Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsi dengan anda tentang perbezaan antara cyst, fibroid dan polyps yang biasa terjadi di dalam sistem peranakan wanita. Hari ini, saya ingin berkongsi pula rawatan cyst dan fibroid bagi membantu para wanita mengatasi masalah tersebut.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.

Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569

Rawatan Cyst dan Fibroid

Punca Kewujudan Ovarian Cyst & Fibroid

Sehingga kini tiada doktor atau saintis yang boleh memastikan apakah punca sebenar yang menyebabkan ovarian cyst dan fibroid boleh berlaku. Ia mungkin disebabkan oleh permasalahan yang kompleks berkaitan dalaman wanita. Jadi, kita tidak boleh membuat andaian dan kesimpulan sendiri punca masalah ini seperti dikaitkan diet, pemakanan atau pengambilan suplemen tambahan.

Namun, para penyelidik mengenalpasti menerusi kajian terperinci menunjukkan bahawa cyst dan fibroid berlaku disebabkan oleh gabungan beberapa faktor seperti berikut:

#1 – Hormon estrogen yang berlebihan
Ovarian cyst dan fibroid terjadi kepada wanita akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ia terjadi kerana tubuh kita mempunyai hormon estrogen yang berlebihan dan mempunyai hormon progesteron yang tidak mencukupi.  Penggunaan pil perancang keluarga boleh meyebabkan berlakunya ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan cyst dan fibroid.

#2 – Lambakan xenoestrogen dalam badan
Hormon estrogen juga boleh menjadi berlebihan kerana kehadiran xenoestrogen atau dalam makna yang lain, hormon yang menyerupai estrogen (xeno) atau “estrogen sintetik”.

Estrogen sintetik ini merupakan estrogen palsu yang wujud dalam badan. Ia boleh merangsang dan mengganggu fungsi estrogen dalam tubuh kita.

Xenoestrogen terhasil daripada toksin yang wujud dari persekitaran kita termasuklah makanan, air, bahan kimia dari industri pertanian dan penternakan dan dari barang-barang kegunaan harian. Xenoestrogren wujud dari

  • BPA – Bahan yang dicampur dalam barangan plastik
  • Pthalates – Bahan yang dicampur di dalam barangan plastik seperti bekas makanan dan minuman plastik atau barang jenis getah.
  • Paraben – Bahan yang biasa digunakan sebagai pengawet di dalam kosmetik dan makanan.
  • Racun serangga
  • Bahan sampingan dari tembakau

Dalam keadaan kita sekarang, adalah amat mustahil untuk kita menjauhi dan mengelakkan kehadiran hormon xenoestrogen di dalam tubuh kita kecuali jika kita dapat mengelakkan penggunaan bekas-bekas plastik, dapat mengelakkan makan dan minum di luar dan dapat mengelakkan makanan dan minuman yang mengandungi bahan pengawet.

#3 – Masalah Kegemukan
Mereka yang mempunyai berat badan terlebih akan mempunyai simpanan lemak berlebihan di dalam tubuh. Lemak berlebihan ini akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil “Endocanabinoid System”.

Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan “inflamasi senyap” atau penghasilan radang dalam kadar yang tinggi di dalam tubuh. Perkara ini bukan sahaja akan mengaktifkan ketumbuhan, malah ia juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

#4 – Faktor Genetik
Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai fibroid dan cyst, anda juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat cyst dan fibroid.

Tanda-tanda Cyst Atau Fibroid

Kebanyakan wanita tidak sedar mereka mempunyai cyst atau fibroid. Ia biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda tertentu. Namun, jika cyst atau fibroid aktif dan semakin membesar, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kewujudan cyst atau fibroid ini seperti :

  • Haid yang tidak teratur
  • Haid yang berpanjangan
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Sakit perut
  • Perut menjadi buncit
  • Pendarahan yang tidak normal

Baca Juga >> Apakah Perbezaan Fibroid dan Cyst

Elak Cyst Dan Fibroid Dengan Penjagaan Makanan & Gaya Hidup Sihat

Disebabkan kebanyakan wanita berisiko untuk mendapat cyst dan fibroid, maka kita mesti menitikberatkan penjagaan cara hidup dan diet yang betul. Diantaranya adalah :

  • Elakkan atau kurangkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan cyst atau fibroid seperti produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, garam, kafein dan alkohol
  • Ambil makanan tinggi serat. Makanan tinggi serat membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan, seterusnya menstabilkan fungsi estrogen dalam badan dan mengurangkan tahap xenoestrogen di dalam tubuh.
  • Kawal berat badan
  • Elakkan merokok dan jauhi golongan yang merokok
  • Ambil buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phythoestrogen. Ia akan membantu memberi kestabilan kepada estrogen di dalam badan. Di antara makanan yang mengandungi phytoestrogen yang baik adalah soya, kekacang dan flaxseed.

