~ Al-Baqarah : 183
Ketahuilah bahawa puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain. Ia adalah wajib bagi setiap orang beriman baik lelaki maupun wanita yang sudah baligh/dewasa dan sihat akal /waras.
Setiap ibadah perlu dimulai dengan niat. Begitu juga dengan berpuasa di bulan ramadhan. Berikut adalah niat berpuasa yang anda boleh cuba untuk hafal.
Saya teringat dahulu masa kecil-kecil. Apabila menjelang Ramadhan, emak menjadi tempat rujukan kami untuk mengingati niat berpuasa ni. Setiap tahun, emak akan ingatkan kami niat berpuasa, tanpa miss. Sehingga ke hari ini.. malam sebelum berpuasa mesti kedengaran ayat beliau.. ” Dah niat puasa ramadhan? baca niat ni….”
Namun begitu, puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa kita tidak sempurna kecuali kita mengambil berat 6 adab berpuasa di bawah :
1. Menundukkan pandangan serta menahannya dari pandangan-pandangan liar tercela dan di benci
2. Menjaga lisan dari berbicara yang sia-sia, berkata dusta, mengadu domba dan mengumpat
3. Menjaga pendengaran dari mendengar setiap perkara yang haram dan tercela
4. Menjaga anggota tubuh dari perbuatan dosa
5. Tidak memperbanyakkan makan setelah berbuka
6. Setelah berbuka, berdoa bersungguh-sungguh setiap kali beribadah dengan doa di bawah. Ini kerana kita tidak tahu adakah puasa kita diterima atau di tolak (mohon jauhkan)
Semoga selawat dan salam dilimpahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan semua sahabat-sahabat baginda.
Sebagai tambahan, jika anda seorang ibu yang sedang menyusu bayi dan risaukan susu ibu merudum semasa berpuasa, saya galakkan anda untuk baca artikel ini.
Semoga bermanfaat.
Dan.. untuk ingatan kita bersama, kalau mampu, cuba untuk berbuka bersama-sama keluarga dan ibu bapa sekerap mungkin.
Salam Sayang
Norhanita
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More