Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?
Apakah maksud hidup lebih lama atau umur lebih panjang?
Apakah rahsia penduduk negara Jepun mempunyai purata jangka hidup yang panjang? Malah ramai warga tuanya yang menjangkau usia hidup lebih 100 tahun dan masih sihat!.
Nak tahu kenapa orang Jepun panjang umur? Berikut adalah 7 sebab kenapa orang Jepun boleh hidup lama dan yang lebih penting kenapa mereka lebih sihat?:
Jepun kaya dengan sumber air semulajadi. Terdapat lebih daripada 3000 buah kawasan mata air panas di sekitar negara Jepun. Mereka juga membina lebih banyak tempat mandian awam di kawasan-kawasan bandar.
Bukan itu sahaja, hampir setiap rumah di Jepun mempunyai tab mandi di dalam bilik air mereka. Dikatakan rekabentuk tab mandi di jepun dibuat lebih dalam, kerana mereka lebih suka mandi berendam!.
Itulah antara penyebab mengapa mereka suka mandi setiap hari. Apa kaitannya dengan hidup sihat & panjang umur?.
Tabiat suka mandi, terutamanya menggunakan air panas ini mungkin antara penyebab mengapa orang Jepun mempunyai fizikal yang lebih sihat.
Selain rasa bersih, segar dan menghilangkan penat, terdapat 3 sebab utama lain yang menyokong pendapat ini:
Sumber air yang melimpah ruah juga antara sebab mengapa orang Jepun suka mandi. Bukan setakat sumber air yang banyak, tetapi menjaga ketulenan dan kebersihannya juga adalah amat penting.
Bagi sesetengah benua negara yang lain, faktor cuaca, iklim dan sumber air yang terhad mungkin sedikit menyukarkan untuk mereka dapat mandi setiap hari.
Namun bagi kita di Malaysia, mandi itu bukan suatu yang sukar. Bahkan mungkin kita lebih banyak kali mandi dalam sehari terutamanya di setiap waktu pagi dan petang.
Tetapi apa yang membuat orang Jepun lebih sihat? Jom kita tengok point seterusnya.
Apabila kita bertandang ke negara Jepun, first impression yang mungkin anda akan alami ialah persekitarannya yang bersih dan teratur walau di mana sahaja.
Hampir sukar untuk menemui sampah yang dibuang merata-rata di tepi jalan atau lorong-lorong dan longkang.
Dan anda mungkin juga sangat jarang berjumpa pekerja-pekerja pembersihan sampah di jalanan. Apakah rahsia mereka?
Para pelajar akan duduk bersama beg mereka yang diletakkan di atas meja. Tidak sabar menunggu masa untuk pulang dari sekolah setelah waktu kelas yang panjang. Mereka mendengar dengan teliti penerangan guru tentang persediaan jadual waktu belajar untuk hari esok.
“Baik semua! jadual pembersihan hari ini; Baris 1 dan baris 2 akan bersihkan kawasan kelas. Baris 3 dan 4 pergi bersihkan kawasan koridor dan tangga. Baris 5 pergi bersihkan tandas.”
Beberapa murid dari baris 5 sedikit mengeluh, tetapi mereka tetap patuh. Segera bangun, mengambil mop, kain lap dan baldi dan penyapu dari dalam almari di belakang kelas dan segera membersihkan tandas sebersih-bersihnya.
Itulah norma harian berlaku kepada pelajar-pelajar di mana sahaja sekolah di seluruh negara Jepun.
Memang tidak dinafikan orang Jepun sangat pembersih dan sentiasa kebersihan kawasan persekitaran mereka. Ia merupakan tanggungjawab bersama dan bukan hanya kepada individu atau pasukan pembersihan yang dilantik.
Mereka memang sudah terlatih dan sentiasa diterapkan nilai-nilai tentang aspek kebersihan di dalam aktiviti kehidupan seharian semenjak kecil lagi.
Sepanjang 12 tahun persekolahan, daripada sekolah rendah hingga sekolah tinggi, kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah adalah antara jadual harian yang perlu dilakukan dengan baik oleh seseorang pelajar.
Begitu juga di rumah, ibu bapa akan sentiasa menerapkan aspek kebersihan kepada anak-anak dan mengajar tentang keburukan jika kita membiarkan barangan bersepah dan ruang dalam rumah tidak bersih – Miako Awane, Penolong Pengarah Pejabat Kerajaan Prefektur Hiroshima
Kesedaran tentang kebersihan ini juga ditunjukkan dengan baik oleh barisan pemain bola Jepun semasa pertandingan World Cup bola sepak di Brazil (2014) dan Russia (2018).
