Ketika bangun dari duduk atau ketika hendak membongkok, tiba-tiba kedengaran bunyi ‘prakk’ atau ‘pop’ pada lutut kita. Anehnya kita tidak berasa sakit. Ya, kebiasaannya tidak berasa sakit.
Saya pasti perkara ini biasa berlaku kepada semua orang. Baik yang muda (termasuk saya), mahupun lebih-lebih lagi yang telah berusia.
Kekerapan ia berlaku bergantung kepada faktor usia dan kondisi individu. Bagi orang muda, ia kadang-kadang terjadi dan sebaliknya bagi yang telah berusia sesetengahnya.
Tahukah anda bagaimana situasi ini boleh terjadi? Ok, ikuti penjelasan seterusnya yang akan saya kongsikan di dalam entri ini.
Ia bukanlah masalah yang besar dan serius. Ia adalah perkara yang biasa berlaku pada waktu-waktu tertentu dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.
Cuma mungkin kadang-kadang menimbulkan rasa tidak selesa atau malu bila didengari oleh orang lain; ketika hendak sujud semasa solat berjemaah contohnya. Lebih-lebih lagi ketika usia masih muda. Biasa berlaku kan? Hehe.
Situasi ini disebabkan oleh beberapa punca seperti berikut:
i. Gelembung udara: Gelembung-gelembung udara kecil di dalam sendi lutut boleh terbentuk akibat perubahanan tekanan pada bendalir synovia. Apabila gelembung ini pecah, ia akan mengeluarkan bunyi berdetap atau “POP!”.
ii. Ligamen / Tendon: Ligamen dan tendon adalah tisu lembut dan kenyal yang terdapat dalam kebanyakan sistem sendi tubuh. Ketika lutut dibengkok, ia mungkin mengenai benjolan tulang lutut. Seperti getah yang meregang, ia akan berdetap dan menghasilkan bunyi apabila kembali semula ke posisi asalnya.
Rasa sakit pada lutut secara tiba-tiba dan berbunyi “Pop” yang kuat mungkin disebabkan oleh kecederaan mengejut pada ligamen yang memegang sendi-sendi lutut.
Dua jenis kecederaan ligamen yang menjadi punca kepada lutut berbunyi ialah:
i. Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament)
ii – Kecederaan MCL (Medial Collateral Ligament)
Baca Juga >> Awas! 8 Penyakit Sistem Respirasi Manusia Yang Paling Kronik
Kadangkala sakit lutut dan lutut berbunyi boleh berlaku dengan kerap dan berulangan tanpa tanda kecederaan yang serius.
Antara punca masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh:
i. Kecederaan meniskus
ii. Arthritis
iii. Chondromalacia Patella
Baca Juga >> 9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Mesti kita Tahu
Boleh amalkan 6 tips berikut untuk penjagaan dan memelihara kesihatan otot supaya tidak mudah alami kecederaan semasa melakukan aktiviti harian. Antaranya ialah:
Senaman ringan dan kerap amat membantu kekuatan kaki dan sendit lutut. Kerap menggunakan tangga, mendaki bukit dan mengayuh basikal adalah antara yang mudah dilakukan sebagai aktiviti senakan kakit dan lutut.
“Warm up” sebelum bersenam, bersukan atau melakukan kerja adalah cara terbaik untuk meningkatkan fleksibiliti otot bagi mengelakkan berlakunya kecederaan lutut.
Gunakan kasut yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan, saiz yang selesa dan dalam keadaan yang baik.
Pakai pelindung lutut untuk aktiviti sukan yang lasak seperti bermain bola, mountain bike, bermain kasut roda dan sebagainya. Selain melindungi lutut akibat potensi terjatuh atau kemalangan yang kerap, ia juga berupaya meminimakan kecederaan lutut.
Berlebihan berat badan atau berat tidak terkawal boleh memberikan lebih tekanan kepada lutut. Obesiti juga dikenalpasti antara punca pembentukan awal arthritis (radang sendi) lutut.
Jom kira dan semak bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda dengan mudah guna BMI Online Kalkulator ini.
Kurangkan makan bergula, makanan tinggi kalori dan asid untuk mencegah masalah arthritis iaitu radang sendi lutut. Utamakan makanan untuk sendi lutut seperti Lebihkan sayuran, buah-buahan, minyak ikan, minyak zaitun dan vitamin C.
Mesti Baca >> Kenapa Perlu Hentikan Tabiat Suka Minum Air Berkarbonat Sekarang!
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Klik Direct Link Whatsapp:
Shaklee ID
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Jikalaw tisu terkoyak apa yg patut dilakukan oleh pesakit..
