pergerakan Tubuh

Kekurangan vitamin E boleh menjurus kepada kelemahan fungsi neuron purkinje.

Neuron Purkinje atau sel Purkinje terletak di dalam bahagian cerebellar cortex otak manusia yang mempunyai tugas utama dalam fungsi koordinasi, pengawalan motor dan pembelajaran sistem pergerakan tubuh.

Terdapat kajian mengenai kepentingan vitamin E yang sangat penting bagi menyokong fungsi fungsi pergerakan tubuh manusia yang dikawal oleh otak.

+3 – Kebas-kebas dan Kesemutan

Kekurangan vitamn E juga boleh menyebabkan penurunan fungsi saraf periferal atau peripheral neuropathy.

Biasanya ditunjukkan dengan rasa kebas atau semut-semut pada tangan dan kaki.

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan atau kecederaan sistem saraf yang menghalang mereka untuk menghantar isyarat dengan baik.

+4 – Kelemahan Sistem Imun

Bagaimana vitamin E membantu sistem imun? Vitamin E membantu meningkatkan penghasilan dan pertumbuhan Sel-T (T-Cell).

Sel T amat penting dalam sistem imun bagi bertindakbalas terhadap sebarang jangkitan penyakit akibat serangan patogen seperti bakteria dan virus.

Kekurangan vitamin E dalam tubuh boleh menyebabkan sistem tindakbalas melawan penyakit menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan baik.

Baca Juga >> Tanda-tanda Kekurangan VitaminC Dalam Tubuh

+5 – Lemah Daya Penglihatan

Vitamin E banyak memainkan peranan terhadap kesihatan mata. Antaranya ialah membantu mengurangkan gejala degenerasi makula akibat pertambahan usia atau Age-related Macular Degenetarion (AMD).

Makula atau macular adalah bahagian pada retina mata yang terletak di belakang mata. Makula berperanan penting terhadap sistem penglihatan pusat membolehkan mata mengesan warna dan ketajaman imej objek yang kita lihat. Makula terdiri daripada beribu-ribu sel fotoreseptor – sel yang mengesan cahaya.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan reseptor cahaya atau fotoreseptor pada retina mata menjadi lemah dan mengganggu sistem penglihatan mata.

Jika pengambilan vitamin E tidak ditingkatkan pada tahap optimum, kemungkinan risiko semakin buruk dan kehilangan daya penglihatan boleh berlaku.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Vitamin E?

Terdapat banyak sumber makanan yang kaya dengan vitamin E. Antaranya ialah sumber buah-buahan & sayuran, bijian & kekacang, makanan laut dan sebagainya.

Video 10 Makanan Tinggi Vitamin E

Cara terbaik lain untuk mendapatkan keperluan vitamin E yang mencukupi setiap hari ialah melalui pengambilan suplemen vitamin E.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama vitamin E dipasaran.

Anda perlu mendapat saranan dos dan cadangan diet yang sesuai oleh doktor pakar nutrisi sebelum pengambilan bagi mengelakkan masalah vitamin E berlebihan dalam tubuh.

 

Facebook Comments:
6 Manfaat Utama Vitamin E pada Tubuh

Recent Posts

  • Umum

Testimoni Set Kehamilan Shaklee – Tak Menyesal Cuba

Kisah diri sendiri dengan Set Kehamilan Shaklee :)) Akak mula kenal shaklee dengan set ni.… Read More

1 month ago
Awas! 9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C Yang Perlu Kita Tahu
  • Nutrisi Pemakanan

Awas! 9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C Yang Perlu Kita Tahu

Vitamin C adalah nutrien penting yang perlu sentiasa ada dalam diet pemakanan harian kita bagi… Read More

3 months ago
11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Vitamin

11 Makanan Tinggi Vitamin E Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Apa itu Vitamin E? Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh… Read More

1 year ago
Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari
  • Ibu Mengandung

Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir di Kemudian Hari

Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More

2 years ago
Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!
  • Umum

Amalkan Sedekah Subuh Hatta RM1. Salah Satu Cara Menjemput Rezeki!

Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More

2 years ago
Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL
  • Bisnes Shaklee

Shaklee Master Coordinator ‘s Luncheon @ Mandarin Oriental KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More

2 years ago