Hb rendah semasa mengandung bukanlah perkara yang luar biasa. Ramai dalam kalangan ibu mengandung yang mengalami masalah yang sama tentang masalah ini.
Pada fasa awal kelahiran, kebiasaannya, bacaan hemoglobin atau Hb ibu hamil kebanyakkannya berada di tahap normal.
Namun, apabila fasa kehamilan semakin bertambah atau usia kandungan semakin meningkat, bacaan hb akan mula menunjukkan angka penurunan.
Adakah indeks penurunan Hb ini membawa petanda positif atau negatif? Bagi ibu yang mungkin pertama kali tentu agak terkejut dengan perkara ini.
Tiba-tiba dinasihati oleh misi tentang bacaan Hb rendah dan kena jaga dan kawal makan. Suruh makan itu, suruh makan ini, tak boleh makan itu, tak boleh makan ini.
Apa masalah sebenarnya? Tak pernah tahu pun sebelum ni dalam badan ni ada Hb. Kenapa masa mengandung kena particular benda-benda ni? Serius saya tak tahu…
OK, bagi ibu-ibu muda yang baru hamil, terus terang saya katakan apabila pemeriksaan darah dibuat, penurunan bacaan Hb atau biasanya disebut Hb rendah, ia adalah suatu petanda yang tidak baik.
Mudahnya nak sebut, ia akan memberi kesan negatif kepada kita (ibu hamil) dan dua kali ganda negatif kepada bayi (anak dalam kandungan).
Tahukah Anda!
Masalah Hb rendah boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir, masalah keguguran, bayi dilahirkan cacat atau risiko paling buruk ialah bayi meninggal di dalam kandungan.
Pemerhatian saya apabila setiap ke klinik ibu anak untuk rutin pemeriksaan kehamilan, antara masalah paling kerap dihadapi oleh ibu mengandung adalah hemoglobin rendah atau Hb rendah.
Paras Hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.
Saya pernah melihat sendiri seorang ibu yang baru sahaja mengandung 3 bulan telah mengalami masalah HB yang sangat rendah iaitu 7g/dL.
Pelbagai usaha diambil termasuk mengambil tablet zat besi yang dibekalkan oleh pihak klinik, namun bacaan tidak banyak berubah.
Paras normal hemoglobin bagi wanita yang tidak mengandung adalah di antara 12 hingga 16 g/dL. Manakala wanita hamil julatnya adalah antara 10 hingga 14 g/dL.
Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi atau dibawah paras normal, ibu hamil akan berisiko untuk mendapat masalah anemia.
Anemia berlaku apabila kuantiti sel darah merah berkurangan daripada biasa. Atau apabila sel darah merah tidak mempunyai kuantiti hemoglobin (Hb) yang mencukupi berbanding normal.
Hemoglobin adalah protein. Ia memberi indikasi warna merah dalam darah. Fungsi utamanya adalah untuk mengangkut oksigen bermula dari paru-paru ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila ibu hamil dikesan mengalami masalah Anemia, ia bermaksud darah tidak berupaya membawa bekalan oksigen yang cukup untuk keperluan fungsi tubuh.
Tanpa oksigen yang mencukupi, sel tisu dan organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan baik seperti yang sepatutnya.
Anemia perlu ditangani sebaiknya dengan segera, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil. Jika tidak, risiko atau komplikasi akan berpanjangan kepada bayi yang dikandung.
Jika anda mengalami simpton-simpton berikut, anda mungkin berisiko untuk mendapat anemia
Terdapat banyak punca yangboleh dikaitkan sebagai penyebab kepada berlakunya masalah Hb rendah.
Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl) | Kategori Anemia |
> 11.0 | Normal |
9.5 < 11 | Anemia Ringan |
8.0 < 9.5 | Anemia Sederhana |
6.9 < 8.0 | Anemia Kritikal |
< 6.9 | Anemia Sangat Kritikal |
Salah satu faktor utamanya adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang dan kelemahan penyerapan nutrisi dalam tubuh.
