1 2
Masalah Kesihatan Umum

Rawatan Alternatif Gangrene Bantu Pesakit Mendapatkan Kehidupan Yang Lebih Baik

Anda biasa dengar tentang gangrene? Gangrene sering dikaitkan sebagai antara komplikasi kritikal akibat masalah penyakit kencing manis atau diabetes.

Bermula dengan luka kecil yang lambat atau sukar sembuh, gangrene boleh merebak sehingga menyebabkan kematian anggota badan.

Jika gangrene tidak mendapat rawatan segera dan sewajarnya, ia boleh menyebabkan kehilangan anggota badan atau lebih buruk lagi, ia mengancam nyawa.

Apakah sebenarnya gangrene ini? Bagaimana gangrene boleh terjadi dan apakah faktor puncanya? Jom, kami sediakan info untuk sama-sama kita berhati-hati dan sedar tentang bahaya gangrene.

Cara Atasi Gangrene

Apa Itu Gangrene?

Gangrene adalah satu  keadaan di mana berlaku masalah tisu mati pada anggota badan. Biasanya disebabkan oleh kehilangan darah atau bekalan darah kepada anggota badan tertentu yang tidak mencukupi.

Manakala kehilangan darah ini boleh jadi disebabkan oleh kelemahan sistem aliran darah dalam tubuh akibat penyakit, kecederaan anggota badan atau mungkin disebabkan jangkitan bakteria atau kuman di dalam darah.

Jari tangan, kaki dan kemaluan adalah antara bahagiaan anggota badan yang paling jelas dan mudah terjejas akibat gangrene. Gangrene juga boleh berlaku di dalam tubuh yang menyerang tisu organ dan otot.

Bermula dengan luka kecil yang lambat atau sukar sembuh, gangrene boleh merebak sehingga menyebabkan kematian anggota badan. Apakah faktor punca gangrene ini sebenarnya?

Bagaimana Gangrene Boleh Terjadi? 

Punca Gangrene terjadi boleh disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Secara amnya ia dikaitan dengan darah dan sistem alirannya di dalam tubuh.

Darah memainkan peranan penting bukan sekadar mengangkut oksigen dan nutrien keseluruh tubuh untuk menjaga kesihatan sel. Ia juga menghantar antibodi melawan penyakit yang melindungi tubuh dari jangkitan kuman, bakteria serta virus.

Apabila darah tidak boleh bergerak dengan bebas ke seluruh badan, sel di dalam tubuh kita tidak mampu untuk terus hidup, jangkitan kuman atau bakteria akan mula berlaku, dan tisu boleh mati hasil daripada gangrene.

rawatan alternatif gangrene

Apa-apa keadaan yang menjejaskan aliran darah akan meningkatkan risiko untuk mendapat gangrene termasuklah :-

  • Diabetes
  • Atherosclerosis
  • Penyakit Arteri Peripheral
  • Merokok
  • Trauma
  • kecederaan yang serius
  • Obesiti
  • Fenomena Raynaud (keadaan dimana salur darah di kulit menjadi semakin kecil)

rawatan alternatif gangrene

Apakah Jenis-Jenis Gangrene?

Terdapat 2 jenis gangrene yang utama dan diklasifikasikan mengikut kawasan di mana ia terjadi dan mula merebak.

+1 – Gangrene Kering

Selalu terjadi kepada pesakit diabetes dan pesakit autoimun. Ia biasanya menjejaskan tangan dan kaki. Ia terjadi apabila aliran darah ke kawasan yang terjejas terganggu, yang biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang kurang memuaskan.

Tisu badan akan mengering dan mungkin menjadi warna coklat ke biru-ungu ke hitam dan akan tertanggal.Tidak seperti gangrene jenis lain, jangkitan kuman biasanya tidak terjadi kepada gangrene jenis ini . Namun begitu, ia boleh bertukar kepada gangrene basah sekiranya berlaku jangkitan.

+2 – Gangrene Basah

Gangrene basah biasanya melibatkan jangkitan. Kecederaan daripada terbakar atau trauma dimana bahagian tubuh hancur atau terhimpit boleh menyebabkan kehilangan bekalan darah dengan cepat ke kawasan yang terjejas.Ini akan menyebabkan kematian tisu dan meningkatkan risiko jangkitan.

