Kerja yang dilakukan biasa-biasa sahaja, tetapi letihnya MashaAllah sungguh terasa. Jam masih awal pagi lagi.
Rasa berat nak sambung kerja, kalau boleh nak baring atas bantal, tidur dan releks sekejap pun jadilah.
Kebiasaannya, apakah punca badan kita cepat penat dan letih lesu ini ya?
Kita mesti biasa mengalami situasi ini. Ia seperti keletihan yang diluar jangkaan di suatu masa yang sepatutnya kita tidak letih secara normalnya.
Kebiasaan berlaku ketika di awal pagi, ketika ingin memulakan kerja atau ketika bermesyuarat atau sebagainya.
Keadaan ini menyebabkan kita menjadi tidak produktif dan perlukan rehat yang sebenar-benarnya. Sebelum itu, mari kita selidik sedikit apa punca-punca penyebab keletihan jenis ini.
Apakah punca utama yang menyebabkan kita tiba-tiba berasa cepat penat dan letih lesu dalam satu-satu masa?
6 punca badan letih dan lesu berikut, mungkin salah satunya menjawab persoalan ini:
Duduk dalam satu posisi bagi satu tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kita kehilangan tenaga. Contohnya ketika menonton televisyen, melayari internet di komputer atau yang seumpama dengannya.
Dalam keadaan ini, tubuh menganggap duduk diam dan tidak bergerak yang lama sebagai isyarat ‘idle’ atau sedang tidur.
Jadi, secara automatik tubuh menganggap kita sedang berehat. Tetapi posisi duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama itu bakal menyebabkan otot cepat letih dan lesu.
Banyak tenaga diperlukan untuk membetulkan postur posisi tubuh kita. Postur tubuh yang tidak responsif – seperti duduk membongkok kehadapan atau bersandar di kerusi – menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul.
Lebih teruk keseimbangan tulang belakang, lebih tenaga diperlukan untuk memperbaikinya. Mengapa? Ya, otot kita terpaksa berkerja lebih untuk keperluan seperti itu.
Percaya atau tidak, kehilangan berat badan secara mendadak akibat perubahan diet boleh menyebabkan kehilangan tenaga yang banyak.
Pengambilan kalori yang rendah terutamanya kurang daripada 850 kalori sehari, boleh menjadikan kita lebih letih. Jika diamalkan berterusan tanpa kondisi yang betul dalam jangka masa panjang boleh merosakkan kesihatan.
Makanan seperti bijirin bersusu, pastri, muffin dan roti bakar bersapu manisan akan memberikan tenaga yang tinggi selepas bersarapan.
Ia disebabkan penyerapan gula makanan yang pantas dalam tubuh. Proses aktif ini menaikkan paras gula dalam darah dengan begitu cepat.
Berikutnya, paras gula akan turut menurun dengan cepat selepas beberapa jam.
Kesannya, badan cepat letih dan mengantuk akan cepat terasa kepada kita. Mula la nak terlelap kan.
Kebimbangan, gelisah dan stress sepanjang hari akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan otot menjadi tegang.
Ia mungkin disebabkan permasalahan peribadi yang serius, terperangkap di dalam kesesakan trafik atau mengalami trauma akibat situasi tertentu.
Implikasinya selain mengakibatkan kesakitan, ia turut mencetuskan keletihan akibat kerja keras tubuh untuk mengatasi masalah tersebut.
Bersenam sememangnya sangat baik untuk kita. Selain memberi kecergasan tubuh, ia turut meningkatkan kesihatan pada tahap yang lebih baik.
Memang automatik kita akan kehilangan tenaga atau badan tiada tenaga seleps kita aktif bersenam. Itu normal.
Apa akan terjadi jika kita memaksa diri bersenam dalam kadar yang lebih dari kebiasaan? Terutamanya jika kita baru ingin mencuba atau cuba ingin mendapatkan kembali bentuk badan idaman.
Perkara yang difikirkan setelah mengawal pemakanan tentunya bersemangat terlebih untuk melakukan senaman secara intensif.
Tanpa panduan jurulatih bertauliah, tentunya ia lebih mengundang kehilangan tenaga dengan lebih cepat dan sentiasa di dalam keletihan.
Ada lagi? Ya, mungkin ada punca lain atau mungkin lebih banyak lagi jika ingin disenaraikan. Oleh kerana kita perlu mengelak keletihan (banyak lagi artikel lain yang nak dibaca..hehe), maka sedikit info sudah mencukupi untuk kefahaman serba ringkas.
Kita boleh rumuskan disini bahawa punca hilang tenaga dengan cepat merangkumi aspek fisiologi tubuh, tabiat pemakanan, kesihatan mental dan kecergasan.
Sebagai pengawalan, beberapa langkah mengatasi perlu diambil supaya gejala ini tidak pergi ke tahap yang lebih membimbangkan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan julat prestasi kerja dan kesihatan jangka panjang.
Assalammualaikum ..
Kisah MY CINTA HATI a.k.a ENERGY BOOSTER ..
