Anda selalu diserang sakit kepala atau kerap pening kepala?
Setiap hari pada masa-masa tertentu, ramai daripada kita sering mengalami sakit kepala.
Mungkin di awal pagi, kadang-kadang petang atau malam. Dan kebiasaannya memang tak tentu masa.
Adakah punca pening kepala atau sakit kepala ini disebabkan oleh masa, keadaan sekeliling atau petanda kesihatan diri kita sendiri?
Seperti ada sesuatu yang tidak kena? Sesetengah punca kenapa kita kerap sakit kepala mungkin agak sukar untuk diketahui sebabnya. Dan tidak kurang juga yang berlaku secara tiba-tiba.
Sakit kepala boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu sakit kepala primer dan sakit kepala sekunder, dimana ia bergantung kepada punca-puncanya yang tertentu.
Sakit yang tertumpu pada kepala sahaja dan bukan disebabkan oleh kesan atau petanda penyakit yang lain. Sakit kepala ini datang sekali sekala, boleh hilang dengan segera dan tidak membahayakan. SAkit kepala primer biasanya disebabkan oleh keradangan atau inflamasi pada bahagian tubuh yang sensitif terhadap rasa sakit disekeliling kepala dan leher, termasuk:
Terdapat pelbagai jenis sakit kepala primer. Antaranya yang biasa berlaku ialah:
Sakit kepala yang disebabkan oleh punca-punca lain yang merangsang bahagian tubuh yang sensitif terhadap rasa sakit disekitar kepala dan leher. Kondisi ini jarang berlaku tetapi kehadirannya mungkin suatu petanda yang lebih serius berbanding sakit kepala primer.
Antara jenis-jenis sakit kepala sekunder ialah:
Di sini ada 11 punca kerap sakit kepala dan kenapa ia boleh berlaku kepada kita. Mungkin salah satu daripadanya adalah penyebab kenapa anda rasa pening kepala sekarang.
Lewat makan, tidak sempat atau lupa untuk ambil sarapan pagi boleh menyebabkan anda terseksa disebabkan oleh masalah kelaparan.
Perut kosong diwaktu pagi yang lambat diisi boleh mengganggu aktviti atau pekerjaan kita.
Ini berikutan berlakunya penurunan paras glukosa (gula) dalam darah yang akan menyebabkan rasa letih, menggigil dan hilang mood.
Serotonin dan dopamine; atau juga dikenali sebagai neurotransmitter, iaitu sejenis bahan kimia (hormon) di dalam otak yang dihasilkan di dalam otak untuk mengawal perasaan dan emosi.
Di sana terdapat hubungan antara masa yang betul untuk pengambilan makanan dengan keseimbangan neurotransmitter yang dikeluarkan oleh otak.
Tidak makan atau lewat mengambil sarapan akan menyebabkan tubuh mengalami stress akibat ketidakseimbangan paras dopamine dan serotonin.
Antara kesannya akan menyebabkan rasa pening. Kesimpulannya, makan dengan betul akan menyebabkan kita lebih rasa tenang dan ceria.
Tekanan atau stress antara punca utama mengapa wanita lebih mudah diserang sakit kepala.
Apabila kita mula stress, banyak hormon akan dikeluarkan sebagai proses tindakbalas tubuh. Kesannya otot akan menjadi tegang dan mencetuskan rasa pening kepala.
Adakah menghadapi stress itu normal? Ya, hidup semua orang sentiasa berdepan dengan ujian, cabaran dan tekanan setiap hari.
Namun apa yang penting, kita perlu bijak dan mahir menangani stress serta sentiasa bersedia atau tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi yang tegang atau panik.
Tenang menangani masalah adalah kunci kita untuk mengawal stress.
Jika tidak, kesannya akan menjadi lebih buruk. Bukan sahaja sakit kepala yang sentiasa datang, malahan yang lebih serius turut menjadi risiko seperti migrain, sakit badan, pengsan, darah tinggi dan sebagainya.
Wanita akan mengalami kitaran perubahan hormon yang normal sekali dalam setiap bulan. Proses datang bulan atau kitaran haid juga adalah petunjuk normal bahawa anda adalah seorang yang subur.