Isu : Produk Soya Tidak Bagus Untuk Wanita

Terdapat pelbagai perbahasan tentang isu soya. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Setiap perkara ada Pro & Cons.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavanoids, Genistein dan Daidzein yang boleh menggalakkan aktiviti estrogen.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

Kajian daripada Michael T. Et al, 2012 mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid adalah tidak tepat. Ini kerana isoflavanoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza.

Phytoestrogen yang terkandung di dalam soya tidak mempunyai kesan merangsang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soya sehari.

Kaedah Alterntif Rawatan Cyst Dan Fibroid Secara Nutrisi Pemakanan Tambahan

Jika anda disahkan mempunyai cyst dan fibroid, anda boleh mengamalkan suplemen di bawah :

1 – GLA Complex
GLA Complex adalah omega-6 yang membantu mengurangkan keradangan dan bertindak membetulkan kembali hormon yang bercelaru dan tidak seimbang. Ia akan membantu menyeimbangkan kembali hormon estrogen dan progesteron.

2 – Vitamin ACE
Vitamin ACE terdiri daripada gabungan Carotomax (vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiganya merupakan antioksidan penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Ia penting untuk mengelakkan pertumbuhan abnormal sel seterusnya mengelakkan cyst kembali membesar.

3 – Vivix
Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polyphenols yang sangat berkuasa untuk memastikan sel kekal bertenaga dan muda. Ia membantu memperbaiki dan memulihkan serta membantu menghasilkan sel tubuh yang baru sehingga ke peringkat DNA. Vivix terbukti mampu merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dari cyst dan menghalang pertumbuhan semula sel tidak normal.

Kalau Nak Cuba GLA Complex Sahaja Boleh Ke?

Boleh, tiada masalah jika anda hanya ingin mengambil GLA Complex sahaja. Cuma, untuk kesan yang lebih baik adalah digalakkan untuk menggabungkan GLA bersama Vitamin ACE dan VIVIX kerana GLA hanya membetulkan ketidakseimbangan hormon manakana ACE menghapuskan hormon xenoestrogen.

Vivix pula memulihkan dan menghasilkan sel baru yang lebih sihat sehingga ke peringkat DNA. Ia juga antioksidan yang membantu menghapuskan hormon xenoestrogen.

NOTA: Untuk makluman anda, memang ada kes dimana pesakit cyst dan fibroid yang mengambil hanya GLA Complex, ketumbuhannya kecut. Namun, ia kembali membesar semula. Ini kerana punca masalah tidak diselesaikan, iaitu xenoestrogen tidak dihapuskan sepenuhnya.[/symple_box]

Apa Kata Pengguna Shaklee

Testimoni #1:

rawatan cyst dan fibroid

Testimoni #2:

Assalamualaikum. Semua orang gembira cerita pasal kolagen. Tapi  saya nak cerita pasal testimoni seorang customer yg ambil GLA Complex.

Testimoni GLA oleh Puan N

Assalamualaikum. Saya baru je consume GLA Shaklee since 2 minggu lepas. Saya consume dengan harapan saya takkan alami period pain yg teruk lagi seperti bulan-bulan sebelumnya

Untukk pengetahuan semua, saya baru bersalin bulan 8 tadi. Lepas bersalin, saya dah alami 2x period. Kali pertama, saya belum consume GLA lagi, so seperti biasa, period akan datang beserta period pain. Lepas period kali pertama tu, saya terus try consume GLA shaklee.

Lepas tu, bila period kali ke-2 datang baru-baru ni, nak tau apa jadi? Period pain saya still ada. Huhu lagi teruk dibuatnya. Saya duk fikir, GLA ni tak bagi kesan pun.

Tapi lama-lama fikir, Shaklee ni supply supplement, bukannya ubat atau drugs. So may be kesannya lambat sikit kot.

Hari ke-2 saya period tu, saya siap pass si kecik tu pada en. suami. Saya tidur dari petang sampai tgh malam. Tengah malam tu sy terjaga, habis cadar saya basah. Sebab kebocoran.

Saya pergi toilet periksa, tengok darah saya melambak-lambak. Sangat-sangat penuh macam baru lepas bersalin. Tak macam darah period kali pertama after bersalin tu. Terkejut saya tgk. Patutlah sakit sangat dari siang tadi.