Hai…nama saya ASMIDA, lebih mesra kalau pangil AS je..As anak jati JOHOR, kini telah berkahwin dan menetap di ALOR SETAR KEDAH, sekarang As bekerja di sebuah RESTORAN PIZZA yang terkenal di ALOR SETAR juga terkenal dengan roti pizzanya yang lembut. Jawatan As sebagai PELATIH PENGURUS. ..
Haa di pendekkan cerita, As bekerja 10 jam setiap hari. Selalunya As memang keletihan ,badan lesu keesokkan harinya dan kaki selalu sangat kejang dan sampai sakit tak hingat… .. Tapi sejak As amalkan ENERGY BOOSTER SHAKLEE, semuanya berubah..
Ceritanya bermula dengan As mengenali Ahaklee dan FALL IN LOVE buat PERTAMA kali dengan Shaklee pada tahun 2011 dan konsisten mengamalkan beberapa jenis vitamin. Antara yang As amalkan ialah OSTEMATRIK dan PERFOMANCE DRINK. Dan kedua-dua vitamin ni adalah MY CINTA HATI dan RAHSIA ENERGY BOOSTER As sekarang!! ..
Kenapa As kata macam tu ya? Kalau tak ada my cinta hati ni, rasanya As tak mampu nak kerja yang memerlukan tenaga yang banyak disebabkan pula terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan dipertanggungjawabkan pula dengan kerja,rutin harian yang memenatkan,As akan mula letih ,cepat mengantuk,tidak bertenaga,lesu dan kurang produktif,ini satu cabaran tau sebab nak menghadapi jugak masalah JEREBU hari tu. ..
As suka Ostematrik dan PD disebabkan kedua- duanya ada persamaan untuk menambahkan TENAGA LUAR BIASA,Ostematrik lebih kepada KALSIUM dan bagus untuk tulang,manakala PD terdapat campuran unik yang sangat bagus untuk menghidrat badan serta memberi tenaga kepada badan lebih cepat berbanding minuman ISOTONIK yang lain,memang TERBAEK la untuk my body haha…yang paling best SEMULAJADI yeee.. ..
As suka OSTEMATRIX sebab: .. As paling tak suka bila sakit,nak buat apa pun tak boleh,tapi kuasa Allah. As cuma mampu untuk merancang…so as merancang untuk SENTIASA SEHAT As nak badan cukup kalsium jadi setiap malam sebelum tidur as akan ngap 4 biji ostematrik untuk tidur yang lena dan mimpi yang indah haha..Keesokkan harinya bangun je tidur mesti badan akan lebih fresh dan bertenaga,bagus juga untuk melawaskan pembuangan air besar..no sembelit – sembelit. ..
PD pulak As minum suka bancuh dengan air putih pastu sejukkan ..perrghhh memang sodapp…As jugak selalu bawak air PD yang siap dibancuh dalam botol dan dibawak kemana ja As pergi. ..
Kalau uolls nak tahu my husband pun suka tau PD dan Ostematrix.my husband suka diserang sakit kepala tapi sejak amalkan Ostematrix dan PD badan makin bertenaga dan yang paling best dah tak pernah diserang sakit kepala.. ..
Jadi sekarang Ostematrix dan PD adalah my cinta hati yang tak dapat dipisahkan, konsisten pengambilan jugak dah jadi perkara wajib dalam rutin harian,kalau tak memang akan terasa kekurangannya.. ..
Tak kenal maka tak cinta tau..bila dah kenal PD dan OSTEMATRIX sure FALL IN LOVE!!
Tak kenal maka tak cinta tau. Sekarang dah jadi cinta hati beliau dah pun. :)))
Jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut berkaitan produk dan masalah serta konsultasi secara eksklusif. Manalah tahu, ia juga bakal jadi cinta hati anda juga.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Link Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
yourfabulousmama@gmail.com
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Tak sangka duduk diam tak buat apa pun boleh hilang tenaga. Tapi tu lah bila dah syok ber-internet memang tak nak berganjak ke mana2. Terbaring je atas katil
Terima kasih Cik Amy kerana tambah 1 point paling popular yang ramai orang suka buat masa kini. Bila khusyuk berinternet guna gadget sambil berbaring, sebenarnya kita juga menggunakan tenaga yang banyak. Sama macam kerja depan PC, berfikir, menaip & fokus mata. Cuma berbeza postur dan posisi. Dalam jangka masa yang lama, memang meletihkan.
assalamualaikum .
saya rasa letih kerna duk fikir nak bereskan kerja
tidur hanya 2 jam sehari
tak rasa mengantuk
tapi bila buat kerja jadi segar tubuh
bila rehat baru rasa lenguh tubuh
boleh ke makan ubat shaklee
Salam Cik Dinie. Boleh cuba ESP, Cinch Tea, Performance Drink dan banyak suplemen lain yang sesuai khas untuk mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh. Hubungi saya untuk khidmat nasihat tentang suplemen tenaga di 019-4771733.