Terima kasih atas pertanyaan tuan Saiful,
Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika didapati rasa sakit yang teramat pada sendi lutut; mungkin akibat setelah berlaku kemalangan, melakukan kerja berat, bersukan lasak atau punca penyebab lain. Doktor akan mengenalpasti jenis kecederaan pesakit melalui diagnosis tertentu.
Sekiranya kecederaan tidak terlalu kritikal, pesakit mungkin memerlukan terapi fizikal secara progresif dan fasa pemulihan seperti disarankan untuk berehat, mengambil preksripsi ubat dan sebagainya. Pengambilan suplemen untuk lutut juga boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Sekiranya kecederaan kritikal seperti ligamen terkoyak teruk atau lutut rosak akibat kemalangan; mungkin prosedur pembedahan perlu dilakukan.
Wah detail betul in technical and saintifik.
Best info kak.
Terima kasih..
Salam Adik Azeni Ahmad. Terima kasih melawat ke mari. sekadar berkongsi info untuk semua. Sharing is loving.
saya sering mgalami lutut brbunyi stiap kli hndak bjalan ,bgun dri tmpt dduk,ataw tiap kli mbgkok kan kaki..msalah ini mjdi lbh kerap dan buat saya sering sakit di bhgian kaki da pinggang tmbhan lgi jika cuaca sejuk.rsa bdenyut sangat...bila saya urut dan ketuk dibahagian lutut ia akan kluarkam bnyi yg kuat mcam bnyi kotak kayu yg xde isi bila diketuk...(susah nak explain lbih kurg gitu bnyinya)
Salam Puan Nur Ashiekin. Masalah lutut berbunyi boleh disebbkan oleh banyak punca sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam artikel ini. Itu cuma sebahagiannya. Namun jika menyebabkan kesakitan, puan boleh terus ke doktor tertentu untuk pemeriksaan lutut.
Contoh kalau puan duduk area Pulau Pinang, boleh cuba berjumpa Dr Rich Rahim. Seperti di dalam post FB ini https://www.facebook.com/DrRichDrRahimBest/posts/2049522858666840
assalamualaikum lutut saya selalu meletup(tidak sakit) apabila diluruskan (selalunya apabila bangun dari ruku'), selain itu lutut saya akan sakit apabila melakukan aktiviti berlari ataupun bermain bola atau badminton..sakit tu berlaku selepas beraktiviti ataupun akhir aktiviti,saya sampai xleh turun tangga secara berjalan (slow2)..tapi kena terus turun dengan laju..sebab rasa lutut macam nak tercabut dan ia berlaku hanya pada lutut sebelah kiri sahaja..mohon pencerahan
Waalaikumsalam Tuan Hazim. Ada banyak sebab mengapa lutut boleh sakit atau tidak semasa membuat pelbagai aktiviti. Dalam kes tuan, melakukan aktiviti yang perlahan tidak medatangkan sakit pada lutut. Sebaliknya rasa sakit hadir semasa melakukan aktiviti pergerakan aktif seperti bersukan atau bersenam. Menuruni tangga juga menyebabkan sakit lutut berbanding ketika hendak naik kerana melibatkan beban tubuh yang dipindahkan ke lutut.
Antara puncanya yang mungkin ialah masalah Runner's knee (masalah pergerakan kepala lutut - patella), Chondromalacia Patella (kerosakan permukaan lapisan bawah kepala lutut), Osteoarthritis (kerosakan tulang dan kartilaj lutut) dan pelbagai lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, dapatkan pemeriksaan fizikallutut daripada doktor. Kenalpasti punca utama masalah lutut tuan dan di sana terdapat kaedah rawatan yang sesuai dengan masalah tersebut.
Hai..thanks for information... Nak brtnya.. Tahun lepas saya pernah trcedera semasa mngikuti pertandingan, masa itu lutut saya berbunyi "prakk" akibat terpusing dan sakit. Tak blh berjln lancar and bengkak slma sminggu..bila mula di bwa ke klinik dr. ckp terseliuh saje..takda yang serius.. Jadi saya biarkn je.. Tp setelah kejadian trsebut, lutut saya berbunyi setiap kali bangun selepas kaki dilipat.. Selain itu, saya tak boleh bersukan, lagi setiap kali saya cuba bersukan lutut saya terasa sakit sikit bila sy cuba juga brsukan tnpa peduli lutut sakit atau angkat barang berat, sy akan mngalami sakit lutut dlm beberpa hari... Mohon penjelesan dari pihak tuan/puan.. Thanks.
Hi Ms Angel. Saya bukan pakat lutut, tetapi cik kena merujuk semula masalah lutut cik kepada doktor/pakar lutut. Beritahu masalah dan dapatkan pemeriksaan/nasihat.
Jika cik ingin cuba suplemen yang baik untuk penjagaan lutut, sila hubungi saya di whatsapp link berikut >> http://yourfabulousmama.wasap.my/
Saya akan berikan konsultasi berkenaan suplemen yang sesuai untuk masalah cik. Terima kasih.
good sharing...
Terima kasih Ummi kerana sudi singgah ke sini.
as salam.. Saya risau bila saya sentuh lutut saya, ianya akan berbunyi seperti kriuk, kriuk.. Saya boleh rasa apa bila saya sentuh dan pegang kepala lutut saya, dan saya bengkokkkan, ianya akan berbunyi, tetapi x sakit. Apakah itu petanda saya ada artritis?
Salam Atekah. Arthritis berlaku disebabkan oleh keradangan permukaan sendi lutut. Kehausan permukaan antara sendi lutut menyebabkan ia sakit bila bergerak atau bergesel menyebabkan inflamasi (radang) atau bengkak. Seharusnya ia berasa sakit yang menjengkelkan dan membataskan pergerakan.
Berbeza dengan lutut berbunyi, semakin kita meningkat usia atau kesan aktiviti bersukan, tisu antara lutut (kartilaj) akan membentuk permukaan yang tidk sekata atau tisu penyambung antara lutut (ligamen) yang menyilang antara sendi lutut menyebabkan lutut berbunyi pada satu-satu ketika dalam pergerakak tertentu.
Ia tidak perlu dirisaukan jika tidak melibatkan rasa sakit atau bengkak lutut.
Assalamualaikum Tuan,
Saya nak minta pendapat sikit, saya ada main badminton pada hari rabu dan khamis. Tiada kecedaraan berlaku pada masa (saya rasa la) sebab tiada rasa sakit atau apa-apa yang pelik semasa main badminton. Tapi keesokkan harinya, pada hari jumaat, bahagian bawah kepada lutut belah kanan saya mula terasa ngilu2 sikit bila berjalan. Lebih-lebih lagi kalau banyak berjalan. Jadi saya terus stop bersukan lepas kejadian tu dan skrg nak masuk 2 minggu dah. Cuma yg merisaukan saya, rasa ngilu tu dah hilang setakat ni, tapi kadang2 masih rasa cam sengal2 pada kepala lutut dan kadang kaki terasa cam lemah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih
Waalaikumsalam Tuan Hakimi. Kami bukan pakar sakit lutut, cuma boleh berkongsi pendapat berkenaan masalah tuan.
Bermain badminton dengan aktif memerlukan stamina tinggi dan ketangkasan pergerakan. Bila otot bekerja keras daripada biasa semasa bersukan, kemungkinan kecederaan dan kesakitan kadangkala tidak boleh dielakkan.
Kecederaan akibat bermain badminton mungkin boleh melibatkan ketegangan otot (muscle strain), sakit pada siku (tennis elbow), sakit pergelangan kaki (ankle sprain), kecederaan meniskus (meniscus tear), sakit bahu dan pelbagai lagi.
Kecederaan lutut yang tuan hadapi MUNGKIN melibatkan meniskus. Ia boleh terkoyak atau mengalami keradangan. Meniskus adalah cakera rawan pelindung antara sendi lutut daripada hentakan atau pukulan. Ia boleh cedera akibat terseliuh atau pergerakan kilas mengejut (pergerakan berhenti dan berpusing secara tiba-tiba) seperti dalam sukan badminton.
Biasanya kesakitannya boleh dirasai terus sebaik sahaja situasi kecederaan terjadi. Ia boleh jadi ringan atau berat bergantung kepada kategori kecederaan. Jika kes berat, ia boleh menyebakan lutut bengkak dan tidak boleh digerakkan.
Bagi kes tuan mungkin ianya jenis ringan. Tindakan tuan berhenti sementara menunggu lutut pulih adalah langkah baik bagi mengurangkan risiko kecederaan menjadi lebih buruk. Ia mengambil masa antara 3 hingga 5 hari untuk sembuh. Jika berlarutan,tuan perlu dapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar lutut.
assalamualaikum,saya baru berumur 21 tahun tapi saya kerap alami masalah sakit lutut dan kadang kadang tidak boleh bengkokkan kaki sejak 18 tahun. . Lutut saya jugak berbunyi setiap kali saya membengkokkan kaki. Apa masalah yang saya alami ya?