Pemakanan yang sihat sangat penting buat ibu hamil. Ini adalah bagi memastikan anda dan bayi yang dikandung mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Diet yang seimbang adalah apa yang anda perlukan. Dalam sebuah dunia yang ideal, kita tahu kita boleh mendapatkan keseimbangan nutrien daripada pemakanan seharian. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Hakikatnya, kita tidak mampu untuk memastikan tubuh kita mendapat cukup nutrien.

Pengambilan vitamin dan mineral antenatal memberikan jaminan untuk membantu dan memastikan kita dapat memenuhi keperluan nutrien tubuh secukupnya sejajar dengan keperluan bayi di dalam kandungan.

Nutrisi Bayi Dalam Kandungan

Keperluan Nutrisi Untuk Bayi Dalam Kandungan

Anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan dan diteruskan sepanjang kehamilan. Apabila kandungan semakin membesar, kebiasaannya anda akan memerlukan tambahan zat besi.

Doktor dan jururawat akan membuat pemeriksaan bagi membantu anda memastikan samada kadar zat besi di dalam tubuh anda mencukupi ataupun tidak. Kalsium juga sangat penting kepada anda dan bayi. Ketika hamil, anda memerlukan lebih kalsium berbanding sebelum hamil. Ini mengurangkan risiko anda terkena osteoporosis dan gigi mudah luruh di kemudian hari.

Multivitamin juga adalah sangat penting. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Elakkan mengambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat.

Sekiranya anda seorang vegetarian tegar, mempunyai kencing manis atau GDM, mengalami praeklampsia, anemia dan pernah melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda suplemen yang sesuai mengikut keperluan anda.

Penulisan daripada Dr Zubaidi di Facebook :nutrisi untuk bayi dalam kandungan.jpg

SUPLEMEN UNTUK ANAK DALAM RAHIM JADI SIHAT DAN BIJAK

Bila seorang wanita telah disah hamil, jagalah pemakanan yang perlu diambil. Perhatikan dan fikir sebelum memasukkan setiap makan ke dalam mulut. Ambil tahu apa nutrisi yang diperlukan ketika hamil dan makanan yang bagaimana yang memberikan nutrisi tersebut.

Ini penting untuk memastikan ibu dan anak dalam rahim kekal sihat sepanjang kehamilan. Antara nutrisi yg diperlukan :-

  • Kalsium
  • Zat besi
  • Iodin
  • Zinc
  • Vitamin C
  • Omega-3
  • Asid folik

Carilah makanan yg membekalkan nutrisi ini. Jika sukar, carilah suplemen jenama yg sesuai.

 

Baca Juga :  Cara Mencegah Keputihan Ketika Hamil Agar Tidak Membahayakan Bayi

Semasa mengandung anak pertama, saya masih tidak mengenali Shaklee. Alangkah ruginya saya rasa. Saya mula mengenali Shaklee semasa mengandungkan anak ke-2. Memang sangat berbeza apa yang saya rasa.

Sebelum kenal Shaklee, saya sering mengalami cramp kaki, sembelit, sakit-sakit badan, masalah hb rendah, sakit kepala, sering rasa kepala berpusing macam mahu pitam dan kerap keletihan (tengahari mesti tidur sebab letih).

Teruk sangat rasanya masa tu. Banyak betul masalah kesihatan. Nasib baik baby lahir sihat. hehehe… Namun, lepas mengambil Shaklee, semua masalah di atas lenyap. Bersyukur sangat. Saya teruskan semasa kehamilan ke-3.

Alhamdulillah, kesihatan tip top. Report buku merah untuk kedua-kehamilan cantik aje (masa kandungan pertama, rekod tak cantik).

Jika anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya dulu, ketahuilah anda sebenarnya kekurangan banyak nutrisi dalam tubuh. Dapatkan bantuan suplemen Set Kehamilan Shaklee.

Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee? Dapatkan juga konsultasi eksklusif daripada kami. Setiap pembelian melalui saya akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara berterusan dengan kasih sayang.

– Hubungi Segera –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Nutrisi Untuk Bayi Dalam Kandungan Bagi Keperluan Proses Tumbesaran Sempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.