1 2

Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian aneka jenis masakannya. Ditambah dengan rakyat yang berbilang kaum berkongsi selera dengan jenis masakan tersendiri masing-masing.

Sedarkah anda? Sesetengah makanan yang kita suka makan itu dikategorikan sebagai makanan tinggi kalori.

  1. Senarai Kalori Makanan Pelbagai Masakan
  2. Senarai Kalori Masakan Sayuran
  3. Senarai Kalori Kuih Muih
  4. Senarai Kalori Minuman
  5. Senarai Kalori Buah-buahan & Sayuran
[irp posts=”9110″ name=”Cara Kira Kalori Online Untuk Mengetahui Jumlah Kalori Harian Kita Perlukan”]

Namun dari segi pengurusan diet pemakanan harian, rakyat Malaysia perlu berhati-hati memilih makanan. Makanan berkalori tinggi boleh mendatangkan mudarat serta tidak baik untuk kesihatan.

Malangnya, ramai yang tidak kisah dengan pengambilan diet kalori secara berlebihan ini. Hasilnya, Malaysia tersenarai sebagai negara teratas mempunyai rakyat paling ramai  memiliki masalah obesiti atau badan terlebih gemuk.

Rakyat Malaysia Juara Obesiti

Penyakit kencing manis atau diabetes, serangan jantung dan tekanan darah tinggi sering menyerang mereka yang mengamalkan pengambilan kalori harian yang berlebihan.

Pertambahan berat badan, pasif atau tidak aktif bersenam merupakan gaya hidup yang turut memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menyebabkan penyakit tiga serangkai datang lebih cepat walaupun diusia muda.

Oleh itu, kesedaran untuk mengetahui berapakah jumlah kalori harian yang perlu kita ambil adalah sangat penting. Serta mengawal tabiat pemakanan supaya keseimbangan berat badan atau indeks jisim tubuh (BMI) kita sentiasa dalam kawalan.

[irp posts=”3317″ name=”Cara Kira BMI Online Untuk Mengetahui Adakah Berat Badan Anda Ideal”]

Panduan Kalori Makanan

Berikut adalah daftar kalori makanan pelbagai jenis masakan popular di Malaysia dengan jumlah kalori masing-masing. Cuba anda kira sendiri berapa jumlah kalori makanan yang sedang anda ambil hari ini.

Haa terkejut? berpada-padalah dalam pemakanan. Cara menghitung kalori makanan yang betul mungkin dapat membantu memperbaiki diet rendah kalori harian anda. Selamat berkira-kira.

