Jika anda di diagnosis mempunyai cyst, fibroid atau polyps, adakah anda tahu yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang boleh menjadi kanser uterus(rahim), kanser serviks atau kanser ovari?

Tahukah anda perbezaan antara cyst dan fibroid serta perbezaan kedua-duanya dengan polyps?

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti ketumbuhan seperti fibroid, polyps dan cysts yang bertujuan untuk melindungi kita daripada serangan kanser.

Bagaimana kita tahu apakah maksudnya setiap ketumbuhan dan yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang kita perlu risau.

Untuk memahaminya, kita perlu tahu perbezaan antara polyps dan cyst dan bagaimana ketumbuhan ini berbeza daripada fibroid.

Ini kerana tidak semua ketumbuhan boleh bertukar menjadi kanser dan sesetengahnya boleh juga menjadi kanser jika tidak dikesan  dan tidak dirawat.

Baca Juga :  9 Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Berkesan Ketika Datang Bulan

Beza Cyst, Fibroid dan Polyps

Apa itu Fibroid?

Adakah Fibroid Di Uterus (Uterus Fibroid) Sejenis Kanser?

Fibroid biasanya boleh berkembang di dalam tisu rahim. Ia dikenali sebagai leiomyomas atau myomas.

Ketumbuhan ini boleh jadi berbeza-beza  dari segi  bentuk, saiz dan kedudukan kerana ia boleh di dapati  di luar atau jauh ke dalam tisu rahim.

Walaupun semua wanita mempunyai risiko untuk mendapat fibroid, namun wanita berusia di antara 30-40 tahun merupakan golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi.

Fibroid sukar untuk dirasai kewujudanya pada awalnya.

Mungkin setelah imbasan doktor ketika hamil atau muncul simptom-simptom tertentu, barulah kita sedar ia telah wujud dalam tubuh.

Antara tanda-tanda fibroid atau simptom yang mungkin menunjukkan kehadiran uterus fibroid termasuklah:

  1. Mengalami perubahan keadaan haid yang teruk atau tempoh haid yang panjang
  2. Berlaku pendarahan ketika haid yang banyak beserta darah beku
  3. Mengalami masalah senggugut teruk ketika haid
  4. Rasa sakit belakang pada bahagian tulang pinggul atau selvik
  5. Pembesaran abdomen di kawasan bawah perut yang disangka mengandung atau perut buncit
  6. Gangguan masalah kesuburan
  7. Masalah pembuangan air kecil – tekanan pada pundi kencing menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap atau masalah lemah kawalan kencing
  8. Masalah pembuangan air besar – tekanan pada usus besar menyebabkan rasa sakit, sembelit atau kembung.
  9. Rasa sakit ketika hubungan kelamin.

Justeru, jika mengalami simptom-simptom di atas, wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera supaya kewujudan fibroid boleh dikenalpasti dan langkah mengatasi boleh diambil lebih awal.

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau “benign” iaitu bukan sejenis kanser.

Namun begitu, jika ia menunjukkan simptom semakin kronik seperti pertambahan saiz dan pertumbuhan yang ketara, maka ia perlu dibuang secepat mungkin.

Kebiasaanya terapi hormon digunakan manakala untuk kes yang lebih berat, pembedahan mungkin merupakan pilihan terakhir.

Nota Penting : Tidak semua pembedahan membuang uterus fibroid menyebabkan wanita akan kehilangan keupayaan untuk mengandung. Kerana ia sebolehnya tidak perlu melibatkan pembuangan rahim.

Jenis-jenis Fibroid

Baca Juga :  Cara Menghilangkan Senggugut Dengan Cepat Tanpa Pain Killer

Bolehkah Polyps Di Uterus (Uterus Polyp) Menjadi Kanser?

Polyps merupakan pertumbuhan abnormal tisu sel yang boleh dijumpai dimana-mana organ badan yang mempunyai salur darah. Ia biasanya dijumpai di kolon, hidung dan uterus.

Namun, kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang polyps di uterus sahaja.

Simptom atau tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan berklakunya uterus polyps ialah:

  1. Mengalami haid tidak teratur yang berbeza-beza dari segi tempoh dan berat pendarahan
  2. Spotting (pendarahan ringan pada vagina) antara dua waktu haid
  3. Masalah ketidaksuburan
  4. Pendarahan vagina selepas fasa menopous

Polyps di uterus adalah ketumbuhan yang tumbuh di lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium.

Ia juga boleh menolak dirinya ke dalam rongga dalaman rahim dan boleh juga ditemui tumbuh dalam lapisan serviks.

Tidak seperti fibroid, polyps merupakan ketumbuhan malignan iaitu berbahaya dan boleh bertukar menjadi kanser.

Tetapi ia jarang berlaku dan risikonya lebih kepada wanita yang lebih berusia atau wanita yang sudah menopous.

Uterus fibroid dan uterus polyps sukar untuk dibezakan.

Keduanya kelihatan sama dalam ujian pengimejan dan kedua-duanya boleh menyebabkan  simptom yang sama seperti pendarahan haid yang teruk, kekejangan dan sakit perut.

Oleh itu, untuk menentukan sifat malignan atau benign polyps, doktor perlu mengambil sampel dan menghantar sampel tersebut kepada pakar patologi untuk ujian lanjut.

Jika polyps benign menyebabkan kesakitan atau jika polyps anda jenis malignan, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan ini.

Uterus Polyps

Ciri-ciri Uterus Fibroid Uterus Polyps
Komposisi & Tekstur Terbentuk daripada tisu pejal atau tisu fiber. Pertumbuhannya berlaku antara lapisan otot nipis dalam uterus. Terbentuk daripada sel tisu endometrium. Pertumbuhan berlaku di lapisan luar bahagian dalam dinding uterus.
Penyusutan Fibroid tidak menyusut. Mungkin akan mengecut sendiri selepas menopous. Polyps boleh menyusut pada mana-mana tahap pertumbuhannya.
Saiz Pelbagai saiz dari sebesar kutil sehingga sebesar sebiji buah tembikai! Biasanya bersaiz kecil seperti butiran bijan sehingga sebesar bola golf.
Kaedah Rawatan Terdapat dua kaedah iaitu tanpa pembedahan seperti rawatan hormon, UFE & MR Focused Ultrasound. Kaedah kedua adalah pembedahan seperti miomektomi laparoskopi & histeroskopi. Pembedahan histeroskopi lebih berkesan membuang polyps.

Apa itu Cyst? Adakah Ovarian Cyst Merupakan Tanda-tanda Kanser?

Secara umumnya, seperti polyps, cyst juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita.

Kita biasa mendengar kehadiran cyst pada ovari, namun sebenarnya cyst boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita termasuk di permukaan kulit.

Namun, untuk artikel kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang ovarian cyst.

Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya).

Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst.

Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita.

Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.

Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid.

Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain

Ia juga boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.

Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).Ovarian Cyst

Baca Juga :  Rawatan Cyst Dan Fibroid Secara Alternatif Tanpa Ubat

Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Walaupun fibroid, polyps dan cyst berpotensi untuk menyebabkan anda mengalami kesakitan yang serius, majoriti ketumbuhan ini masih boleh dirawat dengan mudah sebelum mereka berkembang menjadi tumor kanser.

Segeralah mengunjungi klinik berhampiran anda untuk pemeriksaan lanjut jika anda mengalami simptom-simptom yang saya nyatakan seperti di atas.

Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda dan anda dapat memahami perbezaan antara cyst dan fibroid serta polyps.

 

Facebook Comments:
Perbezaan Antara Cyst Dan Fibroid Serta Polyps. Adakah Ia Boleh Menyebabkan Kanser?

8 thoughts on “Perbezaan Antara Cyst Dan Fibroid Serta Polyps. Adakah Ia Boleh Menyebabkan Kanser?

  • April 1, 2017 at 6:19 pm
    Permalink

    Terima kasih , penerangan sangat membantu..

    Reply
  • November 28, 2017 at 6:04 am
    Permalink

    Sangat membantu
    Saya baru minor operation buang cyst 4.8cm di ovari dan polyps di rahim smlm

    Reply
    • November 28, 2017 at 11:32 pm
      Permalink

      Alhamdulillah. Semoga Cik/Puan Nurul dikembalikan kesihatan hendaknya.

      Fibroid, Cyst & Polyps boleh hidup dan membesar dalam tubuh tanpa kita sedari. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa & hidup kita sendiri.

      Reply
  • January 12, 2018 at 11:03 pm
    Permalink

    5hb2 2018 sy akan menjalani operation utk buang ovarian cyst utk kali ke2..kali pertama pd ogos2017
    Operation Cyst pecah..dlm masa x smpi 6 bulan ovarian cyst sy telah besar 6cm..
    Moga saya selamat menjalani operation kali ke2..
    Tak smpi 1 bulan je lg..Alkah hu Akbar

    Reply
    • January 12, 2018 at 11:45 pm
      Permalink

      Salam Puan Fazila. Subhanallah ujian cyst memang sukar untuk dihadapi, apatah agi jika ia berulang buat kali kedua. Semoga puan tabah dan sabar atas ujian yang dihadapi. Kami warga yourfabulousmama mendoakan puan berjaya menjalani prosedur pembedahan dan kembali sihat nanti.

      Cyst boleh berisiko untuk tumbuh kembali sama ada di tempat yang sama atau berlainan. Faktor pemakanan, masalah hormon tidak stabil dan cyst lama yang masih ada antara punca ia menjadi twisted cyst.

      Puan boleh mencuba kaedah nutrisi suplemen untuk mencegah pembentukan sel-sel abnormal yang menyebabkan kemunculan cyst. Ramai yang telah mencuba Vivix dan GLA Complex untuk membantu mengecutkan dan mengawal masalah cyst mereka. Alhamdulillah ramai yang berjaya.

      Jika puan berminat, hubungi saya di 019 477 1733 untuk konsultasi, testimoni dan bantuan segera. Terima kasih.

      Reply
      • April 9, 2018 at 5:38 pm
        Permalink

        Berapa harga ubat ini dan dimana lokasi nya

        Reply
        • April 10, 2018 at 12:00 pm
          Permalink

          Salam Tuan Rosli. Eksklusif untuk tuan, dapatkan konsultasi sebelum pembelian dengan kami. Untuk info lanjut dan order, hubungi kami di http://yourfabulousmama.wasap.my/

          Boleh pilih C.O.D di lokasi berdekatan kami atau penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.