Puan, boleh tak kongsi petua nak kembalikan rambut sihat bersinar? Semenjak kebelakangan ni rambut saya semakin kering dan mudah gugur. Kalau dulu nak guna getah biasa ikat rambut tiada masalah, tapi sekarang rambut mesti tertanggal dan sangkut kat getah tu. Bila disikat, banyak pula rambut yang gugur dan bersepah kat atas lantai. Hurmm..dah macam-macam produk saya cuba, tapi belum berhasil. Apa puncanya ya?

Rambut gugur adalah norma yang biasa. Terutama bagi wanita meningkat usia dan pernah mempunyai anak. Tidak ketinggalan juga bagi lelaki. Bezanya bagi lelaki, rambut gugur dan kering biasanya nampak di kepala (kekurangan rambut atau botak), dan bagi wanita tandanya jelas di atas lantai rumah. Percaya tak?

Namun, jika ia ditandakan dengan gugur yang terlalu kerap dan banyak, mungkin ia disebabkan oleh suatu masalah yang lain. Kadang tak perlu bersikat, raut sahaja dengan jari, dah segenggam rambut yang tanggal. Runsing kan?

Tak mengapa, jangan terlalu stress. Yang tanggal mungkin sehelai, tapi gantinya berpuluh-puluh helai. Insya Allah tak sampai botak tu.

Ok, admin nak kongsi kat sini sikit tentang permasalahan rambut gugur dan kering. Bagaimana ia boleh di atasi dan yang paling bestnya, tak perlu keluar modal yang besar untuk kembalikan rambut yang sihat, kuat dan bersinar. Hah macamana?

masalah-rambut-gugur

 

Rambut Gugur Disebabkan Faktor Hormon & Genetik!?

Ok, tak tahu sama ada ini fakta atau mitos: Punca rambut gugur bagi wanita dan lelaki adalah dari punca hormon dan genetik. Apa hormon yang ada pada lelaki dan wanita yang berkait dengan masalah rambut? dan apa fungsi genetik sehingga boleh menyebabkan rambut gugur dan botak? Hmm..saya tak akan perjelaskannya di sini, lihat apa pakar rambut kata dalam video ni:

Ok kan? Dah tahu sedikit tentang permasalahan mengapa rambut gugur dan kepala jadi botak melalui video kat atas tu. Info yang menariknya, lelaki kalau botak dia tertumpu kat bahagian atas, tengah dan ke depan; berbanding wanita pada keseluruhan kepala. Biasa dilihat kan secara realitinya? bagi lelaki la, perempuan mana nak tahu, kan pakai hijab.

Ehh..tapi tak ditekankan pun tentang permasalahan pemakanan dan gaya hidup. Tak beri kesan ke kepada rambut gugur dan botak? Makan MSG berkantung-kantung dah ni rasanya.

Haha…Rileks & choops sekejap. Ya betul ada kaitan juga, tapi itu di bawah kawalan akta penjagaan diri kita sendiri. Ingat “kita adalah apa yang kita makan”. Bukan itu sahaja, masalah penyakit yang dihadapi, kaedah rawatan tertentu  dan faktor luaran persekitaran juga mempengaruhi masalah yang berkaitan.

Apa Jenis Rambut Anda?

Sebelum pergi kepada penyelesaian, mari kita “check” apakah jenis rambut kita terlebih dahulu. Langkah ini penting untuk tentukan jenis syampu perapi rawatan rambut yang sesuai dengan kondisi rambut kita. Kategori jenis rambut terbahagi kepada tiga:

  1. Rambut Berminyak –  Rambut berminyak biasanya akan kelihatan merapat pada kepala. Apabila dipegang, rambut seakan-akan berminyak dan basah.
  2. Rambut Normal – Rambut kelihatan normal, tidak berminyak, tidak bersisik dan kelihatan segar. Kulit kepala kelihatan berwarna cerah.
  3. Rambut Kering – Rambut kelihatan agak mengerbang dan kulit kepala terasa kering, bersisik, gatal dan rambut kelihatan tidak bermaya.
Baca Juga :  Kebaikan Protein Soya Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

Pilih Syampu Dan Perapi Rambut Yang Betul

Langkah ini optional sedikit. Terlalu banyak jenama dan jenis syampu serta perapi rambut yang boleh digunakan untuk mengawal masalah rambut kering dan gugur. Pastikan pemilihan dibuat dengan bijak. Perhatikan kandungan bahan kimia yang tertera pada label. Jauhi bahan kimia berbahaya dan jika ragu-ragu tanyakan pada pakar.