Jadual Senarai Kalori Makanan Popular

Jenis MakananSaiz HidanganJumlah Kalori (Kcal)
Telur Goreng Mata1 biji 110
Telur Dadar1 biji154
Telur Rebus1 biji 78
Telur Masin1 biji (100g)183
Telur Puyuh Rebus1 biji 14
Ayam Goreng1 ketul (120g)283
Roti Canai Kosong1 keping 302
Roti Canai + Kuah Dhal1 keping414
Roti Canai Telur + Kuah1 keping520
Roti Nan1 keping239
Capati + Kuah1 keping166
Tosai + Kuah1 keping 221
Nasi Putih Kosong1 senduk100
Nasi Lemak Bungkus1 bungkus kecil389
Nasi Lemak Biasa1 pinggan644
Nasi Ayam1 pinggan (384g)622
Nasi Beriyani Kosong1 cawan (110g)200
Nasi Beriyani Ayam1 pinggan660
Nasi Kerabu1 pinggan (250g)260
Nasi Dagang1 pinggan (250g)510
Nasi Tomato2 senduk (100g)185
Nasi Goreng Biasa1 pinggan630
Nasi Goreng Ayam1 pinggan (250g)450
Nasi Goreng Kampung1 pinggan (250g)250
Nasi Goreng Ikan Masin3 senduk280
Nasi Goreng Cina3 senduk 320
Nasi Goreng Paprik3 senduk240
Nasi Goreng Pattaya3 senduk285
Nasi Goreng USA3 senduk285
Mee goreng1 pinggan660
Mee Soto1 mangkuk433
Mee Sup1 mangkuk381
Mee Rebus1 mangkuk556
Mee Hailam1 mangkuk277
Mee Bandung1 mangkuk (450g)550
Mee Kari1 mangkuk520
Mee Wantan1 mangkuk217
Bihun Goreng 1 pinggan515
Bihun Tomyam1 mangkuk230
Bihun Sup1 mangkuk200
Bihun Soto1 mangkuk190
Bihun PAMA1 mangkuk (50g)178
Kuey Teow Goreng 1 pinggan642
Kuey Teow Goreng Kerang1 pinggan743
Kuey Teow Tomyam1 mangkuk (250g)210
Kuey Teow Sup1 mangkuk (250g)140
Char Kuey Teow 1 pinggan (384g)744
Maggie Goreng1 pinggan751
Laksa1 mangkuk591
Lontong + Nasi Himpit + Sayur Lodeh 1 mangkuk340
Laksa Johor1 mangkuk (250g)330
Laksa Penang1 mangkuk (629g)381
Laksa Sarawak1 mangkuk (250g)320
Ayam Goreng Madu1 ketul (90g)240
Ayam Goreng Berempah1 ketul (90g)200
Ayam Masak Cili1 ketul (90g)140
Ayam Masak Kicap1 ketul (90g)200
Ayam Masak Kunyit1 senduk (50g)80
Ayam Masak Kurma1 ketul (90g)190
Ayam Masak Merah1 ketul (90g)140
Ayam Panggang1 ketul (90g)130
Ayam Percik1 ketul (90g)140
Ayam Tandoori1 ketul (100g)200
Daging Goreng1 ketul (40g)140
Daging Goreng Kunyit1 senduk (80g)80
Daging Masak Merah1 ketul (90g)140
Daging Dendeng1 senduk (60g)215
Daging Masak Hitam1 senduk (90g)145
Daging Masak Kicap1 ketul (60g)80
Daging Masak Kurma2 ketul (80g)80
Daging Salai Masak Lemak3 ketul (110g)190
Daging Tetel Asam Pedas3 ketul (90g)160
Daging Masak Lada Hitam3 ketul (90g)180
Daging Kambing Goreng2 ketul (80g)220
Daging Kambing Masak Kurma1 senduk (80g)120
Kari Ayam1 ketul (130g)200
Kari Lembu2 ketul (90g)130
Kari Kambing2 ketul (80g)140
Kari Ikan1 ketul (80g)160
Kari Kepala Ikan 1/2 ketul288
Ikan Kembung Goreng1 ekor (70g)160
Ikan Kembung Bakar1 ekor (70g)80
Ikan Kembung Masak Asam Rebus1 ekor (70g)100
Ikan Kembung Masak Kicap1 ekor (70g)160
Kari Ikan Kembung1 ekor (80g)70
Ikan Goreng1 ekor (70g) 180
Ikan Kerisi Goreng1 ekor (70g)205
Ikan Kerisi Masak Kicap1 ekor (70g)150
Ikan Cencaru Goreng2 potong (150g)200
Ikan Cencaru Sumbat1 ekor (100g)200
Ikan Bawal Hitam Goreng1 ekor (100g)150
Ikan Bawal Hitam Masak 3 Rasa1 ekor (100g)210
Ikan Bawal Putih Goreng1 ekor (80g)190
Ikan Tenggiri Goreng1 potong (60g)190
Ikan Sembilang Goreng1 ekor (100g)280
Ikan Senangin Goreng1 ekor (80g)220
Ikan Tongkol Masak Lemak1 potong (60g)70
Ikan Talapia Goreng1 ekor (60g)145
Ikan Talapia Masak Lemak1 ekor (60g)70
Ikan Keli Goreng1 ekor (90g)90
Ikan Haruan Goreng1 ekor (40g)160
Kari Ikan Masin3 ketul (60g)95
Kari Udang Nanas1 senduk (60g)30
Udang Goreng Kunyit3 ekor (80g)90
Udang Masak Lemak3 ekor (40)95
Ketam Masak Cili 2 ekor (100g)140
Kupang Masak Sambal1 senduk (60g)95
Lala Masak Masam Manis1 senduk (60g)50
Sotong Goreng Kunyit1 senduk (60g)90
Sotong Goreng Tepung1 senduk (60g)150
Sotong Masak Sambal1 senduk (45g)65
Sotong Masak Kicap1 senduk (60g)90
Sup Ikan Merah1 mangkuk (150g)100
Sambal Ikan Bilis2 sudu (30g)100
Sambal Sotong4 ekor (80g)100
Sambal Sardin2 sudu (25g)50
Sambal Tumis Udang1 senduk (60g)145
Sambal Udang Kecil1 senduk (40g)70
Sambal Telur Rebus1 biji (60g)160
Sambal Tempe Goreng1 senduk (40g)100

