Ada sesetengah ibu bapa yang terlepas pandang tentang manfaat susu ibu. Mereka berasakan bahawa susu ibu atau susu formula adalah sama sahaja.

Sebenarnya, susu ibu dan susu formula mempunyai beberapa perbezaan. Jika anda sedang berkira-kira untuk memberikan susu formula kepada bayi, apa kata anda baca dulu info dibawah.

Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula

(1) Lemak

Susu ibu : Kaya dengan DHA & AA. Kandungannya berubah-ubah mengikut keperluan bayi. Kaya kolesterol. Hampir mudah dihadam oleh bayi. Mengandungi enzim lemak (lipase) yang penting untuk pencernaan.

Susu formula : Mengandungi DHA yang bukan semulajadi. Kandungan lemak yang tetap tidak mengikut keperluan semasa bayi. Tiada kolesterol, sukar dihadam. Tiada lipase.

(2) Protein

Susu ibu : Lembut, dadih susunya mudah dihadam. Kandungan protein lebih tinggi dikalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang. Mengandungi lactoferrin yang penting untuk kesihatan usus dan antimikrobial lysozyme. Kaya dengan komponen protein pembina otak dan tubuh. Kaya dengan faktor pertumbuhan dan mengandungi protein yang memudahkan bayi untuk tidur lena.

Susu formula : Mengandungi dadih kasein yang sukar dihadam. Protein yang diambil tidak dapat diserap sepenuhnya oleh bayi. Tiada atau hanya mengandungi sedikit sahaja lactoferrin. Tidak mengandungi lysozyme. Kurang protein pembina otak dan tubuh. Kurang faktor pertumbuhan. Tidak mengandungi banyak protein pencetus tidur.

Nota : Bayi tidak alah kepada protein susu ibu. Bayi dilahirkan dengan fungsi buah pinggang dan hati yang belum cukup matang. Jadi, mereka tidak mampu memproses protein dengan kandungan yang tinggi. Otak bayi akan menggandakan beratnya sehingga 3x dalam tempoh 2 tahun untuk mencapai 80% saiz sebenar. Susu ibu rendah protein tetapi tinggi laktosa yang amat diperlukan untuk perkembangan otak yang sempurna.

Sedikit ingatan buat ibu dan bapa yang telah membuat keputusan untuk memberikan susu formula kepada bayi anda. Dapatkan nasihat dan saranan dari Doktor anda terlebih dahulu.

Bayi anda mungkin mempunyai alahan terhadap protein yang terkandung di dalam susu formula.

(3) Karbohidrat

Susu ibu : Kaya laktosa. Kaya oligosaccharides yang penting untuk kesihatan usus bayi.

Baca Juga :  Masalah Puting Tenggelam Menyukarkan Bayi Menyusu Susu Badan

Susu formula : Sesetengah susu formula tidak mengandungi laktosa. Mengandungi kurang oligosaccharides.

nota : Laktosa penting untuk perkembangan otak. Otak bayi berkembang pesat dalam tempoh 2 tahun pertama selepas kelahirannya.

(4) Penggalak Sistem Imun

Susu ibu : Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang hidup. Sejuta sel darah putih terhasil bagi setiap penyusuan. Ia juga kaya dengan immunoglobin

Susu formula :Tidak mengandungi sel darah putih atau sel yang lain. Hanya mengandungi sedikit immunoglobin dan kebanyakannya adalah jenis yang salah.

Nota : Apabila ibu terdedah kepada kuman, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap kuman tersebut. Antibodi ini akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Bayi akan dilindungi dari kuman tersebut.

(5) Vitamin & Mineral

Susu ibu : vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu ibu lebih mudah diserap terutamanya zat besi (sehingga 50-75%), zinc dan kalsium. Mengandungi lebih selenium iaitu sejenis antioksidan.

Susu formula : vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu formula tidak mudah diserap oleh bayi. Kandungan zat besi yang diserap adalah dalam kadar 5-10% sahaja. Mengandungi sedikit sahaja selenium.

Nota : Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam susu ibu mempunyai bioavailability yang tinggi. Peratusannya untuk doserap ke dalam tubuh bayi juga amat baik. Susu formula pula ditambah dengan pelbagai vitamin dan mineral sehingga menjadikannya sukar dihadam oleh bayi.

(6) Enzim, Hormon dan Modulator Pertumbuhan

Susu ibu :Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amilase. Kaya dengan hormon yang penting untuk tubuh seperti hormon tiroid, prolaktin, oksitoksin dan lain-lain lagi. Mengandungi modulator pertumbuhan yang membantu perkembangan sel. Rasa berubah-ubah mengikut diet ibu.

Susu formula : Tidak mengandungi enzim pencernaan dan hormon. Pemprosesan susu formula membunuh kedua-duanya. Mempunyai rasa yang sama.

Nota : Enzim pencernaan penting untuk usus yang sihat. Hormon pula menyumbang kepada keseimbangan biokimia keseluruhan kesihatan bayi. Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada apa yang ibu makan. Ia memberikan pendedahan awal rasa makanan kepada bayi. Jadi, bayi mempunyai selera makan yang lebih baik berbanding bayi yang diberi minum susu formula.

(7) Gula

Susu ibu : Jenis gula yang terdapat dalam susu ibu bertanggungjawab dalam mewujudkan keasidan dalam salur usus bayi agar bakteria jahat tidak membiak di dalamnya.

Baca Juga :  4 Rahsia Penting Menyusu Bayi Di Bulan Puasa

Susu formula : Keberkesanan dalam melindungi usus bayi dari bakteria jahat hanya separuh berbanding gula dalam susu ibu.

Gambaran Susu Ibu dan Susu Formula Di Bawah Mikroskop

Titisan susu formula jika dilihat di bawah mikroskop tidak akan kelihatan apa-apa. Berbeza dengan titisan susu ibu, kita akan dapat melihat dengan jelas sel-sel darah putih hidup yang memberikan perlindungan terhadap jangkitan serta globul lemak yang membantu perkembangan mata dan otak bayi.

Susu ibu mempunyai banyak kelebihan untuk keperluan bayi berbanding dengan susu formula yang terdapat di pasaran. Jika anda mempunyai kemampuan untuk memberikan susu ibu kepada bayi, berikan sehingga mereka berusia 2 tahun. Dapatkan sokongan orang sekeliling terutama sokongan dari suami.

Saya doakan perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif dipermudahkan sehingga 2 tahun. Jika anda berasakan tubuh letih, sering stress, susu merudum, penghasilan susu lambat, mudah jatuh sakit, anda mungkin perlukan Set Penyusuan Shaklee : Manfaat Kepada Ibu Dan Anak ini. Saya telah mengambil Set ini sejak 6 tahun yang lalu bermula dari anak ke-2.

 

Ikhlas,

Norhanita ~ Penyokong Penyusuan Susu Ibu.

Facebook Comments:
Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Yang Ibu Wajib Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.