Setelah pemilihan dibuat, fahami cara pengunaannya dengan betul. Baik dari segi kuantiti pemakaian, kekerapan mencuci dan turutan kaedah. Kaedah penggunaan yang baik akan memberi kesan yang lebih optimum dan berbaloi dengan ongkos yang dilaburkan. Sebaiknya, rujuk kepada pakar produk anda.

Tips Rawatan Rambut Gugur Dan Kering

  • Cuci rambut guna air sejuk – Membantu penyerapan vitamin dari syampu ke dalam folikel rambut dengan lebih baik. Rambut akan menjadi lebih sihat dan kelihatan bersinar apabila dibasuh dengan air sejuk
  • Perah rambut dengan tangan – Jika berambut panjang. Kemudian perah dengan tuala mandi. Elok jangan gosok rambut pada tuala kerana boleh menghilangkan kesan vitamin pada rambut.
  • Tak perlu lilit tuala pada kepala selepas mencuci – Biarkan ia terbuka supaya berlaku pengeringan sendiri. semasa perawatan juga elakkan penggunaan pengering rambut. Masa lain boleh.
  • Elak sikat rambut ketika basah – Rambut tengah lembab dan lembut memang seronok disikat. Biarkannya sahaja atau rapikan dengan tangan. Pada masa ini akar rambut lebih ‘fragile’ dan rambut lebih mudah tertanggal bila di sikat.
  • Elak ikat rambut ketika basah – Sama halnya dengan sikat rambut. Lebih-lebih lagi bila guna getah pengikat bungkusan makanan. Bila dah kering boleh ikat ikut gaya tersendiri dengan pengikat rambut yang sesuai.
  • Guna sikat yang betul – Sikat yang jarang adalah lebih baik berbanding sikat yang bergigi rapat. Pilih dari jenis kayu atau plastik yang tidak tajam pada hujungnya. Sakit dan boleh melukakan kulit kepala.
  • Berminyak pada rambut kering – Jika ingin berminyak untuk perawatan tambahan, gunakan semasa rambut kering dan pilih minyak rambut yang bersesuaian.
  • Muslimah perlu berhijab – Gunakan tudung rambut pelbagai gaya yang dibolehkan syarak ketika rambut benar-benar kering dan telah dirapi semoleknya. Rambut berkuap di dalam tudung tidak baik untuk kesihatan kepala dan rambut.

2 Cara Atasi Masalah Rambut Kering dan Gugur Dengan Berkesan Guna Produk Shaklee

  1. Kaedah Luaran : Siri Produk Prosante, Shaklee
    • Prosante Shaklee bertindak melicinkan kutikel rambut, melebatkan rambut, menyeimbangkan dan menyegarkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembabkan atau mengeringkannya. Ia juga mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.
    • Selain daripada itu, ia mampu menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus. Prosante juga membantu mengawal lapisan kulit kepala yang sihat. Maka tiada lagi masalah kelemumur. Pelembapnya memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang dan mampu menguatkan rambut secara semulajadi.
    • ProSanté Shaklee adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi.
    • Kajian klinikal bebas menunjukkan bahawa dengan penggunaan sistem Produk ProSanté yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:
Baca Juga :  Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

rawatan rambut gugur dan keringrawatan rambut gugur dan kering

  1. Kaedah Dalaman: Nutrisi Suplemen
    • Vitalea Iron Formula : Mengimbangi nutrien harian. Tubuh yang mendapat cukup nutrien dapat diperhatikan dari rambut yang sihat dan kuat. Rambut yang bermasalah petunjuk bahawa tubuh kekurangan nutrien tertentu yang tidak diperolehi daripada pemakanan seharian.
    • Zinc Compex : menguatkan shaf rambut, membantu pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala.
    • ESP soy protein : membantu pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kuat.
    • Collagen powder : Menyuburkan rambut. Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta rambut lebih tebal dan bersinar.

Testimoni Pengguna Yang Pernah Alami Masalah Rambut & Berjaya Atasinya

testimoni syampu PROSANTE dari ofis mate saya ” Dulu kulit kepala mak berkuping-kuping sebab masalah kelemumur teruk. Sampai luka-luka sebab asyik selalu menggaru dan cubaan nk buang kuping-kuping tu. Selepas pakai syampu ni, dah kurang kuping-kuping dan kawasan yang luka tu nampak OK” Wah…akhirnya jumpa syampu idaman. Alhamdulillah dapat selesaikan masalah orang lain

Nurul Aziyana

Nak share testimoni saya: Sebelum ni saya ada masalah rambut gugur. Banyak sangat rambut bersepah di atas lantai. Dah macam-macam jenis syampu saya guna. Sampai dah fed-up. Rambut nipis gila. Nak pergi rawatan Y***M mahal. Kenal Shaklee, saya try Zinc, B Complex, Vita-C, Vita E, dan ESP setiap hari. Selepas 2 minggu rambut gugur semakin berkurang. Sekarang tiada lagi masalah rambut gugur!!! Hip2 hooooreyyyy!! Alhamdulillah

