Anda ingin menggunakan platform media sosial untuk menjalankan perniagaan secara online?
Anda telah mengenalpasti medium sosial yang popular dan mempunyai ramai pengguna yang berpotensi?
Anda cuba membina profil bisnes online dalam media sosial untuk memudahkan akses berkesan kepada pengguna anda?
Salah satu teknik yang berkesan adalah melalui penggunaan imej. Apa kata sebelum upload, periksa saiz imej atau foto anda. Adakah bersesuaian dengan media sosial yang anda pilih?
Serta dapatkan panduan saiz imej yang mudah untuk paparan di sosial media anda di sini…
Penggunaan medium internet semakin berkembang hari ini. Termasuk penggunaan media sosial sama ada untuk tujuan perniagaan, penyampaian maklumat, promosi blog, berkongsi aktiviti kegiatan kumpulan atau pertubuhan dan sebagainya.
Trend media sosial juga sukar untuk diramalkan. Ia sentiasa cepat melakukan perubahan dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan pengguna dan untuk meraih populariti.
Media sosial network yang popular juga berlumba-lumba melakukan persaingan untuk tidak mahu ketinggalan di dalam dunia perniagaan internet. Matlamatnya utamanya adalah untuk mewujudkan platform terbaik antara para peniaga dan pengguna secara online.
Justeru, bagi pemilik-pemilik bisnes besar atau kecil-kecilan sudah tentu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menempatkan diri di dalam ruangan media sosial ini. Dari pembinaan profil bisnes hinggalah kepada aspek promosi melalui iklan.
Antara kriteria yang sangat membantu adalah penggunaan imej atau foto. Iklan atau post yang berkesan sangat dibantu oleh imej yang menarik, cantik, jelas yang juga saiz yang betul untuk paparan penuh.
Secara psikologinya, manusia hari ini lebih mudah untuk menangkap foto atau imej terlebih dahulu sebelum mendapatkan maklumat isinya.
Di sini, kami ingin berkongsi tentang panduan saiz imej yang betul untuk mendapatkan paparan optimum iklan atau post untuk sharing di media sosial.
Semoga membantu! Terima kasih dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang perniagaan online anda.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Thank you for the tips! =)
Welcome Dear...