Isi Kandungan
Tiba-tiba kaki menjadi berat dan mengembang daripada saiz yang biasa? Anda mungkin sedang mengalami masalah bengkak kaki.
Umumnya, golongan wanita dan warga tua berumur 50 tahun ke atas sangat mudah mengalami bengkak kaki.
Namun tidak terhad kepada golongan itu, orang muda atau sesiapa sahaja boleh mengalaminya secara tiba-tiba.
Kesannya boleh jadi sementara atau mengambil masa yang panjang untuk hilang. Kadang kala ia sekadar membawa petanda biasa, tetapi jika melibatkan masalah kesihatan yang serius tanda-tanda bengkak kaki ini tidak boleh diambil mudah.
Ia bergantung kepada faktor punca bengkak kaki ibu boleh berlaku. 7 sebab berikut boleh memberi klu kepada anda tentang situasi pembengkakan kaki yang sedang anda alami.
[irp posts=”1514″ name=”9 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil Tanpa Rasa Stress”]2 sebab utama mengapa masalah bengkak kaki yang biasa berlaku adalah disebabkan oleh:
Bengkak kaki berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul di dalam tisu atau salur darah dengan banyak diluar kebiasaanya atau diluar daripada kemampuannya.
Macamana ia boleh terjadi? Berdiri atau duduk yang terlalu lama adalah antara penyebab utamanya. Ia lebih kelihatan secara menyeluruh di bahagian kaki terutamanya pada bahagian pergelangan kaki.
Masalah berlebihan berat badan (obes), kurang bersenam atau masalah kesihatan lain pula adalah penyebab lain yang boleh diambilkira.
Bengkak kaki boleh berlaku disebabkan oleh berlakunya keradangan atau inflamasi pada di bahagian kaki.
Keradangan biasanya berpunca akibat iritasi kulit atau tisu yang bengkak (otot, ligamen, tendon, urat dan lain-lain).
Ia adalah reaksi normal apabila kaki mengalami kecederaan seperti kecederaan otot, patah tulang, tendon atau ligamen terkoyak.
Masalah keradangan serius seperti masalah arthritis juga boleh menyumbang kepada bengkak pergelangan kaki.
Selebihnya, masalah bengkak kaki boleh membawa petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti:
Thrombosis merujuk kepada darah beku. DVT adalah masalah yang berpunca daripada pembentukan darah beku dalam saluran darah (vena) kaki.
DVT berlaku akibat kitaran peredaran darah yang perlahan melalui saluran darah di dalam betis dan peha. Ia berpotensi membentuk kumpulan darah beku di kawasan kaki.
Darah beku yang terkumpul boleh menyebabkan saluran darah yang mengalami tekanan tinggi akan pecah dan menyekat aliran darah balik ke paru-paru.
Simptom-simptom DVT boleh dilihat melalui keadaan seperti:
Bergantung kepada puncanya, komplikasi akibat keradangan pada kaki boleh jadi ringan atau berat.
Keradangan yang serius seperti akibat kesan patukan ular perlukan tindakan segera rawatan daripada doktor. Tindakan yang lambat boleh mengancam nyawa.
Bengkak kaki semasa hamil adalah perkara yang normal bagi ibu mengandung dan merupakan petanda ringan.
Masuk ke trimester ketiga, biasanya tanda ini muncul. Ia sebagai tanda bayi yang semakin membesar dan memberi sedikit tekanan kepada sistem peredaran darah dan menyebabkan cecair tubuh terkumpul pada kaki.
Awas, ia boleh menjadi berat jika melibatkan masalah DVT atau preeklampsia. Antara simptom-simptom menunjukkan bengkak kaki ketika hamil semakin serius ialah:
Apabila jantung semakin lemah, proses pengepaman darah akan menjadi tidak efektif dan darah tidak dapat dialirkan ke seluruh tubuh dengan sempurna.
Kesannya, perlahan-lahan cecair tubuh akan terbentuk dan terkumpul terutamanya pada kawasan kaki.
Tanda-tanda masalah jantung yang lain selain daripada komplikasi bengkak kaki ialah:
Urat biru atau ungu yang timbul berbentuk selirat pada kaki adalah petanda urat simpul atau varicose veins. Ia biasanya jelas kelihatan pada kawasan kaki dibahagian bawah peha, pelipat lutut dan belakang betis.
Urat atau salur darah (vena) pada kaki mempunyai injap yang berfungsi menghalang darah mengalir berbalik daripada aliran sebenarnya ke jantung. Apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul ia akan menyebabkan salur darah menjadi lemah dan darah mudah terkumpul di situ.
Akibatnya, salur darah akan meregang dan membengkak serta jelas timbul kelihatan di bawah kulit. Bengkak betis juga kelihatan agak ngeri dengan bentuk urat yang berselirat.
Wanita lebih mudah mengalami situasi urat simpul berbanding lelaki. Wanita mengandung juga mudah mengalami urat simpul sama ada ringan (sakit tanpa kesan visual urat simpul yang jelas) atau berat.
Kadang kala, jika keterlaluan ia boleh menyebabkan situasi bengkak kaki. Selain itu ia boleh membawa tanda-tanda:
– Sakit kaki akibat berdiri atau duduk yang terlalu lama
– Perubahan warna kulit
– Kulit kering, mengeras, iritasi kulit dan kulit pecah
– kudis
Masalah bengkak kaki boleh juga menunjukkan masalah berkaitan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang seperti masalah buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome adalah sebab mengapa bengkak kaki boleh berlaku.
Secara normal, buah pinggang berfungsi menapis air dan bahan kumuh yang terkandung di dalam darah. Tetapi sebaliknya, kebocoran protein albumin telah menyebabkan pengumpulan cecair yang tertumpu pada bahagian kaki terutamanya pergelangan kaki, dan kadangkala pada tangan.
Simptom lain berkaitan masalah kegagalan buah pinggang ialah:
Bergantung kepada tahap bengkak kaki dan puncanya, tanda-tanda bengkak kaki biasa boleh dikawal dengan cara:
Cara di atas adalah hanya cadangan yang boleh digunapakai untuk masalah bengkak kaki yang ringan.
Bagi masalah bengkak kaki yang serius, anda perlu dapatkan segera pemeriksaan dan tindakan lanjut daripada doktor.
Contohnya bengkak kaki akibat kemalangan atau di gigit haiwan berbisa seperti dipatuk ular. Ia memang jelas tiada yang lebih baik selain mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
Awas ia boleh membawa maut.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More