1 2
Kesihatan

Rawatan Penyakit Bell Palsy. Bolehkah Saya Sembuh Sepenuhnya?

Tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk memberi perkongsian tentang alternatif rawatan penyakit Bell Palsy. Ia bermula dengan kisah salah seorang rakan Shaklee kami yang telah diuji dengan serangan penyakit Bell Palsy baru-baru ini.

Ia datang secara tiba-tiba dan menyebabkan beliau terpaksa berusaha pelbagai rawatan untuk kembali sembuh. Emm.. Sebelum itu, adakah anda tahu mengenai penyakit Bell Palsy? Saya pun baru tahu perkara ini.

Sebelum kita pergi lebih dalam, saya boleh katakan Bell Palsy adalah suatu penyakit yang serius. Secara amnya, ia dikaitkan dengan kelumpuhan otot sekitar sebelah muka pesakit. Biasanya kelihatan seolah-olah muka kaku atau mengherot sebelah.

Adakah orang-orang tertentu sahaja yang bakal mengalaminya? atau mungkinkah kita juga pernah ada tanda seakan-akan mengalaminya? Jom, kita selami dulu info penyakit ini.

Apakah Itu Bell Palsy?

Penyakit Bell Palsy adalah sejenis penyakit berkenaan kelumpuhan atau kelemahan otot pada hanya sebelah muka.

Ia disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka dan menjadikan muka terasa berat sebelah (tiada reaksi otot atau kaku untuk kawalan ekspresi muka).

Masalah kerosakan saraf ini juga mungkin boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa, masalah pengeluaran air mata dan air liur.

Menurut pakar, penyakit ini boleh terjadi dalam masa semalaman sahaja dan mungkin memerlukan beberapa minggu untuk ia kembali normal bergantung kepada tahap keseriusan masalah saraf yang dihadapi pesakit.

Bell Palsy Tiada Kaitan Dengan Serangan Stroke

Bila dengar tentang kelumpuhan sebelah muka, kita mungkin kaitkannya dengan serangan Stroke. Itu mungkin tanggapan pertama kita. Namun, menurut sumber laman WebMD, Bell Palsy dikatakan tiada kaitan dengan Stroke.

Walaupun Stroke juga boleh menyebabkan kelumpuhan otot muka, ia tidak ada kaitan antara keduanya. Namun jika anda mengalami masalah kaku sebelah muka, jangan ambil risiko!

Jalan terbaik ialah mendapatkan pengesahan dan rawatan daripada doktor pakar. Ia mungkin tanda anda mengalami Bell Palsy, atau juga mungkin tanda masalah penyakit lain yang lebih serius.

Bagaimana Bell Palsy Boleh Datang Dengan Tiba-tiba?

Sehingga ke hari ini, punca terjadinya Bell Palsy masih lagi tidak diketahui. Jelasnya ia dipercayai terjadi akibat masalah gangguan atau tekanan saraf yang mengawal otot pada muka.

Gangguan saraf ini pula mungkin disebabkan oleh keradangan akibat infeksi virus seperti herpes simplex, varisela zoster, Treponema lallidum (penyebab sifilis) atau Epstein-Barr (penyebab demam kalenjar).

Sebenarnya ada banyak masalah penyakit lain yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kelemahan otot muka sebegini. Cuma apabila puncanya sukar dikenalpasti, ia akan dikaitkan dengan penyakit Bell Palsy.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy

Umumnya, Bell Palsy kerap kali terjadi kepada:

  • Wanita hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
  • Wanita yang baru lepas melahirkan bayi
  • Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah diserang Bell Palsy
  • Penderita diabetes
  • Penghidap HIV

Gejala dan komplikasi Bell Palsy

Gejala setiap seorang mungkin tidak sama. Di antara gejalanya adalah :

  • Kelumpuhan atau kebas pada sisi wajah
  • Mulut dan kelopak mata tidak dapat di buka atau ditutup.
  • Gangguan pada mata seperti masalah mata kering
  • Masalah sakit telinga pada sebelah muka yang mengalami kelumpuhan seperti sensitif kepada bunyi atau berdengung
  • Rasa berdengung pada salah satu telinga atau kedua-duanya
  • Bahagian mulut yang terjejas akan mudah berair liur
  • Mulut terasa kering
  • Sakit dan pening kepala
  • Kesukaran untuk makan, minum dan bercakap
  • Kelemahan atau kelumpuhan otot secara terus menerus
  • Otot wajah berkedut
  • Kemampuan deria rasa menurun

Rawatan Penyakit Bell Palsy

Teknik rawatan tertentu dikatakan mampu merawat penyakit Bell Palsy. Ia sama ada tertumpu kepada merawat punca utama gangguan saraf yang terjejas atau mengawal kesan sampingan akibat Bell Palsy.

