Pulau Langkawi memang merupakan salah sebuah pulau pelancongan yang sangat terkenal di Malaysia. Sebut sahaja langkawi, mesti kita dah terbayangkan barangan bebas cukai, coklat yang pelbagai pilihan tapi dengan harga yang sangat murah, set pinggan mangkuk Corelle dan juga peralatan dapur yang lain yang harganya jauh lebih murah.

Pengalaman bercuti di Langkawi memang tidak mudah dilupakan. Kami pernah beberapa kali kesana tapi dengan pembiayaan sendiri. Walaupun barangan di sana bebas cukai, apa yang kita perlu tahu, kos untuk kesana tidaklah murah. Banyak perkara harus di ambil perhatian.Dari kos pengangkutan, kos makanan, kos tempat tinggal termasuklah kos untuk membeli belah dan memasuki tempat-tempat menarik di sana. Bila pergi dengan duit sendiri, semuanya rasa nak berkira, sayang duit.

Jadi, apabila mendapat peluang untuk ke Langkawi secara percuma, ia memang satu peluang berharga yang tidak patut dilepaskan.

Pengalaman Bercuti Di Langkawi

Percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi kali ni ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Dari pengangkutan, penginapan dan makanan. Siap dapat duit poket lagi tau.

Hari Pertama : Selamat Datang Langkawi

Untuk kesana, kami memilih penerbangan Malindo Air. Kami diminta untuk berkumpul di KLIA pada pukul 10 pagi untuk menaiki penerbangan ke Langkawi pada pukup 12.10 tengahari dan dijangkakan tiba ke Langkawi pada pukul 1.15 tengahari.

Bersama rakan-rakan seperjuangan

 

Duit poket dari Shaklee. Eh.. siap ada duit poket? hehehe…

Sepatutnya kami di bawa ke Pekan Kuah untuk aktiviti bebas. Namun, disebabkan flight delay, Shaklee ubah plan untuk bawa kami terus ke hotel untuk check in. Masa yang agak terhad dan tak berbaloi kalau kami ke pekan Kuah untuk Shopping kerana kami ada aktiviti di sebelah malamnya.Tak kisah lah. Sebab kami ke sini memang tak rancang untuk beli apa-apa selain coklat je.

Welcome, Shaklee National Incentive Trip Achievers of 2015/2016

Penginapan tajaan Shaklee kali ni adalah di The Westin Langkawi Resort And Spa. Masuk sahaja ke bilik, hati rasa berbunga-bunga. Suasana di The Westin Langkawi ni sangat cantik, eksklusif dan mewah. Kalau guna bajet sendiri, mungkin kami akan berfikir banyak kali untuk kesini. Kos penginapan 1 malam pun mencecah RM1000 tau!

Baca Juga :  Rebut Trip Bangkok, Thailand 4H3M 2016
Bilik yang mendamaikan. The Westine Heavenly Bed Experience ni memang pengalaman yang takkan dilupakan. Baring je, terus lena. Rasa tak nak bangun dan dari katil. Empuknya.

Pada sebelah malamnya, kami dijemput menghadiri Welcoming Dinner bertemakan Tropical Sunset Dinner di Meritus Pelangi Resort. 15km jaraknya dari The Westin. Sebelum ke sini, suami saya lagi bersemangat pergi cari pakaian untuk disesuaikan dengan tema pada malam tu tau. haha

Dinner kami. Sedap sangat. Sepatutnya Majlis berlangsung di tepi pantai. Tetapi disebabkan cuaca yang tidak menentu di Langkawi pada ketika itu, tempat diubah ke dalam ballroom. Suasana? ala-ala tepi pantai. pokok-pokok di bawa masuk ke dalam ballroom. comel sangat Shaklee ni.

 

Cantik-cantik semuanya kan? Natural beuty semuanya. Ini antara sebahagian kecil sahaja rakan-rakan seperjuangan kami di dalam Shaklee ni. Alhamdulillah… rakan seperjuangan yang saling bantu membantu. Ukhuwah kami erat seperti adik beradik tauu

 

Tiba-tiba baju tersama pulak. haha. sepanjang malam jadi bahan aje. :))

ย  Lepas makan, sudah penat.. masa untuk beradu. Masuk je bilik, terus ke katil. Nyenyak tidur malam tu sampai ke pagi. Lain betul feelingnya tidur di hotel bertaraf 5 bintang ni. hihihi..

Hari Kedua : Mangrove River Tour, Eagle Watching, Floating Fish Far, Bat Cave, Langkawi Cable Car, Sky Bridge, 3D Art Museum, Shopping

Ha.. padat aktiviti hari ke-2 ni. Dari pagi sehingga ke malam aktiviti kami.

Selepas sarapan, masa untuk menikmati Mangrove River Tour. Di antara aktivitinya adalah Eagle Watching, Floating Fish Farm dan Bat Cave. Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, Mangrove river tour ni memang sangat sesuai dengan anda.

Mengikuti Mangrove River Tour. Seronok sangat naik speedboat. Aktiviti yang tak patut dilepaskan jika ke Langkawi

 

Sudah penat beraktiviti, masa untuk makan tengahari pula. Alhamdulillah. Tak perlu fikir nak makan apa dan dimana. Shaklee uruskan semua. Kami makan duluuu :))

Sampai-sampai je terus dihidangkan dengan air kelapa. Buat penghilang dahaga sementara menunggu makanan di hidangkan.

 

Pakat-pakat lapar. Tak tunggu dah hidangan yang lain. Banyak sebenarnya menu. 7-8 hidangan kalau tak silap

 

Selepas lunch, kami dibawa ke Langkawi Cable Car, Sky Bridge dan 3D Art Museum.