Sebenarnya saya tahu kenapa darah saya banyak sangat after saya consume GLA. Saya bukan direct breastfeed mom. Saya cuma pam je. Tapi saya tak nak cerita tentang masalah tu kat sini(tolong jangan tanya kenapa, sebab saya akan sakit jiwa fikir pasal tu)

Yang saya tahu, bila tak breast feeding, rahim lambat kecut, darah nifas tak lancar. Memang darah saya keluar sikit-sikit, kejap keluar dan kejap  tak. Waktu period kali pertama tu pun darah keluar sikit2. Tu yangg jadi lama tu.

Jadi bila dah ambil GLA, ssemuanya keluar DENGAN LANCAR. Patutlah sakit sangat. Macam balas dendam je darah tu kat saya, huhu. GLA telah bantu lancarkn aliran darah kotor saya. Saya harap semua yang kotor tu akan keluar, sebab saya pernah ada cyst di ovari pada tahun 2008.

Bila saya tanya pada Doktor mcmana cyst tu boleh ada, Doktor kata ada sebahagian daripada tisu darah yg terbentuk sewaktu menstruation di dinding rahim terbergerak masuk ke ovari. So, bila dah ada tisu darah pada dinding rahim di ovari, maka lama-lama tisu itu akan membesar dan bergumpal hampir memenuhi ruang ovari tu.

Jadi sy harap sangat GLA boleh bantu saya atasi masalah tu. Untuk kali ni, saya sanggup period pain lama-lama, janji semua darah kotor tu keluar. Saya sangat bersyukur sebab saya masih belum terlambat untuk kenal dengan GLA SHAKLEE ni.

Saya tak nak ada cyst lagi, cyst tu boleh berulang kembali (Dr yg cakap). Saya tak mahu duduk hospital lama-lama.

Saya pernah kena major operation bila cyst tu pecah & masuk ke usus. Kesannya pulak, bila ceaser anak sulung, Doktor tengok usus saya melekat-lekat efek dari operation cyst tu. So warded lebih lama after bersalin anak sulung tu sampai saya boleh buang air besar – Hmm banyak kan efeknya.

Untuk period kali ke-3, kena tunggu bulan depan la jawabnya. Saya tak sabar nak tunggu progress keberkesanan GLA yang seterusnya, sebab saya tahu GLA ni sangat banyak manfaatnya. Sekian, Wassalam…

#Notakakiku: Bila penyakit datang menjengah, yang mahal bukan ubat/supplement. Tapi KESIHATAN.

– Oleh: Oyun Ayuney

rawatan cyst dan fibroid

Testimoni#3:

Tahun lepas saya pun ada cyst melalui government dan private hospital test. Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, VITALEA, VITA-C, ALFAFA & ESP. Saya juga mengalami haid yang tak stabil. Lepas tu saya check lagi hujung bulan 6 baru-baru ni dan doktor sahkan saya tak ada cyst. Saya check di dua tempat yang berasingan untuk kepastian; result tetap sama – CLEAR. Ini pengalaman saya lah.

– Oleh: Jennie Juliana Ajus

rawatan cyst dan fibroid

Testimoni#4:

Salam. Happy dapat tau customer merangkap sahabat paling rapat call, dia mengadu mengalami cyst yang sudah pun sebesar 5.5cm. Bulan lepas, 13/6/13 dia order GLA Complex dan start makan. Harini 12/7/13, hampir sebulan pengambilan GLA Complex, pergi check dan cyst dah mengecut kepada 3cm. Alhamdulillah. Lega sangat dengar dia call bgtau hal ni.

– Oleh: Noor Aishah Mohd Ikhwan 

rawatan cyst dan fibroid

Kita Masih Ada Peluang Untuk Sembuh

Saya dapati, ramai dalam kalangan wanita kita yang malu untuk mendapatkan dagnosis atau pemeriksaan doktor untuk Cyst atau Fibroid. Setelah ada yang memberitahu ada masalah cyst atau fibroid, mula seorang demi seorang mengaku memilikinya juga.

Usah pendam, ambil langkah proaktif kenalpasti tahap masalah kita. In Shaa Allah ada peluang untuk tanganinya dengan segera.

Jom kita atasi masalah cyst dan fibroid secara berkesan dan selamat. Untuk dapatkan alternatif rawatan secara nutrisi semulajadi, dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif melalui saya. Saya sedia membantu anda.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Rawatan Cyst Dan Fibroid Secara Alternatif Tanpa Ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published.