Ia merupakan satu contoh teladan yang baik kepada dunia apabila mereka juga terlibat membersihkan sampah di padang stadium selepas setiap perlawanan. BEgitu juga di bilik persalinan, mereka meninggalkan bilik dengan baik dan bersih seolah-olah tidak disentuh langsung – Priscilla Janssens, Penyelaras Am FIFA
Penerapan nilai-nilai tanggungjawab terhadap kebersihan sejak kecil merupakan penyebab utama mengapa orang Jepun boleh hidup lama dan sihat. Mereka sentiasa bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran supaya kekal bersih dan kekal higenik untuk didiami oleh semua.
Bagaimana anda memulakan waktu pagi anda? Pernah dengar tentang radio kalistenik (Radio Calisthenics)?
Bagi anda yang hidup bermula tahun 80an atau 90-an mungkin biasa dengar setiap pagi radio nasional akan memainkan rutin lagu atau irama untuk bersenam. Ingat tak? Bagi generasi baru, ia mungkin kedengaran begitu janggal.
Begitulah juga di negara Jepun. Radio senaman Jepun ini juga dikenali sebagai Rajio Taisho yang mula diperkenalkan sejak tahun 1928 untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk Jepun.
Ini mungkin antara sebab lain mengapa negara Jepun memiliki rakyat yang mempunyai purata umur yang lebih panjang.
Menariknya, ia masih kekal sehingga hari ini. Syarikat penyiaran radio NHK menyiarkannya seawal jam 6.30 pagi, 4 kali sehari termasuk hari ahad.
Satu rancangan tv yang dikenali Terebi Taisho juga menyiarkan senaman pagi ini 3 kali sehari termasuk hujung minggu.
Senaman rojio taisho ini mengandungi 13 susunan pergerakan senaman dan setiap satu sesi mengambil masa sekitar 3 minit lebih.
Saya juga melakukan senaman ini. Ia mungkin kelihatan agak memenatkan jika melakukannya secara terlalu serius. Terdapat 13 jenis turutan senaman yang di gabungkan dan dilakukan dalam tempoh 3 minit 13 saat. Apabila tubuh melakukannya secara berterusan, ia bukan sahaja memberi kesan kardio, tetapi juga memberi keras regangan sepertimana melakukan yoga. Oleh kerana senaman ini mudah dan ringkas, ia tetap mendapat sambutan menarik daripada golongan kanak-kanak sehingga orang dewasa. Tempat kerja saya di Kanada juga melakukan rutin ini setiap pagi – Aki, Samurai Matcha Channel
Satu rahsia yang ramai orang muda sukar nak buat, tetapi dilakukan oleh kebanyakan orang Jepun ialah bangun awal pagi!
Ia suatu yang cerita menarik tentang orang Jepun sekitar tahun 1900, yang ditulis oleh Lafcadio Hearn daripada Amerika Syarikat yang merupakan seorang guru di Jepun.
Beliau mengatakan, suatu pagi sebelum matahari terbit dan langit masih gelap, kedengaran suara ramai orang di luar rumah sedang berkumur-kumur dan membasuh muka dengan air parit.
Sebaik sinar matahari muncul dari sebalik gunung, mereka kesemuanya menghadap ke arah matahari tersebut dan berkata “Terima kasih kerana melihat kami” seraya bertepuk tangan tanda berdoa.
Rupanya, itu cara orang Jepun menyembah matahari dalam kepercayaan mereka dalam agama Shintoism. Namun kini, upacara ritual ini hanya dilakukan pada sambutan tahun baru.
Bukan hendak bercerita tentang agama, tetapi itulah tabiat rutin harian orang jepun yang menjadi salah satu rahsia mereka sihat dan berumur panjang. Bangun seawal pagi untuk menikmati sinaran matahari.
Jom Cuba >> Tidur Lebih Lena & Bangun Pagi Lebih Mudah Dengan OsteNutrix
Bagi kita umat Islam, sudah tentu rutin bangun awal pagi juga adalah rutin biasa. Ada yang bangun seawal 4 pagi untuk melakukan perkara-perkara sunat sementara menunggu untuk menunaikan solat Subuh seawal 6 pagi rata-ratanya.
Nikmat sihat & berumur panjang adalah suatu kurniaan daripada Allah S.W.T untuk hamba-hamba-Nya yang terpilih supaya dapat melakukan lebih banyak ibadah dan mendapatkan keberkatan.
Namun, aspek penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat adalah satu usaha yang lebih penting.
Salah satu cara untuk menjaga kesihatan supaya kita kekal sihat ialah dengan mengambil berat aspek penjagaan pemakanan.
Inilah antara sebab mengapa orang Jepun mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik. Aspek pemilihan makanan sihat dan nutrisi yang seimbang sentiasa di tekankan dalam setiap diet pemakanan harian.
