Dengar perkataan tumor otak itu sendiri sudah buat saya berasa takut. Apabila terbayangkan tumor otak, terbayangkan kehadiran doktor, jururawat, pembedahan dan kos rawatan yang serba mahal. Mungkin kerana itu, ramai yang mencari rawatan alternatif tumor otak.

Sebenarnya, tumor otak adalah satu keadaan di mana berlakunya pertumbuhan sel-sel dalam tengkorak yang wujud secara tidak normal. Kebiasaannya apabila sel tubuh semakin tua, ia akan mati dan akan diganti dengan sel yang baru, begitulah kitarannya.

Kehadiran sel kanser dan tumor mengakibatkan gangguan pada kitaran hidup sel ini. Tidak seperti sel biasa, tumor tidak mati, ia akan terus hidup dan menumbuh (semakin membesar).

Semasa mengikuti Kursus Nutrisi pada tahun lepas, saya ada ada di ajar tentang tumor dan kanser. Jom baca beberapa info tentang tumor otak. Boleh juga menambah pengetahuan kan?

Rawatan Alternatif Tumor Otak

Jenis Tumor Otak

Terdapat 2 jenis tumor otak iaitu :

#1 – Tumor otak primer

Ia adalah tumor yang terjadi berasal dari otak. Tumor ini tumbuh dari sel-sel otak, pembuluh darah di otak, saraf yang muncul dari otak atau selaput yang menutupi otak. Di dalam kategori ini pula terdapat 2 jenis tumor otak iaitu :

  • Tumor otak tidak berbahaya (benign atau jenis bukan kanser) – pertumbuhan tumor ini biasanya lambat. Ia dapat memberikan tekanan yang mampu merosakkan otak tetapi tidak merebak ke jaringan otak sekitarnya

  • Tumor otak berbahaya (malignant atau sejenis kanser) – pertumbuhan tumor ini cepat dan akan merebak ke sekitar otak pesakit.

#2 – Tumor otak sekunder

Tumor otak sekunder atau metastasis adalah tumor yang tumbuh dari sel-sel kanser yang merebak dari kanser primer di bahagian tubuh yang lain seperti payudara, paru-paru dan usus besar.

Namun begitu, tidak kira tumor otak primer atau sekunder, ia boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius dan menyebabkan kematian jika tidak diubati. Dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Simptom Tumor Otak

 Otak terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu yang mengawal fungsi bahagian tubuh tertentu.  Oleh itu, perkembangan tumor otak mungkin akan membawa simptom berbeza bergantung kepada kawasan ia tumbuh di dalam otak.

Baca Juga :  Suplemen Untuk Detoksifikasi Terbaik - Selamat, Semulajadi, Berkesan, Halal, Ada KKM

Gejala tumor otak dapat diklasifikasikan sebagai:

  1. Gejala umum

    • Sakit kepala berulang yang teruk di pagi hari

    • Mual dan muntah

    • Kejang

    • Berasa sangat mengantuk

  2. Gejala khusus

    • Rasa lemah dan kaku pada kaki atau lengan

    • Kesukaran untuk bercakap, mendengar, memberi konsentrasi

    • Penglihatan menjadi semakin teruk termasuk penglihatan berganda

    • Hilang ingatan atau perubahan dalam ingatan

    • Perubahan yang ketara di dalam  tingkahlaku

** Simptom-simptom di atas juga mungkin disebabkan oleh faktor penyakit lain yang lebih kurang sama gejalanya. Hanya pemeriksaan klinikal dan diagnosis tertentu oleh doktor pakar yang boleh mengenalpasti sama ada ia adalah tumor otak atau sebaliknya.

Diagnosis Tumor Otak

Untuk melakukan diagnosis, pemeriksaan di klinik yang lebih terperinci harus dilakukan termasuklah pemeriksaan fizikal, pengenalpastian simptom, pemeriksaan neurologi, dan pemeriksaan lanjut melalui imbasan CT (CAT) Scan dan MRI.

Pemeriksaan ini akan membolehkan kita mengetahui saiz tumor, lokasi dan juga jarak tumor dari struktur penting di otak seperti darah yang mengatur percakapan dan pergerakan kita.

Maklumat ini akan dapat membantu pakar perubatan untuk merancang rawatan seterusnya bagi membantu pesakit.

Rawatan Tumor Otak

Di antara pilihan rawatan yang bisa dilakukan mengikut prosedur hospital untuk mengawal atau membuang tumor otak adalah:

  1. Pembedahan : Untuk membuang tumor sebanyak mungkin. Risiko yang mungkin dihadapi oleh pesakit adalah infeksi, pendarahan, kekejangan, kelumpuhan, koma dan kematian.

  2. Bedah radio : Untuk tumor berukuran kecil. Sinaran gamma yang sangat kuat dan tertumpu akan diberikan selama beberapa jam untuk menahan pertumbuhan sel tumor.

