Covid19 adalah singkatan kepada Penyakit Coronavirus 2019. Ia adalah strain baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti.Ia boleh berjangkit dari individu ke individu lain melalui titisan pernafasan atau sentuhan.
Lapisan luaran dan juga pelindung kepada virus ini adalah binaan daripada lipid(sejenis lemak). Lapisan ini boleh kita ibaratkan seperti pita Velcro. Tahukan pita Velcro? Pita lekat yang ada dua bahagian. Sebelah berbulu kasar dan sebelah lagi berbulu lembut.
Lapisan lipid luar virus adalah seperti pita Velcro kasar. Ia akan melekat kuat pada bahagian yang lembut dan tidak licin. Lagi lembut sesuatu permukaan, lagi kuat lekatan. Lekatan paling sesuai, kulit manusialah. Daripada kulit inilah virus dibawa masuk ke dalam sistem badan melalui mulut, tekak dan hidung.
Oleh kerana virus ini adalah sejenis parasite, ia hanya akan aktif apabila ada perumah. Maksudnya setelah masuk ke dalam badan manusia. RNA virus akan mula mempengaruhi DNA perumahnya dan mengarahkan supaya sel replikasi lebih banyak sel virus dalam sistem kita sendiri.
Jika antibodi kita kuat, masa inilah askar-askar akan dikerah untuk hapus penceroboh. Makan vitamin C seolah-olah kita ada askar tambahan yang bantu lawan semasa pencerobohan. Tetapi jika tiada askar tambahan, masa inilah kita akan jatuh sakit setelah RNA virus cukup banyak dihasilkan dan mengganggu fungsi sel kita.
Kita sedia maklum. Langkah terbaik adalah dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun. Namun, untuk keadaan tertentu kita perlukan alternatif lain untuk memastikan tangan kita sekeluarga bersih dan bebas dari virus Covid19. Antara alternatif yang menjadi kesukaan ramai adalah sanitizer.
Terdapat banyak jenama hand sanitizer di pasaran. Apa yang anda perlu tahu, sanitizer yang berkesan mesti mengandungi lebih 60% kandungan alkohol.
Jika anda mempunyai kulit yang sensitif kepada alkohol, anda boleh mendapatkan pencuci tangan tanpa alkohol. Pilihan terbaik adalah Basic H.
Ramai yang bertanya bagaimana sebenarnya Basic H ni boleh membunuh virus Covid-19 sedangkan ia tidak mempunyai kandungan alkohol langsung.
Basic H ini adalah bersifat surfaktan (surfactant) Ia dapat mengaktifkan permukaan dan melarutkan rantaian lipid yang melekat seperti Velcro pada kulit dan menanggalkannya. Apabila tertanggal virus akan gugur dan tidak aktif/mati.
Basic H juga dapat disapu rata kepada seluruh tangan berbanding alkohol kerana alkohol lebih mudah tersejat dan kering. Jika mengguna sanitizer beralkohol, pastikan guna dengan jumlah yang banyak dan mencukupi untuk keseluruhan tangan.
Pastikan anda buat 7 langkah gosokan tangan (hand rub) yang betul sama ada semasa menggunakan sanitizer beralkohol atau Basic H.
Sebenarnya guna air dan sabun sama efektif membunuh virus ini. Tetapi kekangan kita mendapatkan sumber untuk menuci kerap menjadikan Basic H adalah cara terbaik kerana ia berbaloi dan boleh di bawa ke mana sahaja.
Semoga kita semua dalam perlindungan Tuhan.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More