Pada Disember 2013, masakan tradisional Jepun, Washoku telah didaftarkan sebagai “Intangible Cultural Heritage” oleh UNESCO. Washoku ini juga melibatkan kriteria Ichiju Sansai.
Format pemakanan orang Jepun sentiasa mengamalkan konsep “Ichiju-sansai” atau “satu sup dan 3 hidangan” yang terdiri daripada:
Selain itu, dalam 3 hidangan makanan jepun juga sentiasa melibatkan makanan berasaskan soya yang diperam seperti miso dan natto yang penting untuk membantu sistem penghadaman.
Walaupun penyediaan pemakanan orang Jepun secara tradisionalnya cukup bergaya dan berseni, namun apa yang penting, aspek keseimbangan nutrisi dan makanan sihat merupakan kunci kepada tubuh untuk kekal awet muda dan sihat.
Masyarakat tradisional Jepun amat menggemari dan mengamalkan minuman teh matcha sebagai minuman harian yang menyihatkan.
Teh matcha diperbuat daripada daun teh yang berkualiti tinggi yang dikenali sebagai Tencha yang ditanam khas, kemudian dipetik dan dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk teh.
Teh matcha juga tergolong dalam senarai “Superfood” kerana khasiatnya yang tinggi. Ia dikatakan mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi 10 kali ganda berbanding teh hijau yang lain.
Jom Cuba >> 5 Sebab Kenapa Kena Pilih Cinch Tea Mix
Disamping itu, teh matcha juga mempunyai manfaat dan kelebihan sampingan seperti:
Tinggi kandungan antioksidan: Kaya dengan kandungan antioksidan vitamin C, cathecin EGCG (polyfenol) dan L-theanine (asid amino) yang membantu memperbaiki aliran darah dan melindungi kulit daripada bahaya kesan sinar UV.
Meningkatkan tenaga: Kandungan kafein semulajadi yang tinggi membantu meningkatkan tenaga secara perlahan-lahan dan berterusan, meningkatkan fokus dan daya pemikiran.
Meningkatkan ketenangan merehatkan minda: Orang Jepun menganggapnya sebagai minuman untuk meditasi. Kandungan L-theanine membangkitkan ketenangan minda dan membantu menghilangkan rasa stress seharian.
Meningkatkan metabolisma: Teh matcha membantu memperbaiki kadar metabolisma istirehat tubuh dan kadar pembakaran lemak tubuh. Ia dikatakan mampu membantu tubuh membakar 25% lebih lemak dalam keadaan rehat tanpa kerja yang keras.
Sebab itu saya selalu minum teh matcha setiap pagi. Saya merasakan bahawa minum matcha setiap pagi bukan sahaja menjadikan saya lebih sihat, tetapi juga membuatkan saya berasa relaks di samping meningkatkan prestasi kerja saya. Begitu juga dengan nenek moyang saya yang selalu minum matcha setiap pagi. Saya tidak tahu sama ada ia benar-benar disebabkan kerana meminum matcha, tetapi nenek saya kelihatannya dapat hidup sihat sehingga dia berumur hampir 100 tahun – Aki, Samurai Matcha Channel
Negara Jepun sangat terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang terdapat banyak bukit bukau dan gunung-ganang yang tinggi.
Tidak hairanlah jika dikatakan bahawa salah satu aktiviti riadah utama orang Jepun mendaki gunung!
Hampir kebanyakan orang Jepun suka aktiviti mendaki baik yang berusia muda mahu pun yang susah tua. Mungkin ini salah satu aktiviti yang membuatkan orang jepun mempunyai kesihatan yang baik dan hidup lebih lama.
Mendaki gunung bukan sekadar menggunakan banyak stamina, tetapi ia suatu bentuk ketenangan melayani keindahan semulajadi, menghirup udara segar dan bebas dari kesibukan kota yang menjadi penyebab utama stress.
Saya rasa aktiviti mendaki gunung adalah anatara slah satu sebab mengapa orang Jepun nampak sihat. Ia sangat membantu menguatkan otot dan sendi kaki, jadi badan tidak akan mudah lemah. Malah, datuk saya juga kerap menaiki gunung hampir di setiap minggu, Walaupun usianya menjangkau 70 tahun, dia sentiasa tetap gagah berdiri mengerjakan ladang setiap hari. Dia masih dapat hidup dengan sihat sehingga berumur kira-kira 80 tahun – Aki, Samurai Matcha Channel
Kredit to Samurai Matcha Youtube Channel
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
Kenapa Perlu Naikkan Berat Badan? Di negara kita, lumrah jika dikatakan nisbah orang yang OBESITI… Read More