Hb rendah biasanya menunjukkan anda kekurangan nutrisi berikut :
Hemoglobin(hb) adalah protein dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Tubuh memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin.
Apabila badan tidak mendapat nutrisi zat besi yang mencukupi, badan akan kekurangan hemoglobin. Ia akan refleks pada bacaan hb dalam darah ibu hamil.
Badan memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru. Ini termasuklah sel-sel darah merah yang sihat.
Kekurangan asid folik akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Ibu juga digalakkan untuk mengambil folik asid untuk mengelakkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat semasa lahir.
Vitamin B12 sangat penting untuk membantu proses pembentukan sel darah merah yang sihat.
Kekurangan vitamin B12 ini selain menyebabkan hb rendah, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.
Anda boleh makan seperti biasa. Ambil pil zat besi, folik asid dan vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Ibu hamil mungkin akan diberi:
Makan makanan seperti biasa. Ambil pil zat besi, folik asid dan vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Semasa melakukan rutin check up ketika kandungan memasuki 8 bulan, Nurse tengok saya punya Hb cantik aje. Dia perasan bahawa saya ambil shaklee.
Nurse siap tanya dekat mana nak beli Shaklee ni. Ada jual dekat farmasi ke? Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee tidak dijual di farmasi. Pengasas Shaklee tak mahu ia dijual di farmasi kerana ingin mendidik pengguna dengan ilmu dan kepentingan suplemen dan juga supaya pengguna tahu kebaikan dan kelebihan Shaklee. Bukan semata-mata nak cari untung.
Kembali ke topik asal tentang pertanyaan dari nurse. saya cakap la ia hanya diperolehi dari pengedar yang berdaftar sahaja. Di Kulim ni saya Pengedar Sah Shaklee.
Saya juga terang apa kelebihan suplemen shaklee tu untuk wanita hamil. Pastu Nurse tu tanya kalau suplemen untuk wanita hamil trimester satu yang mana dan berapa..saya ckp la rmxxx. Kemudian dia kata. ooo ye ke…ok jugak harganya ye (see… bukan mahal pun tau sebab harga setanding kualiti).
Nurse kata dia nk cuba la. Nanti next check up bawakan untuk dia. Dia kata nanti dia cuba dulu. Kalau ok, dia tolong promote. Aihh. Biar betul nurse nak tolong saya promote? Sebab dia kata ramai yang walaupun makan vitamin klinik punya tapi Hb masih rendah.
Kebetulan agaknya. Petang tadi memang ramai la ibu mengandung yang ada masalah Hb rendah. Kena ambil darah dan kena cucuk. Ada org tu ke cucuk setiap hari selama 14 hari. Biar betul.
So, kalau anda sedang mengandung dan mengalami masalah Hb rendah bole cuba ambik suplemen shaklee pula.
Seperti yang saya nyatakan di atas, salah satu sebab Hb rendah adalah kerana ibu kurang folik asid, zat besi dan juga vitamin B12.
Bagi anda yang mengalami masalah hb rendah ini saya sangat-sangat mencadangkan anda mengambil ketiga-tiga : Vitalea Iron Formula, Vitamin C dan B complex.
#1 – Vitalea iron formula
Vitalea adalah multivitamin dan mineral. Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel. Ia juga mengandungi folik asid yang penting untuk ibu dan bayi.
#2 – Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
#3 – B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.Mengandungi folik asid.
Nota :
Testimoni 1:
Testimoni 2:
Testimoni 3:
Testimoni 4:
Testimoni 5:
Testimoni 6:
Saya sangat-sangat ingin membantu anda mengatasi masalah hb rendah semasa mengandung ni. Suatu masa dulu, saya juga pernah mengalami masalah yang sama.
Set di atas juga telah membantu mengatasi masalah hb rendah saya. Untuk mendapatkan Set Asas Hb Rendah ini, Anda boleh hubungi saya secara terus di :
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Klik button order dibawah untuk direct link Whatsapp:Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More