  3. Terapi radiasi : Untuk tumor bersifat kanser yang tidak dapat dibuang sepenuhnya, terapi radiasi menggunakan radiasi luaran akan dilakukan selama 2-6 minggu untuk mematikan sel-sel tumor yang tidak dapat dibuang semasa pembedahan.

  4. Kemoterapi : Ubat diberi secara oral atau suntikan untuk menghancurkan atau memperlambatkan pertumbuhan sel tumor. Di antara kesan sampingan kemoterapi adalah rambut gugur, mual dan infeksi.

  5. Rehabilitasi : Pemulihan dan terapi yang diberikan kepada pesakit selepas proses pembedahan. Jangkamasa pemulihan bergantung kepada kadar kerosakan yang disebabkan oleh tumor dan juga bergantung kepada kadar kemampuan otak untuk pulih. Di antara bantuan yang boleh diberikan adalah fisioterapi, terapi kerja dan terapi percakapan. Untuk mendapat manfaat yang maksimum, pesakit dan ahli keluarga mestilah sentiasa positif, membuat target yang realistik dan terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan

Baca Juga :  33 Tanda Badan Berasid Tinggi Yang Mampu Mengundang Pelbagai Masalah Kesihatan

Rawatan Alternatif Tumor Otak

Meskipun tumor otak hanya dapat dikesan setelah perkembangannya mulai ketara dengan kehadiran simptom tertentu, namun faktor punca kewujudannya masih sukar untuk diketahui.

Antara cara terbaik untuk mengawal dan menghentikan perkembangan tumor otak atau tumor jenis lain ialah melalui kaedah rawatan alternatif di peringkat awal lagi.

Terdapat kajian tertentu yang menunjukkan bahawan sel-sel tumor atau kanser boleh dihalang dengan kehadiran unsur-unsur tertentu dalam tubuh yang boleh diambil dari sumber pemakanan tertentu. Antaranya ialah:

#1 – Resveratrol

mempunyai sifat anti-kanser, anti-bakteria, antioksidan, anti-radang dan anti-karsinogen. Ia memberi kesan kepada kesemua peringkat karsinogenesis (permulaan, kenaikan dan perkembangan sel tumor) dengan cara mengawal pembahagian dan pertumbuhan sel, apoptosis, keradangan, angiogenesis dan metastasis.

Di antara semua makanan yang ada, anggur muscadine adalah pilihan terbaik. Ini kerana ia mempunyai kadar kepekatan resveratrol paling tinggi di antara semua makanan yang ada kerana ia mempunyai kulit yang lebih tebal dan biji yang banyak dimana kaya kandungan resveratrol.

Rujukan : mercola.com

#2 – Selenium

Ia merupakan mineral dengan sifat anti-kanser. Banyak kajian menunjukkan potensinya dalam melindungi sel dari kanser. Di antara fungsi selenium adalah :

  • penting untuk enzim yang mempercepatkan reaksi pengoksidaan-penurunan

  • membantu penghasilan enzim P450 yang terdapat didalam hati yang membantu proses detoks molekul karsinogen

  • meningkatkan keupayaan imun sistem untuk bertindakbalas dengan jangkitan
  • membantu penghasilan sel pembunuh semulajadi

  • ia merencatkan penghasilan prostaglandin yang menyebabkan inflamasi

  • selenium itu sendiri mampu menurunkan kadar pertumbuhan sel tumor

Rujukan : biomedcentral.com

Nutrisi Shaklee Untuk Tumor Otak

Bagaimana untuk dapatkan sumber resveratrol dan selenium? Selain boleh didapati secara semulajadi dalam sumber makanan seperti buah anggur, blueberry, coklat, kacang walnut, isi ikan tuna, daging dan sebagainya; sumber semulajadi ini juga bmudah diperolehi secara kuantitatif dalam bentuk suplemen.

Di Shaklee, melalui pakar saintisnya; mereka telah berjaya menemukan kaedah mengekstrak resveratrol dan selenium. Ujian klinikal menunjukkan sumber resveratrol dan selenium ini cukup untuk membantu merencatkan pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Baca Juga :  Apa Tanda Kelopak Mata Bergerak-gerak? Normal atau Petanda Amaran Kesihatan

Kedua-dua sumber ini dipekkan khas sebagai suplemen dalam bentuk berikut:

Vivix – mengandungi gabungan anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan European Elderberry. Manfaat vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol itu sendiri. Ia membantu melawan serangan sel tumor dan kanser dan membantu membaik pulih sel tubuh sehingga ke peringkat DNA.

vivix shaklee bantu penyembuhan sel dan dna

Vita-E Complex dengan Selenium – sifat vitamin E itu sendiri adalah sebagai antioksidan. Ia membantu melawan radikal bebas yang bakal merosakkan sel-sel di dadlam tubuh. kaya dengan Selenium yang terbukti mampu melawan sel tumor.

vita-e-complex

Untuk dapatkan kedua-dua suplemen di atas, segera hubungi saya. Dapatkan info lanjut mengenai produk dan juga konsultasi eksklusif dari saya hanya untuk anda.

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Rawatan Alternatif Tumor Otak Melalui Nutrisi Pemakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.