Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan dan minuman yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih muih dan teh tarik.

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan?

Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.

Kesan Keputihan Melampau

Terdapat cara tambahan untuk mencegah keputihan wanita. Antaranya;

  • Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.
  • Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.
  • Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.
  • Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.
  • Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.
Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila berjumpa dengan Dr anda.

Selain itu, Alfalfa dan bawang putih (garlic) boleh membantu anda atasi masalah keputihan. Terutama yang gatal, berwarna dan berbau.

Info : Alfalfa Complex tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Ia juga tidak digalakkan untuk wanita hamil

 

Alfalfa Complex

Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

Facebook Comments:
Penyebab Keputihan Dan Cara Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.