Pagi ini kami mendapat whatsapp daripada seorang lelaki Anonymus yang bertanyakan masalah berkaitan tentang prostat. Ayat pertama encik ni;
Assalamualaikum, selamat pagi. saya nak tanya masalah khusus Kanser Prostat dan ubat mencegahnya, dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. tq
– Hamba Allah
Ok, blur sekejap. Kena recall dan cari informasi berkaitan masalah ini dulu.
Masa mula-mula terima whatsapp daripada encik ni tadi, mati-mati saya ingat dia dah confirm kena kanser prostat.
Alhamdulillah, rupa-rupanya belum, beliau hanya mengalami masalah yang mungkin berkaitan dengan pembengkakan prostat.
Beliau membuat andaian dirinya telah mengalami kanser prostat berdasarkan beberapa simptom awal yang telah dirasai.
Simptom-simptom seperti masalah kencing tidak lawas dan pembuangan air kecil yang kerap sebenarnya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan perlu di diagnosis dengan lebih teliti oleh doktor pakar kesihatan lelaki.
Walaupun simptom keduanya sama, namun kanser prostat adalah berbeza dengan masalah prostat yang membengkak (Benign Prostatic Hyperplasia – BPH). BPH tidak berbahaya dan tidak boleh merebak ke tempat lain kerana ia bukannya kanser.
Pemeriksaan “Prostate Specific Antigen” (PSA) mungkin perlu dilakukan bagi mengenal pasti samada simptom-simptom itu berpunca daripada kanser ataupun tidak.
98% daripada keseluruhan kes prostat terjadi kepada lelaki berumur 55 tahun dan ke atas. Dari jumlah itu, purata umur lelaki yang dikenalpasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun.
Namun, dalam artikel ini saya hanya ingin berkongsi maklumat dan menyentuh tentang faktor masalah berkaitan prostat bengkak.
Baca Juga >> Kesihatan Lelaki: Bahaya Kanser Prostat dan Alternatif Cara Atasinya
Bengkak prostat atau BPH (Benign Prostatic Hyperplasia) adalah sejenis penyakit khusus gangguan prostat yang hanya dialami oleh orang lelaki. Ia merujuk kepada salah satu bahagian dalam organ pembiakan lelaki.
Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Kelenjar prostat membantu sistem reproduksi lelaki menghasilkan cecair untuk membawa sperma dari testis ke zakar ketika ejakulasi semasa hubungan intim suami isteri.
Apabila prostat membengkak, ia boleh menekan dan mengganggu saluran uretra menjadi sempit. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya masalah ketika anda ingin membuang air kecil. Pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong.
Dalam beberapa kes, sekatan dari pembesaran prostat boleh menyebabkan terjadinya jangkitan kuman pada saluran kencing. Jangkitan kuman pada saluran kencing yang berulang lama kelamaan boleh menyebabkan kerosakan pada pundi kencing ataupun buah pinggang.
Punca sebenar terjadinya pembengkakan prostat masih tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan oleh :-
Tanda-tanda awal bengkak prostat biasanya terjadinya aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk membuang air kecil.
Apabila usia semakin meningkat, masalah dan komplikasi mungkin menjadi lebih teruk. Kira-kira separuh daripada lelaki berusia melebihi 75 tahun mempunyai beberapa gejala komplikasi sakit prostat.
Tidak semua masalah kesukaran membuang air kecil di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembesaran prostat. Khususnya, jika anda kencing berdarah atau sakit dibahagian ari-ari, ia mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing, buah pinggang, atau jangkitan kuman di prostat.
Anda mungkin mengalami BPH jika gejala-gejala seperti di bawah berlaku.
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda disahkan mempunyai masalah sakit prostat bengkak secara andaian.
Walau bagaimanapun, gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan segera berjuma dengan doktor pakar kesihatan lelaki untuk pemeriksaan dan mengenalpasti masalah anda dengan lebih jelas bagi tindakan lanjut.
Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang boleh diambil dan diamalkan khusus untuk menjaga kesihatan lelaki, lebih-lebih lagi bagi pesakit bengkak kelenjar prostat atau BPH.
Set suplemen ini juga bermanfaat untuk membantu mengatasi pelbagai masalah berkaitan kesihatan lelaki yang lain. Antaranya suplemen tersebut ialah:
#1 – Vivix – Vivix mempunyai ciri-ciri antiradang dan antiinflamatory. Membantu mengatasi masalah prostat termasuk pembengkakan kelenjar prostat.
#2 – Omega Guard – Omega Guard kaya dengan DHA. Ia Minyak ikan terbukti berkesan untuk membantu masalah prostat.
Juga mempunyai ciri anti-inflamatory bagi membantu menyurutkan bengkak. Meningkatkan imun sistem tubuh.
#3 – Vitamin E – Manfaat vitamin E untuk lelaki khususnya :
#4 – GLA Complex –
Ambil tindakan segera atasi punca penyakit prostat anda sebelum ia menjadi lebih serius dan berisiko tinggi.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan dapatkan konsultasi eksklusif, hubungi:
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Shaklee ID:
866451
Cash On Delivery : Kulim Kedah dan kawasan sekitarnya
Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Selain vitamin… Read More
Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit.… Read More
Assalamualaikum, Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati… Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua. Lama rasa saya tak update blog ni. Bukan dah… Read More
Assalamualaikum Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua makanan penambah tenaga ibu… Read More
Diet Secara Sihat Dengan Cinch Shake 10 MINGGU DIET, CAPAI BMI NORMAL, TURUN 12 KG… Read More