1 2

B-Complex


Tangani Stress Anda Setiap Hari Secara Semulajadi

Selamat datang ke dalam keluarga vitamin terbesar – Vitamin B-Complex. B-Complex tergolong dalam keluarga vitamin-larut-air dan terdiri daripada 8 jenis vitamin B utama.

Ia mempunyai peranan tersendiri masing-masing dalam tubuh manusia, tetapi tetap saling memerlukan dan bekerjasama bagi memberikan perlindungan dan kesihatan kepada tubuh.

Vitamin B terlibat dalam proses metabolik tubuh yang bertanggungjawab memproses keluar tenaga daripada sumber karbohidrat, lemak dan protein yang kita makan sehari-hari. Keletihan atau kekurangan tenaga merupakan antara tanda jelas kekurangan vitamin B dalam badan.

Peranan mereka sangat penting dalam proses duplikasi sel dan penghasilan sel darah merah. Juga berkait rapat dengan sistem saraf dan fungsi otak yang memberi kesan kepada kelakuan dan mood seseorang.

Tahukah Anda?

  • Terdapat hanya 2 jenis vitamin-larut-air iaitu vitamin B dan vitamin C

  • Vitamin-larut-air adalah tidak stabil terutama kepada haba, cahaya dan oksigen. Ia mudah termusnah sama ada ketika dibasuh atau ketika proses penyediaan makanan

  • Vitamin B-Complex tidak boleh disimpan di dalam badan dan perlu ditukarganti setiap hari

  • Sumber B-Complex adalah sangat banyak dalam bijirin, daging, ayam, ikan, telur, susu dan sayuran. Setiap kelas dalam vitamin B datang dari sumber yang berbeza.

Order Sekarang!

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451