Saya bukanlah seorang yang pandai dan arif tentang agama.

Pemahaman saya biasa-biasa sahaja pada tahap insan yang masih belajar dan ingin terus belajar.

Tetapi, status belajar atau “tidak pandai” ini bukan bermaksud saya tidak ambil berat atau sambil lewa terhadap status halal haram bisnes yang saya jalankan.

Untuk keberkatan hasil duit yang kita perolehi daripada pendapatan seharian , kita perlu tahu dari mana ia datang dan bagaimana ia diperolehi.

Paling penting adalah kita perlu mengenalpasti, adakah ia betul atau salah dari segi syariah agama Islam.

Saya cari infonya. Saya fahamkan maksudnya. Bukan bermakna saya boleh beri alasan saya tidak tahu. Jika tidak tahu, kita belajar. Betul tak?

Saya telah terlibat dalam dunia Multi-level Marketing (MLM) ini selama hampir 8 tahun sejak 2011.

Jika anda tidak pernah menyertai mana-mana MLM atau tidak berada dalam group yang betul, anda tidak akan tahu “The beauty of MLM”.

Kami berbangga kerana ditemukan dengan group iReach Shaklee. Di iReach, kami tidak maju bersendirian, ramai yang telah berjaya membuktikan MLM Shaklee adalah yang terbaik.

Ramai  leader-leader hebat dan para Master Coordinator telah dilahirkan dalam keluarga iReach, termasuk kami.

Dan kami amat berterima kasih kepada upline yang telah memperkenalkan kami kepada Shaklee, banyak berkongsi tentang kebaikan Shaklee dan meyakinkan kami bahawa Shaklee bukan bisnes MLM haram jadah.

Ini termasuklah berkaitan kepatuhan bisnes MLM Shaklee terhadap hukum syariah Islam.

Jika anda masih tertanya-tanya bagaimanakah yang dikatakan bisnes MLM patuh syariah, berikut adalah garis panduannya.

Ia juga boleh membantu anda sebagai panduan jika ingin menceburkan diri dalam bidang bisnes MLM yang sihat lagi benar.

Garis Panduan Memilih MLM Menurut Syariah Islam

#1 : Produk MLM Mestilah Dibeli Dengan Tujuan Sebenarnya 

Semua produk dari syarikat MLM tersebut mestilah benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan, kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum syariah, ia tiadalah halal di sisi syariah.

Baca Juga :  Senarai Group Iklan FB & Senarai Group Blogger

Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

Baca Juga >> 8 Sebab Perlu Percaya Shaklee

#2 : Produknya Bukanlah Emas & Perak 

Emas & perak tidak boleh dijual beli secara tangguh.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah tergolong dalam jenis Riba Nasiah.

#3 : Komisyen Yang Diberikan Kepada Ahli Untuk Setiap Penjual dan Ahli Bawahannya Mestilah Jelas

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

#4 : Keuntungan dan Komisyen Bukan Berdasarkan ‘Kepala’ atau Ahli yang Ditaja

Ahli menerima komisen adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Mudahnya ia bukan bersifat “head-hunting”.

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game atau scam).

#5 : Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian.

Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah.

Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Baca Juga >> Landmark Study – Kajian Keberkesanan Shaklee

#6 : Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’.

Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.

Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan.

Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

Baca Juga :  Bisnes Online dan Kerja Dari Rumah Mampu Jana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan

#7 : Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan.

Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

#8 : Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.

Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

#9 : Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Sumber: Zaharuddin.net

Sebab inilah mengapa saya memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya. Saya yakin shaklee adalah salah satu syarikat yang memenuhi semua kriteria diatas.

Saya tak rasa ralat kerana memilih untuk berhenti kerja sebagai penyelidik diSirim Berhad demi mengejar impian saya.

Salam Sayang
Norhanita
Shaklee Biz Mentor

Facebook Comments:
Multi Level Marketing MLM Menurut Syariah Islam Yang Ramai Terlepas Pandang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.