Pemandangan dari Cable Car

 

Bersama suami tersayang ๐Ÿ˜‰

 

Jika anda ke sini bersama suami/isteri, jangan lupa abadikan kenangan disini. Kuncinya? kami campak buang ke bawah. selamanya ia disitu selagi tak runtuh lah. hehehe

 

Atas Sky Bridge. Memang terasa bergoyang-goyang sekali sekala. Ada lantai kaca. Boleh tengok ke bawah. Kalau gayat, tak payah cari pasal ok?

 

Bersama team Supermom ๐Ÿ˜‰

 

Ni di luar 3D Art Museum

 

Antara gambar kami di 3D art Museum

Petang tu, sambung shopping. Sampai ke malam. Itu je masa yang ada untuk kami pergi membeli sedikit coklat sebagai buah tangan untuk di bawa balik. Anak-anak memang suka sangat dengan coklat. hihi.

Shopping..!

 

Surprise Dari Shaklee. 2 malam, dapat 2 souvenirs setiap orang.

 

Hari Ketiga : Selamat Tinggal Langkawi

Hari ini hari terakhir kami di sini. Kejap sangat masa berlalu. Tak puas rasanya. Sementara menunggu masa untuk Check Up, kami memilih untuk berjalan-jalan di sekitar The Westin dan di tepi pantai. Ini je masa terluang yang ada. Pack sangat aktiviti Shaklee ni.

Pemandangan dari Cafe @ The Westin

 

Pemandangan pagi-pagi di tepi pantai. Bersih dan mendamaikan

 

Swimming Pool @ The Westin

 

Tepi pantai @ The Westin. Sempat lagi layan whatsapp dari customer dan downline Shaklee :))

 

The Westin ada Villa. Kami lalu tengok. Bestnya. Nanti nak kembali dan nak duduk di situ. Berapa agak-agaknya kos penginapan di The Westin Villa kalau bilik je pun dah cecah RM1000/malam?

 

Ehh.. apa ni? Sesi mentoring uols. Jangan terkejut. Saya sempat join sesi mentoring dari Master Norita, my super duper upline dalam Shaklee ni. Sekejap je pun. Mendengar amanat dan kata-kata nasihat dari beliau. dan planning untuk masa depan.

So, sudah sampai masanya untuk kami meninggalkan Pulau Langkawi. Semoga suatu hari nanti kami akan ada rezeki untuk kembali ke sini. Dengan anak-anak pula. Insya Allah…

Baca Juga :  Adibah Noor Setulus Rasa Tersentuh Di National Conference Shaklee 2016
Baru lepas check-in flight. Sementara nak sampai masa penerbangan, lepak-lepas di Starbuck sebentar.

 

Cop.. buat apa disini?? Inikan Home Office Shaklee di Bandar Sunway, Selangor?

 

Saya luangkan masa berjumpa anak didik untuk sesi mentoring sekejap. dalam 30 minit – 1 jam macam tu.

Bagaimana Boleh Bercuti Secara Percuma

Trip percuma ini ditawarkan oleh Shaklee kepada semua pengedar sah Shaklee dengan syarat tertentu. Reward ini diberikan atas prestasi pengedar untuk 1 cycle (setahun). Setiap tahun ke tempat yang berbeza.

Pada tahun 2017 ini, terdapat 3 destinasi yang para pengedar Shaklee boleh pilih.

  • Cruise Penang – Krabi – Phuket
  • Jepun
  • Umrah

Reward ini untuk pencapaian kami pada cycle 2016/2017 yang lepas. Insya Allah saya akan mengikuti trip ke Jepun pada bulan May tahun ini. Tak sabar rasanya. Nanti saya kongsikan dengan anda pengalaman di sana.

Anda Mahu Percutian Percuma Juga Tak?

Jika anda pernah mengambil Shaklee dan sudah jatuh hati dengan produk-produk Shaklee yang TERBUKTI benar-benar berkesan dan TERBUKTI selamat, sertai kami untuk menyebarkan kebaikan Shaklee. Pengedar Shaklee yang aktif dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, akan ditawarkan Percutian Bertaraf 5 Bintang Secara Percuma.

Untuk makluman anda, cycle Shaklee akan bermula pada April 2017. Detik ini adalah masa terbaik untuk anda mula membina kerjaya dan empayar bisnes Shaklee anda. Bimbingan akan diberikan oleh kami. Insya Allah. Apa yang anda perlukan hanyalah, BERMULA dari sekarang untuk BUILT TO LAST empayar bisnes anda.

Owh.. by the way.. Shaklee dah umumkan destinasi untuk tahun hadapan tau.. Juga terdapat 3 pilihan :

  • Bangkok
  • Mediterranean Cruise
  • Umrah

Ingin menjadi sebahagian daripada team kami? Team kami berada di seluruh Malaysia. Tidak kira dimana pun anda berada, tiada masalah untuk sesi mentoring dan coaching. Sesi mentoring disediakan secara online dan offline.

Hubungi saya segera. Lagi cepat anda bermula, lagi cepat empayar anda berkembang, lebih cepat anda menjana pendapatan dengan Shaklee. Lebih cerah peluang anda untuk mengikuti trip2 dengan Shaklee pada tahun hadapan

– Hubungi –

Shaklee Business Leader & Mentor

Master Norhanita Mohd Yusof

Whatsapp : 0194771733

Facebook Comments:
Pengalaman Bercuti Di Langkawi Secara Percuma

2 thoughts on “Pengalaman Bercuti Di Langkawi Secara Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.