Video Infografik Kalori Makanan Pelbagai Jenis Masakan Berasaskan Nasi

[irp posts=”4422″ name=”5 Kesalahan Semasa Berdiet Yang Kita Tak Tahu Tapi Biasa Kita Buat”]

Jadual Senarai Kalori Masakan Sayuran

Jenis MakananSaiz HidanganJumlah Kalori (Kcal)
Pajeri Nanas1 sudu (25g)45
Nangka Masak Lemak1 sudu (60g)50
Pisang Masak lemak1 sudu (60g)90
Kobis Masak Lemak1 sudu (70g)135
Labu Kuning Masak Lemak1 sudu (60g)50
Pucuk Manis Masak Lemak1 sudu (90g)90
Pucuk Manis + Labu Masak Lemak1 sudu (105g)150
Pucuk Paku Masak Lemak1 sudu (50g)140
Rebung Masak Lemak1 sudu (60g)50
Rojak Sayur + Kuah Kacang1 cawan (100g)90
Bayam Goreng1 sudu (60g)80
Brokoli/Bunga Kobis Goreng1 sudu (60g)20
Kobis Goreng1 sudu (60g)50
Cili Jeruk (pickle)1 sudu (10g)10
Fucuk Tumis Air1 sudu (90g)80
Jelatah (Timun + Nanas)1 sudu (50g)80
Kacang Botol/Kelisa Goreng1 sudu (60g)50
Kacang Buncis Goreng1 sudu (60g)40
Kacang Panjang Goreng1 sudu (60g)55
Kailan Goreng1 sudu (60g)40
Kangkung Goreng1 sudu (60g)50
Sawi Putih Goreng1 sudu (60g)50
Sayur Campur Goreng1 sudu (60g)50
Kailan Ikan Masin1 sudu (60g)80
Keladi Masak Asam Rebus1 mangkuk (100g)60
Kerabu Pucuk Paku1 sudu (60g)30
Kerabu Taugeh1 sudu (60g)40
Kerabu Ulam1 cawan (60g)20
Peria Goreng Telur1 sudu (50g)70
Petola Masak Air1 sudu (60g)50
Salad3 keping (30g)5
Salad Telur1 sudu (50g)110
Urap (Pucuk Paku + Taugeh)1 susu (40g)45
Sup Cendawan1 mangkuk (150g)75
Sup Sayur1 mangkuk (150g)45
Sup Tauhu/Tofu Jepun1 sudu (90g)60
Tuhu Goreng 1 keping (40g)70
Tauhu Kukus1 keping (50g)35
Tauhu Sambal1 keping (70g)100
Tauhu Sumbat2 keping (100g)105
Tempe Goreng1 keping (70g)255
Tempe Goreng Cili1 sudu (40g)80
Tempe Goreng Jawa1 sudu (40g)100

Jadual Senarai Kalori Kuih Muih

Jenis Kuih Saiz HidanganNilai Kalori (kcal)
Agar-agar Buah1 potong (30g)20
Agar-agar Kering1 potong (10g)20
Bahulu1 biji (15g)60
Biskut Almond London1 biji (10g)50
Biskut Cornflakes (Emping Jagung)1 biji (20g)80
Biskut Kacang1 biji (50g)50
Biskut Kelapa1 biji (10g)60
Biskut Suji1 biji (10g)40
Buah Melaka1 biji (15g)30
Bubur jagung1 mangkuk (150g)315
Bubur Kacang Merah1 mangkuk (230g)101
Bubur Pulut Hitam1 mangkuk (150g)116
Cucur Badak1 biji (30g)73
Cucur Ikan Bilis3 biji (50g)80
Cucur Jagung3 keping (30g)70
Cucur Udang1 biji (50g)140
Dodol1 potong (20g)70
Donut1 biji (80g)290
Kacang Bersalut Tepung1 sudu (10g)50
Kacang Goreng1 sudu (10g)40
Karipap1 biji (40g)128
Kek Berkrim (Aising)1 potong (60g)240
Kek Buah1 potong (40g)130
Kek Cheese (Cheesecake)1 potong (80g)257
Kek Coklat1 potong (40g)150
Kek Lapis Sarawak1 potong (40g)160
Kek Mentega (Tanpa Krim)1 potong (40g)150
Keledek Goreng1 keping (50g)50
Kerepek Pisang3 keping (10g)40
Kerepek Ubi3 keping (10g)40
Kerepek Ubi Sira3 keping (10g)50
Keropok Lekor1 keping (30g)90
Kuih Bangkit1 biji (10g)40
Kuih Cincin1 biji (10g)50
Kuih Kapit Gulung2 keping (10g)40
Kuih Karas1 keping (10g)50
Kuih Keria1 biji (30g)90
Kuih Ketayap1 keping (70g)150
Kuih Lapis1 keping (87g)132
Kuih Loyang (Kuih Ros)1 keping (10g)30
Kuih Makmur1 biji (10g)50
Kuih Maruku India1 keping (10g)50
Kuih Peneram1 biji (55g)256
Kuih Samperit1 biji (10g)40
Kuih Seri Muka1 keping (90g)192
Kuih Siput (Kuih Gunting)1 sudu (10g)30
Kuih Tat Nenas 1 biji (10g)50
Kuih Wajik1 potong (40g)120
Lepat Ubi1 keping (90g)190
Pau Kelapa1 keping (40g)110
Popia Basah1 biji (50g)94
Puding Karamel1 potong (40g)70
Pulut Udang1 keping (83g)184
Putu Kacang/Beras1 biji (20g)70
Putu Piring1 keping (30g)75
Rempeyek Kacang Dal (Tumpi)1 keping (20g)60
Rempeyek Kacang Tanah1 Keping (20g)120
Roti Gulung Inti Sardin1 keping (60g)130
Tapai Pulut1 bungkus (50g)80

Video Infografik Kalori Makanan Pelbagai Jenis Kuih Muih

[irp posts=”8503″ name=”9 Kelebihan Minum Air dan Salah Satunya Untuk Mencegah Kanser? Ini Biar Betul!”]

Jadual Senarai Kalori Minuman

Jenis MakananSaiz HidanganJumlah Kalori (Kcal)
Air Kosong1 gelas (250ml)0
Air Sirap1 gelas (250ml)80
Air Sirap Bandung1 gelas (250ml)180
Air Sirap Limau 1 gelas (250ml)90
Air Barli1 gelas (250ml)193
Air Jagung1 gelas (250ml)256
Air Cincau1 gelas (250ml)108
Air Kelapa1 gelas (250ml)55
Air Tebu1 gelas (250ml)184
Air Kordial1 gelas (250ml)80
Air Soya (Tanpa Gula)1 gelas (250ml)150
Air Soya Cincau 1 gelas (250ml)138
Air Limau Nipis1 gelas (250ml)20
Teh O Ais1 gelas (200ml)130
Teh Ais1 gelas (250ml)80
Teh Lemon Ais1 gelas (250ml)112
Kopi O Ais1 gelas (200ml)66
Kopi Ais1 gelas (250ml)80
Nescafe Ais1 gelas (250ml)80
Teh Tarik1 cawan (200ml)130
Kopi Tarik1 cawan (200ml)130
Milo O1 cawan (200ml)70
Milo Susu1 cawan (200ml)160
Nescafe O1 cawan (200ml)60
Nescafe Susu1 cawan (200ml)130
Ais Kacang1 mangkuk630
Cendol1 mangkuk (150g)120
Jus Anggur Tanpa Gula1 gelas (250ml)250
Jus Epal Tanpa Gula1 gelas (250ml)120
Jus Lemon1 gelas (250ml)20
Jus Nanas Tanpa Gula1 gelas (250ml)130
Jus Oren Tanpa Gula1 gelas (250ml)110
Kordial Anggur1 gelas (250ml)140
Kordial Laici1 gelas (250ml)140
Kordial Oren1 gelas (250ml)70
Kordial Sarsi/Sarsaparilla1 gelas (250ml)80
Minuman Berkarbonat1 Tin (285ml)150
Minuman Kola1 gelas (250ml)100
Minuman Coklat Susu1 gelas (250ml)170

 

Sumber Rujukan :

  1.  Bank Kalori Bahagian Nutrisi & Pemakanan- nutrition.moh.gov.my
  2.  Kalorimakanan.com
Facebook Comments:
Panduan Kalori Makanan: Jadual Senarai Kalori Makanan Popular Rakyat Malaysia

2 thoughts on “Panduan Kalori Makanan: Jadual Senarai Kalori Makanan Popular Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.