Kolagen adalah sejenis protein unik dan komponen binaan asas sel di seluruh tubuh badan termasuk rambut, kulit, kuku, mata, gigi, tisu rawan, tulang, tendon, organ, salur arteri, dinding salur darah, hemoglobin dan juga sel dalam sistem imun.
Kolagen bertanggungjawab terhadap 80% tisu penghubung dan 75% lapisan kulit. Tanpa sumber kolagen semulajadi yang mencukupi dalam tubuh, sudah tentu keupayaan hampir majoriti organ tubuh akan mengalami tekanan dan menjejaskan kesihatan individu. Di sinilah peranan kolagen menjalankan fungsinya.
Namun bukan itu sahaja, kadar kemerosotan kolagen juga boleh disebabkan oleh kerosakan kolagen itu sendiri. Apakah punca-punca yang mungkin menyebabkan kerosakan kolagen? Nantikan kupasannya di sini.
Berapakah usia anda hari ini? Ya, faktor usia memang ada kaitan dengan sumber kolagen semulajadi dalam tubuh. Penghasilan kolagen akan merosot berkadar dengan usia setiap individu.
Proses penuaan semulajadi manusia bermula dengan pantas seawal umur 30 tahun, di mana kita akan mula kehilangan 1.5% simpanan kolagen semulajadi setiap tahun selepas itu.
Apabila mencapai umur 40, semasa kebanyakan individu terutamanya wanita akan mengalami perubahan hormon dan fizikal, tubuh sudah kehilangan hampir 15% daripada simpanan kolagen semulajadi.
Kesan kemerosotan kolagen boleh jelas dilihat apabila kulit mula kelihatan kusam, berkedut, timbul garis-garis halus, kuku mudah pecah, rambut gugur dan sendi mudah sakit.
Jika kecekapan tubuh semakin lemah dan tidak ditangani dengan baik demi menghadapi kesan kemerosotan kolagen semulajadi, tidak mustahil kita boleh kelihatan tua di usia muda. Memang menakutkan bukan?
Kehilangan kolagen semulajadi boleh diatasi dengan pengambilan suplemen. Pengambilan kerap dan betul kolagen dalam bentuk pemakanan tambahan mampu menggantikan kehilangan kolagen semulajadi dalam tubuh dan memberi pelbagai khasiat kepada kulit.
Manfaat suplemen kolagen termasuklah mengembalikan keremajaan dan kesihatan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus penuaan, menguatkan kuku serta memperbaiki kondisi rambut.
Shaklee Collagen Powder adalah sumber kolagen berasaskan suplemen yang mengandungi 4000 mg sumber terbaik kolagen RSS (Red Snapper Scale) yang tulen dan berkualiti tinggi.
Keistimewaan kolagen shaklee yang mempunyai jisim molekul yang sangat rendah hampir 1000 Dalton*, memberikan ciri-ciri mudah diserap oleh tubuh dan membantu mempercepatkan sintesis kolagen di lapisan dermis kulit dengan berkesan.
Shaklee Collagen Powder adalah mudah larut dan enak dicampurkan dengan pelbagai makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam bentuk sachet untuk mempermudahkan pengambilan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
* Dalton (u) – unit standard bagi jisim molekul atau atom (1 u = 1.66 x 10-27kg)
Berikut adalah 7 komponen utama bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder bagi membantu menambah keberkesanan dan keupayaan kolagen semulajadi dari dalam dan luar tubuh:
Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451