Tisu dibahagian terjejas membengkak dan melepuh. ia dipanggil gangrene basah kerana mempunyai nanah. Jangkitan dari gangrene basah boleh merebak dengan cepat keseluruh tubuh, menjadikan ia satu keadaan yang sangat serius dan berpotensi mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat.

Berikut pula adalah klasifikasi jenis-jenis gangrene basah:

+2.1: Gangrene dalaman : Ia berlaku jika gangrene terjadi di dalam tubuh disebabkan oleh aliran darah ke organ dalaman terhalang. Ia selalu berkaitan dengan organ yang tekena jangkitan seperti apendiks atau kolon.

+2.2: Gangrene gas : Ia sangat jarang terjadi tetapi berbahaya. Ia terjadi apabila jangkitan terjadi jauh kedalam tubuh. Contohnya seperti di dalam otot atau di dalam organ, selalunya disebabkan oleh trauma.

Bakteria yang menyebabkan gangren gas dipanggil clostridia akan melepaskan toksin berbahaya atau racun yang akan memudaratkan seluruh tubuh bersama-sama gas yang boleh terperangkap di dalam tisu tubuh.

Jika dibiarkan, kulit akan menjadi pucat dan “kelabu” dan apabila ditekan akan mengeluarkan bunyi, disebabkan oleh kehadiran gas di dalam tisu. Gangren gas memerlukan rawatan segera. Tanpa rawatan, kematian boleh berlaku dalam masa 24 jam.

+2.3: Gangrene Fournier : Ia juga keadaan yang sangat jarang berlaku. Gangrene jenis ini disebabkan oleh jangkitan pada bahagian kemaluan. lelaki lebih mudah mendapat gangrene Fournier ini berbanding wanita. Jika jangkitan memasuki aliran darah, ia boleh mengancam nyawa pesakit. Keadaan ini kita sebut sebagai sepsis.

Simptom atau Tanda-tanda Gangrene

Simptom bergantung kepada jenis gangrene. Anda boleh perhatikan simptom di bawah untuk menentukan jenis gangrene yang anda hadapi.

Gangrene Kering :

  • Kulit kering dan layu, menunjukkan perubahan warna dari biru ke hitam dan kemudiannya tercerai dari tubuh.
  • Kulit menjadi sejuk dan kebas
  • Kesakitan mungkin ada dan mungkin tidak ada

Gangrene Basah :

  • Bengkak dan sakit di kawasan terjejas
  • Perubahan warna kulit daripada merah kepada coklat kepada hitam
  • Demam dan berasa tidak sihat
  • Mengalami lepuh atau kudis yang menghasilkan nanah
  • Terdapat bunyi yang datang pada kawasan yang dijangkiti apabila di tekan.

Amaran Gangrene : Bahaya & Simptom Sepsis

Jika jangkitan daripada gangrene memasuki darah, anda mungkin akan mengalami sepsis dan seterusnya mengalami kejutan septik. Ia boleh membahayakan nyawa jika tidak di rawat dengan cepat. Simptom sepsis adalah termasuk :

  • Tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Nafas menjadi pendek
  • Perubahan pada suhu badan
  • Sakit kepala yang ringan
  • Sakit dan ruam pada badan
  • Kekeliruan
  • Kulit sejuk, lembap, dingin dan pucat

Jika anda rasa anda atau orang yang anda sayang mengalami sepsis, dapatkan rawatan segera di hospital berhampiran anda.

Cara Atasi Gangrene

Rawatan gangrene melibatkan pembuangan tisu mati, rawatan dan pencegahan daripada merebak, dan merawat kawasan yang terjejas untuk menghentikan gangrene. Lebih cepat anda menerima rawatan, lebih baik peluang pesakit gangrene untuk sembuh.

Bergantung kepada jenis gangrene, antara rawatan yang biasa dilakukan untuk masalah gangrene ialah :

#1: Pembedahan

Tisu mati akan dibuang untuk mencegah jangkitan dari terus merebak. D

alam sesetengah kes, amputasi (pembuangan anggota badan, jari tangan atau jari kaki) mungkin perlu dilakukan.

#2: Terapi ulat

Percaya atau tidak, ulat masih memainkan peranan didalam perubatan moden. Ulat memberikan rawatan tanpa pembedahan untuk membuang tisu mati.

Apabila melibatkan gangrene, ulat dari larva lalat yang diternak khas di dalam makmal agar ianya bersih akan diletakkan di atas luka.

