Asma merupakan penyakit keradangan kronik yang terjadi pada saluran pernafasan. Jika anda mempunyai asma atau mengenali sesiapa sahaja yang mempunyai asma, anda mesti tahu betapa seriusnya penyakit ini.

Asma biasanya membuatkan penderitanya mengalami kesukaran untuk bernafas. Ada pelbagai penyebab asma. Saya akan kupaskan 6 penyebab asma dan cara mengatasinya di dalam artikel ini.

Jika anda salah seorang pengidap asma, anda mungkin sudah tahu penyebab mengapa anda mempunyai penyakit asma.

Cara Atasi dan Merawat Asma

Bagaimana Asma Boleh Terjadi

Asma terjadi apabila sistem imunisasi bertindakbalas secara keterlaluan terhadap faktor-faktor tertentu dan menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan, menyempitkan otot di sekitar saluran pernafasan di bronkiol, dan merangsang sel-sel di sekitar saluran pernafasan untuk menghasilkan mukus (lendir). Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan “wheezing”, batuk, dada terasa ketat, dan kesukaran bernafas.

penyebab asma dan cara mengatasinya.jpg

6 Faktor Punca Penyebab Asma

#1 – Faktor Genetik

Asma boleh disebabkan oleh keturunan. Ia boleh “diturunkan” oleh generasi sebelumnya ke generasi lebih muda. Kebiasaannya, mereka yang mendapat asma disebabkan oleh keturunan biasanya mempunyai gejala yang mirip dengan pengidap sebelumnya. Asma yang diwarisi dari keturunan ini lebih sukar untuk diatasi dan hanya dapat dikurangkan sahaja gejala-gejalanya secara bertahap.

penyebab asma dan cara mengatasinya

#2 – Faktor Keadaan Saluran Pernafasan

Seperti yang saya nyatakan di atas, asma terjadi apabila saluran pernafasan seseorang itu mengalami iritasi yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin sempit dan seterusnya menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Ada individu yang mempunyai saluran pernafasan yang sangat sensitif sehingga keradangan sangat mudah terjadi. Golongan ini sangat mudah diserang asma.penyebab astma dan cara mengatasinya

#3 – Faktor Persekitaran

Menetap di kawasan yang tinggi pencemaran udara boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan sesak nafas boleh terjadi. Di antara punca asma yang disebabkan oleh persekitaran adalah :-

  1. Debu
    • Debu terdapat dimana-mana sahaja di dalam rumah anda. Ia merupakan salah satu penyebab gejala asma yang paling banyak dikenalpasti.

  2. Kutu Hama
    • Hama juga sebenarnya boleh menyebabkan terjadinya asma. Ia boleh terdapat di mana-mana termasuk di dalam kasut anda. Jika anda mengetahui terdapatnya kutu hama di mana-mana bahagian rumah anda, ia perlu dibasmi dan dibersihkan.

  3. Cuaca
    • Keadaan udara dan cuaca yang tidak menentu dan perubahan yang ekstrem seperti cuaca menjadi terlalu dingin, terlalu panas atau perubahan cuaca dari dingin ke panas secara cepat dan mengejut boleh memburukkan lagi keadaan asma anda.

  4. Cendawan
    • Cendawan mempunyai spora-spora kecil yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Apabila spora memasuki saluran pernafasan, keradangan saluran pernafasan boleh berlaku. Selain itu, beberapa jenis cendawan itu sendiri memang tidak baik untuk penderita asma kerana mengandungi racun.

  5. Alergi Makanan
    • Di antara makanan yang boleh menimbulkan keradangan kepada pasakit asma adalah makanan berasaskan kekacang.

  6. Bulu
    • Bulu seperti bulu  haiwan atau bulu dari karpet juga boleh menimbulkan keradangan kepada saluran pernafasan pesakit asma.

  7. Bahan Perengsa
    • Di antara bahan perengsa adalah minyak wangi, ubat nyamuk, asap rokok, bahan pencuci rumah

Punca Penyebab Asthma

 

#4 – Faktor Kesihatan

Keadaan kesihatan seseorang boleh menyumbang kepada terjadinya asma. Di antaranya :-

  • Bronkitis : Penyakit yang menyerang paru-paru. Secara automatik saluran pernafasan juga akan terganggu.

  • Kelahiran tidak cukup bulan : Bayi yang lahir tidak cukup bulan biasanya mempunyai fungsi pernafasan yang kurang sempurna sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan. Hal ini akan mempengaruhi kemampuan saluran pernafasan bayi dikemudian hari.

  • Ibu hamil perokok : ibu yang sedang hamil dan dalam masa yang sama merupakan seorang perokok boleh menyebabkan bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk memiliki asma.

  • Ubat-ubatan : Beberapa jenis ubat-ubatan boleh mencetuskan gejala asma. Di antaranya adalah painkiller atau penghilang rasa sakit dan ubat-ubatan terlarang dan berbahaya yang dapat mempengaruhi keadaan saluran pernafasan

penyebab asma dan cara mengatasinya

#5 – Faktor Stress

Stress memang terbukti dapat mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang. Stress yang keterlaluan juga boleh menyebabkan  gangguan kesihatan termasuklah terjadinya sesak nafas.

penyebab asma dan cara mengatasinya

#6 – Faktor Senaman Berlebihan

Beriadah memang sangat baik untuk kesihatan kita. Namun, bagi penderita asma, aktiviti riadah yang berat dan keterlaluan adalah sangat tidak disarankan. Ia boleh mengganggu kemampuan pernafasan dan seterusnya menimbulkan gejala sesak nafas.

