Setahun yang lalu, saya telah di hubungi oleh seorang wanita yang suaminya penghidap penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP).
Pada masa itu, ITP merupakan penyakit yang sangat asing kepada saya kerana semasa saya ke rumah beliau untuk menghantarkan vivix, baru saya tahu bagaimana ITP tu sebenarnya.
Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) adalah sejenis kecelaruan kepada sistem tubuh yang boleh menyebabkan pendarahan dan lebam yang berlebihan.
Pendarahan yang berlebihan berlaku kerana keadaan platelet yang sangat-sangat rendah. Untuk makluman anda, platelet merupakan sel yang membantu proses pembekuan darah.
ITP yang juga dikenali sebagai Imun Thrombocytopenic Purpura boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia termasuklah golongan kanak-kanak dan golongan dewasa.
Namun begitu, terdapat 2 faktor yang meningkatkan risiko untuk terkena ITP iaitu :
Biasanya kanak-kanak yang terkena ITP akibat jangkitan virus, akan pulih semula tanpa rawatan. Namun, berbeza bagi orang dewasa, masalah kecelaruan sistem tubuh akan menjadi lebih kronik.
Rawatan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura bergantung kepada simptom-simpton yang anda hadapi, kiraan platelet dan umur anda.
Andaikata anda tidak mempunyai tanda-tanda pendarahan dan kiraan platelet tidak terlalu rendah, rawatan untuk ITP biasanya tidak perlu.
Jika kes anda lebih serius, anda akan dirawat dengan ubat-ubatan. Jika anda dalam keadaan kritikal, pembedahan mungkin akan dilakukan.
ITP mungkin tidak mempunyai simptom-simptom tertentu. Namun apa yang boleh diperhatikan adalah :
Jika anda atau anak anda mempunyai pendarahan yang tidak normal, lebam, bintik-bintik merah-ungu, saya menyarankan anda untuk berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anda seorang wanita yang semakin meningkat usia dan mempunyai pendarahan haid yang agak luar biasa banyaknya, anda juga perlu mendapatkan nasihat dari doktor perubatan.
Ini kerana ia mungkin boleh menjadi tanda anda menghidap ITP.
Punca sebenar ITP tidak diketahui. Kerana itulah ia dirujuk sebagai idiopathic yang bermaksud “sebab yang tidak diketahui”.
Namun begitu, apa yang kita tahu, bagi individu yang menghidap ITP, sistem imun mereka tidak berfungsi dengan baik dan ia akan mula menyerang platelet seolah-olah mereka adalah bendasing.
Antibodi yang dihasilkan oleh imun sistem anda akan menempel pada platelet, memberi tanda yang ia perlu dimusnahkan. Limpa yang membantu tubuh melawan jangkitan akan mengiktiraf antibodi dan akan mula membuang platelet dari sistem tubuh anda.
Kesilapan yang dilakukan oleh antibodi dan limpa akan menyebabkan bilangan platelet yang berada dalam darah menjadi lebih rendah daripada biasa. Kiraan platelet normal sepatutnya melebihi 150,000 platelet bagi setiap microliter darah.
Individu yang menghidapi ITP biasanya mempunyai platelet dibawah 20,000. Jika platelet anda jatuh di bawah 10,000 setiap mikroliter, pendarahan dalaman boleh terjadi walaupun tanpa apa-apa kecederaan.
Komplikasi terbesar ITP adalah pendarahan terutamanya pendarahan ke dalam otak yang boleh membawa maut. Namun, ia adalah sangat jarang berlaku.
Selain itu, komplikasi lain biasanya terjadi berpunca daripada rawatan yang diterima terutama untuk kes ITP kronik.
Rawatan utama ITP kronik adalah menggunakan kortikosteroid. Ia digunakan bagi membantu mengurangkan serangan sistem imun pada platelet.
Namun begitu, penggunaan kotikosteroid untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk kehilangan kepadatan tulang (osteoporosis), katarak dan tahap gula dalam darah yang tinggi yang boleh berakhir dengan diabetes jenis 2.
Andaikata kortikosteroid tidak berkesan, pembuangan limpa akan dilakukan untuk membantu mencegah kehilangan platelet.
Walaubagaimanapun, pembuangan limpa juga akan membuatkan anda kekal lebih terdedah kepada jangkitan.Namun begitu, risiko untuk mendapat jangkitan setelah pembuangan limpa adalah renda jika anda seorang yang sihat.
Jika anda merupakan pengidap ITP, saya ingin berkongsi dengan anda langkah berjaga-jaga yang anda perlu tahu :
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Bahaya juga ITP ni.. kalau penyakit auto-immune bermakna memang tak boleh sembuh kan, cuma boleh dikontrol?
Salam Jaja. Boleh sembuh atau tidak itu adalah ketentuan Allah secara mutlaknya. Apapun, usaha & ikhtiar kita mungkin boleh membantu mengawalnya.
vivix boleh control itp ni...
Salam Puan Salmah. Inshaa Allah, Vivix hanya membantu sebagai suplemen tambahan dan bukannya ubat. Fungsi resveratrol di dalam Vivix sangat membantu dalam memperbaiki fungsi sel darah.