Ulat ini akan memakan tisu yang mati dan terjejas tanpa merosakkan tisu yang sihat. Mereka juga akan membantu melawan jangkitan kuman dan membantu mempercepatkan penyembuhan dengan mengeluarkan bahan yang membunuh bakteria.

#3: Antibiotik

Antibiotik digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan. Kebiasaannya antibiotik diberikan melalui suntikan intravena ke dalam urat.

#4: Terapi Oksigen

Terapi oksigen hiperbarik boleh digunakan untuk sesetengah kes  gangrene basah atau ulser yang berkaitan dengan diabetes atau penyakit arteri periferal.

Semasa rawatan, pesakit akan diletakkan di dalam ruangan khas yang diisi dengan oksigen pada tekanan yang lebih tinggi berbanding oksigen yang berada diluarnya.

Teori yang digunakan adalah pada oksigen pada tahap tinggi akan memekatkan darah dan meningkatkan pemulihan tisu yang hampir mati.

Terapi oksigen juga boleh mengurangkan pembiakan bakteria yang tidak mampu bertahan di dalam persekitaran tinggi oksigen.

Kenalpasti Punca Gangrene

Untuk mengelakkan gangrene dari berulang kembali, punca yang menyebabkan halangan kepada aliran darah mestilah dikenalpasti.

Selalunya pembedahan vaskular seperti pembedahan pintasan atau angioplasti diperlukan untuk memulihkan kembali aliran darah. Ubat mencegah pembekuan darah boleh digunakan dalam sebahagian kes.

Gangrene adalah keadaan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Walaupun kebanyakan pesakit dengan gangrene kering boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan, gangrene yang melibatkan jangkitan boleh mengancam nyawa.

Lebih cepat anda medapatkan rawatan, lebih cerah peluang anda untuk pulih.

Jika anda mengalami kesakitan yang berpanjangan dan tidak mampu diterangkan dengan kata-kata di mana-mana bahagian tubuh anda, mengalami demam, luka yang lambat sembuh, atau anda mengenalpasti terdapat perubahan pada warna kulit anda, segeralah pergi berjumpa dengan doktor anda.

 

Rawatan Alternatif Gangrene Dengan Nutrisi Semulajadi

Disamping rawatan hospital seperti di atas, nutrisi pemakanan tambahan juga insya Allah mampu membantu anda memulihkan kulit yang terjejas dan hampir mati.

Vivix yang kaya dengan resveratrol dan polifenols sangat sesuai diambil oleh pesakit yang mengalami masalah gangrene. Ia berfungsi dengan cara membantu tubuh menghasilkan tisu-tisu baru yang jauh lebih sihat bagi menggantikan tisu-tisu yang telah mati. Ia juga membantu memulihkan saraf-saraf yang terjejas dan rosak.

Kesan selepas konsisten dengan mengambil vivix setiap hari, kawasan hitam pada kaki atau bahagian anggota badan lain yang terjejas akan kembali pulih. Lebih menarik lagi, anggota yang terjejas akan dapat berfungsi seperti biasa dan luka pada kawasan terbabit akan lebih cepat kering dan tertutup, insya Allah.

vivix-10Perkongsian Pengguna Vivix

rawatan alternatif gangrene

Mrs. Letchumy, seorang penghidap kencing manis.  Gangrene kencing manis pada kakinya membuatkan beliau hilang dua jari kakinya. Selepas menjalani amputasi jari kaki, luka tidak sembuh-sembuh. Sejak itu beliau mula mengambil Vivix dan Zinc, lukanya kembali sembuh perlahan-lahan.
Jika anda perhatikan gambar, isi kaki yang baru telah tumbuh semula seawal 2 minggu pengambilan vivix. Luka semakin sembuh dan gangrene pada jari kaki juga semakin pulih. Vivix telah berjaya menstabilkan kandungan gula dalam darah, aliran darah semakin baik, dan sel-sel baru yang lebih sihat telah berjaya dihasilkan bagi melawan gangrene.
Beri peluang kedua kepada diri anda atau orang yang anda sayang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Dapatkan vivix segera, gangrene jika lambat diubati, bukan sahaja menjejaskan anggota badan tetapi ia juga mungkin boleh membahayakan nyawa anda atau orang yang anda sayang.
Hubungi saya untuk mendapatkan vivix anda. Setiap pembelian produk Shaklee dengan kami, anda layak mendapat konsultasi berterusan.

Hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Rawatan Alternatif Gangrene Bantu Pesakit Mendapatkan Kehidupan Yang Lebih Baik

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago