1. Pastikan kedudukan menyusu dan pelekapan bayi betul.  Betul, memang agak mencabar bagi anda yang mempunyai masalah puting leper atau tenggelam. Bayi perlu belajar membuka luas mulutnya bagi mendapatkan puting dan merapatkan gusinya pada payu dara.
  1. Menyusu awal dan kerap sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam untuk mengelakkan bengkak susu dan memberi peluang bayi berlatih menyusu sekerap mungkin ketika payu dara masih lembut.
  1. Jika bayi meragam ketika anda cuba membantunya melekap pada payu dara, berhenti dan tenangkan dia. Berehat seketika jika perlu. Menyusu sambil berjalan-jalan, dodoi atau gendong bayi sehingga dia kembali tenang.
  1. Ketika belajar menyusukan bayi, elakkan sebarang puting tiruan seperti botol, puting kosong dan perisai puting. Puting tiruan akan mengelirukan bayi dan menjadikan usaha pelekapan yang mencabar itu menjadi lebih sukar.
  1. Ketika cuba menyusukan bayi menerusi puting rata atau tenggelam, anda sangat digalakkan untuk dapatkan sokongan daripada kaunselor atau pakar laktasi.
  2. Pam payu dara sebelum sesi penyusuan akan membolehkan puting menonjol agar bayi dapat melekap dengan baik.
Baca Juga :  7 Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja

Selain daripada itu, saya menggalakkan ibu-ibu untuk mendapatkan Set Penyusuan Lengkap Shaklee agar penyusuan susu ibu lebih lancar. Badan yang penat, minda yang stress, penghasilan susu yang lambat, semuanya akan menyebabkan ibu cepat rasa mudah berputus asa.

Semoga membantu.