Komplikasi datang bulan atau PMS (Pre-Menstrual Syndrome) ini sering ditunjukkan dengan tanda-tanda mudah mengalami pening kepala. Dan biasanya ia akan hilang selepas sehari atau dua hari selepas fasa haid bermula.
Namun, kita anda mengalami kitaran haid yang tidak menentu atau masalah senggugut, ia mungkin petanda hormon anda mengalami masalah. Dan biasanya juga akan membawa komplikasi yang lebih besar.
Fasa sakit kepala menjadi lebih lama dan berlanjutan lebih daripada hari normal. ia menunjukkan hormon anda benar-benar dalam keadaan celaru atau tidak seimbang.
Jika anda mengalami gangguan haid, buat rujukan kepada doktor untuk mengenalpasti punca dan masalah sebenar tubuh anda. Ia bermaksud tubuh anda sudah sampai masanya perlukan pemeriksaan dengan segera.
Ohh ya, anda baru dapat berita disahkan hamil? Bermakna anda berada di fasa awal kehamilan. Dalam masa ini, mengalami alahan mengandung memang biasa.
Termasuk terpaksa berhadapan dengan masalah sakit kepala ketika hamil.
Secara alami, tidak cukup tidur akan buat segala perkara menjadi serba tidak kena. Disaat otak anda perlukan justifikasi untuk berehat, anda paksanya untuk bekerja.
Akibatnya, anda menjadi mudah marah, letih, stress, mengalami “food cravings” dan akan merosakkan memori. Mamai dan sakit kepala mudah menyerang ketika ini.
Masalah besar lagi jika anda mengalami insomnia atau masalah susah hendak tidur malam yang akan menyebabkan masalah sakit kepala yang serius.
Insomnia akan menyebabkan otak dan otot tidak dapat rehat yang secukupnya. Ia akan menyebabkan ketegangan dan memaksa pengeluaran hormon stress; dimana kedua-duanya akan mencetuskan rasa sakit kepala ringan atau berat.
Kafein mudah didapati dari sumber minuman kopi, teh atau minuman berkarbonat.
Memang sejak dari zaman dulu lagi, kopi digunakan untuk membantu memberi ketenangan dan kelegaan daripada sakit kepala – Excedrin adalah komposisi bahan utamanya.
Itu dahulu, kopi diminum tanpa gula dengan perisa semulajadi 100% kopi tulen. Ia sumber alternatif yang baik. Begitu juga dengan khasiat minuman teh.
Tetapi hari ini, proses pembuatan dan sampuran yang pelbagai termasuk bahan kimia dan gula khususnya telah mencemarkan fungsi sebenar kopi dan teh.
Segala tambahan bendasing ini menyebabkan kita rasa ketagih. Lepas secawan datang lagi secawan. Hinggkan dalam sehari, secawan kopi atau teh itu tidak cukup. Kalau bercawan-cawan itu baru hero.
Berlebihan sumber kafein akan mebuatkan banyak masalah tubuh dalam jangkamasa panjang. Biasanya dimulai dengan tanda mudah sakit kepala.
Lebih buruk lagi hari ini, ketagihan minum minuman berkarbonat dengan kerap sebagai sumber kafein terburuk, bukan setakat pencetus kepada sakit kepala yang biasa-biasa.
Ia juga biasa dihadirkan sekali dengan pakej obesiti dan penyakit tiga serangkai. Mengerikan bukan?
Jadi, Berpada-padalah hanya dengan secawan kopi tulen yang segar lagi wangi, mahal pun tak mengapa. Baru ada umpphh.
Ramai orang terkejut kerana sakit kepala yang kerap dialami adalah petanda awal masalah hipertension atau tekanan darah tinggi.
Jantung yang bekerja keras mengepam darah pekat di dalam sistem peredaran darah menyebabkan tekanan dirasai sehingga ke kepala. Lebih tinggi tekanan, lebih teruk atau kronik sakit kepala yang dialami.
Ya betul, sudah tentu masalah tekanan darah tinggi ini bukan datang secara mengejut. Ia wujud secara perlahan-lahan akibat tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan setiap hari.
Jika mengalami petanda ketegangan pada leher disertai sakit kepala yang berdenyut-denyut, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor.
Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, In Shaa Allah sakit kepala keterlaluan mudah hilang dan dapat diatasi.
Ok, ini memang biasa. Siapa yang ada gigi dan biasa sakit gigi memang tak terlepas daripada mengalami sakit kepala. Ia satu pakej.
Kira tak mahu cakap banyak, tahan sakit dan tahan marah sahaja.
Kesakitan pada gigi sama ada akibat reput, rosak atau penyakit akan menyebabkan tekanan darah begitu terasa sehingga membawa ke otak penyebab rasa sakit kepala.
Jadi jangan tunggu lama-lama, pergi berjumpa doktor untuk merujuk masalah pergigian anda. Jika terlambat; sindrom sakit kepala, stress dan kira nak marah orang akan terjadi.
Diet pemakanan harian setiap individu berbeza-beza ataupun mungkin hampir serupa.
Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin mudah tercetus apabila makan makanan yang ada tinggi kandungan gula atau manis terlebih.
Sesetengah yang lain pula mungkin disebabkan oleh kandungan yang lain dalam makanan seperti garam, MSG, keju, daging proses (burger & hot dog contohnya), diet tinggi karbo/protein dan sebagainya.
Namun kebanyakkan pencetus utamanya disebabkan oleh dominasi pengambilan makanan segera atau makanan sedia proses.
Lawan daripada ini, jika ingin mengurangkan atau menghilangkan masalah kerap sakit kepala; kembali kepada diet sihat makan buah-buah dan sayuran, bijirin gandum penuh, daging tanpa proses, jus tanpa gula dan banyakkan minum air kosong.
Sesetengah orang memang mudah mendapat alahan sama ada daripada makanan atau persekitaran.
Sensitif terhadap bau tertentu, cahaya, suhu, rasa atau bendasing dalam udara akan terus mencetuskan rasa sakit kepala sejurus sebelum komplikasi yang lainnya mula datang.
Ia bergantung kepada individu dan setiap orang mungkin tidak sama perincian pencetus alahannya.
Hari-hari, setiap orang perlu bekerja untuk memenuhi keperluan seharian dalam kehidupan normal. Ada kerja ada gaji, tak ada kerja gigit jari.
Namun, kadangkala kita tidak akan dapat terlepas daripada rasa terbeban dengan kerja seperti “rushing” pergi & balik kerja, keletihan, terpaksa kerja lebih masa, banyak “outstation” dan sebagainya.
Ini semua merujuk kepada masalah stress. Sudah tentu kesannya akan menyebabkan sakit kepala seperti yang dinyatakan di dalam point no. 2 di atas.
Mungkin anda lebih bernasib baik, kerja anda tidak banyak stress; namun posisi duduk atau diri yang sama dalam jangkamasa yang lama juga boleh menyebabkan keletihan tubuh serta sakit kepala.
Itu semua bukan alasan atau halangan, ia boleh diatasi dengan cara kerja yang betul dan pandai mengurus kerja. Cuma kadang-kadang terpeleot je kan.
Yang penting, cukup masa sampai hari dapat gaji; hilang segala letih dan hilang segala sakit kepala.
Anda sibuk dengan telefon pintar? Daripada celik mata waktu pagi sampai nak pejam mata tak terlepas handphone daripada tangan.
Jaga-jaga anda mungkin sudah menjadi hamba kepada gajet telefon.Tak kisahlah sama ada sibuk ber”whatsapp”, ber”facebook”, ber”instragram”, ber”youtube”, bermain “mobile game” dan banyak ber lagi.
Kerap menunduk dan fokus kepada skrin kecil telefon pada posisi duduk, diri atau baring yang sama terlalu lama juga akan menyebabkan rasa mudah sakit kepala.
Nampak betul tapi kita selalu buat-buat ia bukan penyebabnya.
Awas pada sindrom ketagihan gajet. Kawal penggunaan gajet dan elakkan masalah sakit kepala hadir tanpa kita sedari dan tidak tahu punca sebenarnya.
Kerapkan berputus hubungan dengan telefon anda dan dapatkan rehat selama 10 minit. Lakukan stretching atau senaman regangan untuk legakan stress otot dan belakang anda. Sakit kepala pun hilang.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More