Aishahwarya Raimi‎

 

Selepas saya minum 3 kotak Collagen Powder Shaklee . Kesan nya kpd RAMBUT – Before this stp kalli cuci rambut.. rasanya hampir segenggam rambut sy gugur..termasuklah di lantai bathroom .. di tmpt tidur apalagi jika semasa sisir rambut.. En hubby la yg tlg bersihkan.. Tapi slps 2 bln sy consume collagen..alhamdulillah kesan positif… sy sdiri pun x perasan mula2 , slps En hubby tegur.. “napa dah x banyak rambut mommy gugur skrg?”.. yr la.. baru ku tahu..ketara smsa cuci rambut dah xde yg gugur lagi..kalo ada pun dlm 2-4 helai jer.. rambut juga semakin lebat dan hitam … dan plg best dulu ada juga nampak tumbuh sehelai dua uban yg nk tumbuh… skrg xde dah..smile emoticon Dan satu lagi kesan sy nk share.. power mata rabun jauh sy pun berkurangan.. dulu 200 kiri kanan skrg turun 150 .. biasa kalo mlm sy drive mesti pakai cermin mata.. skrg.. xperlu lagii..smile emoticon So jom cuba collagen powder mmg Proven spt yg di janjikan oleh Shaklee.. itu belum lg boleh mghilangkan parut2, mencerahkan kaw yg gelap dan hub intim .. dah ramai testimoni.. so x perlu sy cerita lg.. anda cuba lah.. Collagen Powder Shaklee mmg THE BEST !!

Baca Juga :  Set Rawatan Rambut Gugur Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Kronik
Sue Suri Mohd‎

 

Suka tengok skin baby…lembab tapi tak berminyak tapi..dua anak yg sebelum ni mmg kerap kena eczema dan lain2 ruam pada badan..rasanya kerana pemakanan set C n ESP dari Shaklee masa pantang dulu kot..sebab ini 1st time saya cuba..rambut pun takde gugur mcm dulu ( tak perlu risau ada rambut pada sikat ). So…kesimpulannya…kita mmg perlukan tambahan zat2 dlm badan u kesihatan bby juga.

Rosnani Karim

Nak bagi testimoni juga heart emoticon.. Baru perasan tumit dan kematu2 di tapak kaki dah licin..sll bila tdo mlm rasa kasar je tapak kaki belaga dgn betis..mandi pagi tadi..gosok2 eh dah lembut…(senyum sorg2)…rambut pn dah kurang gugur.. Sy ambil Alfalfa, Vit E, ESP dan GLA.. Sy ada ambil Lecithin dan Herb Lax juga…nnt kan testimoni slim da jerawat dari sy yer..

Ibu Syah Rina


Seronok rasanya apabila dapat melihat dan membantu mereka yang yang pernah mengalami masalah rambut gugur. Jika dulu, stress lihat rambut di merata-rata tempat. Dari penjuru depan sampai ke belakang rumah, bilik air mahupun di atas katil. Rasa malu pun ada, tapi nak buat macamana kan.

Alhamdulillah kini, semua masalah tu dah dapat di atasi. Walau tak 100%, dapat 50% pun dah syukur. Terus konsisten dan percaya kepada diri sendiri Inshaa Allah boleh berjaya. Actually, diri saya sendiri pun mengalami merasai masalah yang sama seperti mereka. Perubahannya sangat ketara selepas mengamalkan produk Shaklee. Itulah Shaklee Effect!.

Jika anda ada masalah yang sama, jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut berkaitan produk dan masalah serta konsultasi secara eksklusif. Untuk dapatkan harga bertuah untuk set ini juga pun boleh.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Cara Rawatan Rambut Gugur Dan Kering Yang Betul dan Berkesan!

2 thoughts on “Cara Rawatan Rambut Gugur Dan Kering Yang Betul dan Berkesan!

  • December 26, 2016 at 8:02 am
    Permalink

    Minyak badam ni memang bagus kalau nak rambut panjang dan kuat. Ia juga bagus untuk mengelakkan rambut gugur. Ia mengandungi lemak yang tinggi dan jenis lemak yang terkandung dalam minyak badam ni memang elok untuk kesihatan rambut dan kulit.

    Reply
    • December 26, 2016 at 12:06 pm
      Permalink

      Ya betul Mr. Andrew. Baik juga amalkan pemakanan badam sama ada secara fizikal atau minyaknya.

      Terima kasih singgah ke sini dan beri tips yang sangat baik. Semoga bermanfaat buat semua.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.