Cara Mengatasi Asma Dengan Resveratrol

Tumpuan utama di dalam mengurus asma adalah dengan mengawal keradangan pada salur pernafasan. Di antara sumber yang sangat bagus dalam membantu mengawal dan mengatasi masalah asma adalah resveratrol.

Resveratrol merupakan polifenol yang boleh diperolehi daripada kulit buah yang berwarna merah. Buah-buahan yang mengandungi resveratrol termasuklah anggur. Kajian mendapati bahawa resveratrol mempunyai peranan penting dalam membantu pesakit asma.

Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan simptom asma dengan cara mengawal selia tindakbalas sistem imun dan mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan.

Sumber : Anti-inflammatory and anti-asthmatic effects of resveratrol

Vivix Sumber Resveratrol Terbaik

vivix shaklee bantu penyembuhan sel dan dnaVivix merupakan sumber terbaik resveratrol berbanding produk lain di pasaran. Menurut Dr Stephen Chaney, seorang professor bidang biokimia dan nutrisi di University of North Carolina Chaper Hill, beliau mendapati ada 2 faktor mengapa Vivix Shaklee merupakan sumber resveratrol terbaik. Untuk makluman Dr. Chaney telah menulis lebih 80 saintifik jurnal dan jurnal perubatan. Beliau juga mengajar bidang nutrisi kepada pelajar perubatan.

Faktor (1): Potensi dan ketulenan

Vivix Shaklee mempunyai potensi dan ketulenan yang lebih tinggi berbanding produk suplemen berasaskan resveratrol yang terdapat di pasaran.

Kajian daripada Universiti Havard telah mengejutkan ramai penyelidik di dalam komuniti resveratrol. Mereka menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa pengambilan resveratrol mengikut keperluan telah memberikan manfaat melebihi apa yang mereka jangkakan.

  • Banyak suplemen resveratrol yang terdapat di pasaran tidak mempunyai cukup potensi untuk memberikan kesan yang ketara
  • Bagi suplemen yang mempunyai cukup potensi, mereka tidak cukup tulen. Mereka mendapati, terdapat bahan cemar semulajadi dalam penyediaan resveratrol, yang memberikan kesan julap kepada pengambilnya. Ketulenan resveratrol mestilah melebihi 98%. Jika ketulenannya kurang daripada nilai itu, pengguna akan mendapati kesan sampingan yang mereka terima akan melebihi kesan baik yang mereka harapkan.
Faktor (2) : Gabungan polifenol dan resveratrol

Shaklee menggabungkan polifenol daripada anggur muscadine kepada resveratrol yang telah ditulenkan. Gabungan polifenol dan resveratrol terbukti memberi kesan 10 kali ganda lebih baik berbanding suplemen dengan resveratrol sahaja.

Sebagai contoh, polifenol tinggi elagik asid. Elagik asid menghalang kehadiran enzim yang menyebabkan pembentukan “advanced glycation end products (AGE protein), salah satu daripada empat mechanisme penuaan selular. Resveratrol tidak mempunyai kesan keatas enzim ini, tetapi menyekat  tiga lagi mekanisme penuaan selular yang lain.

Kajian menunjukkan asid elagik bermanfaat untuk menghalang kanser “gastrointestinal” iaitu kanser yang berkaitan sistem penghadaman, manakala vivix shaklee yang mempunyai gabungan resveratrol dan gabungan polifenol yang lain termasuk elagik asid mampu menghalang pelbagai jenis tumor.

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah dengan menambah gabungan polifenol yang mengandungi elagik asid dan polifenol lain daripada anggur muscadine kedalam resveratrol berketulenan tinggi dan berprestasi tinggi.

Shaklee telah berjaya menghasilkan produk yang terbukti unggul berbanding produk yang hanya mempunyai semata-mata resveratrol atau gabungan polifenol sahaja.

Ia bukanlah seperti kiraan satu tambah satu, tetapi ia merupakan gabungan sinergi perlindungan polifenol yang mampu memberikan perlindungan yang lebih berbanding kehadiran kedua-duanya secara berasingan.

 

Testimoni Pengguna Vivix

penyebab asma dan cara mengatasinya

penyebab asma dan cara mengatasinya

penyebab asma dan cara mengatasinya

 

Syukur alhamdulillah, Inhaler bukan rakan baik mereka lagi. Mereka telah dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih baik berbanding keadaan mereka sebelum mengambil vivix dan suplemen Shaklee yang lain.

Dapatkan vivix Shaklee untuk membantu mengawal masalah asma anda. Pembelian dengan kami melayakkan anda untuk mendapat eksklusif konsultasi berterusan.

Hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
6 Punca Penyebab Asma Dan Cara Mengatasinya
Tagged on:                                     

Leave a Reply

Your email address will not be published.