Antara rawatan penyakit bell palsy adalah seperti berikut:

#1 – Ubat kortikosteroid seperti prednisolone : Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah

#2 – Ubat titis mata : Penderita bell palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata. Maka mata akan menjadi kering dan mudah terkena infeksi. Ubat titis mata akan digunakan bagi mencegah masalah yang mungkin timbul di mata akibat mata yang tidak dapat ditutup.

#3 – Pembedahan plastik : Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan fungsi saraf seperti biasa. Ia akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang kaku dan layu. Kebiasaanya, pembedahan plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan, minum serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.

#4 – Fisioterapi : Ahli fisioterapi akan membantu dan mengajar latihan-latihan yang boleh menguatkan otot-otot wajah.

#5 – Suntikan botox : Kebiasaannya dilakukan kepada penderita bell palsy kronik. Ia berfungsi untuk meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan dan dilakukan setiap 4 bulan sekali.

#6 – Alternatif Rawatan Lain : Teknik relaktasi, akupuntur dan rawatan dalaman mampu mempercepatkan pemulihan Bell Palsy dan mampu mengembalikan fungsi saraf wajah.

Bagaimana Peluang Pesakit Bell Palsy Untuk Kembali Sembuh?

70% daripada pesakit bell palsy biasanya akan kembali pulih selepas 2-3 minggu. Namun, bergantung kepada tahap kerosakan saraf yang di alami, kesedaran dan tindakan pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Ia mungkin memakan masa sehingga 10 bulan untuk pulih sepenuhnya atau lebih lama lagi mengikut kondisi pesakit.

Facebook Comments:
Rawatan Penyakit Bell Palsy. Bolehkah Saya Sembuh Sepenuhnya?

View Comments

  • peh..

    kalau kena sakit ni..memang tak best la dibuatnya.

    serba-serb tak kena aje.

    • In Shaa Allah moga diselamatkan.

  • Saya pn salah seorang penghidap bell palsy...it's been 2 years already,only 30 percent recovery... :(

    • Alhamdulillah, moga Puan Husna terus tabah dan sabar serta diberi kesembuhan sepenuhnya.

    • Same thing happen to me..its been 8 years only 50percent recovered..hopeless..

      • Same like me..

        • SAlam. Tuan/Puan Anonymous. Harap artikel ini membantu. Jika ingin bantuan nutrisi untuk memperbaiki kesihatan diri, boleh hubungi kami. Kami bantu sebaik mmungkin. Inshaa Allah.

  • Mcm mana nak dapat ubat ya ye.100% ble sembuh ke. sbb kmrin sya baru jek jd gni. ada apa2 tak cadangan baik utk saya. 014 - xxx xx62

    • Hi Mr Leon,

      Terima kasih kerana melawat ke page ini.

      Vivix bukanlah sejenis ubat. Ia hanya suplemen yang diperkaya dengan sumber polifenol & resveraterol yang sangat kuat bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan individu.

      Saya boleh katakan vivix sangat selamat, berkesan dan semulajadi. Sukar untuk katakan ia boleh mengatasi penyakit tuan 100%. Tetapi, In shaa Allah ia boleh membantu mengurangkan masalah penyakit yang tuan sedang alami.

      Tuan boleh hubungi saya di 019 477 1733 untuk keterangan dan konsultasi lanjut.

  • if dah bertahun tahun terkena bell palsy ni, berapa lama boleh recover while consume vivix?

    • Salam Puan Rara,

      Kadar penyembuhan bergantung kepada keupayaan tubuh individu. Namun puan boleh mencuba untuk 120 hari pertama dengan Vivix kerana kadar pemulihan sel tubuh mengambil tempoh masa berkenaan.

      Jika pembaikpulihan sel berlaku dengan baik, maka puan boleh meneruskan pengambilan Vivix. Sebaliknya, jika puan tidak mengalami sebarang kesan positif.

      Puan boleh hubungi saya di 019-477 1733 untuk dapatkan Vivix. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk puan secara berterusan.

      Terima Kasih.

  • Jika pesakit adalah kanak2 berusia 9thn,adakah dia sesuai menggunakan produk ini?

    • Salam Puan Kartini. Inshaa Allah boleh puan. Dapatkan info lanjut dan konsultasi secara eksklusif daripada saya mengenai masalah anak puan.

      Saya akan bantu sebaik mungkin. Hubungi saya secara terus melalui whatsapp link berikut:http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Terima kasih.

  • AsSalam...Isteri sy baru 5 hari terkena Bell Palsy...boleh bantu sy...?

    • Waalaikumsalam tuan Yusman. Boleh terus hubungi saya di link whatsapp berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Inshaa Allah kami sedia membantu.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago