1 2
Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua!

Hmm… Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau sepuluh Ramadhan yang terakhir kan. Pada waktu ini, kita tentu sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Dan salah satu persiapan yang paling penting dan tak boleh nak tinggal selain membeli baju raya ialah buat Kuih Raya!. Hah dah ada kuih raya ke belum?

Tentu ramai mak-mak dan kakak-kakak tengak sibuk planning nak buat kuih apa untuk hari raya nanti. Kalau ikutkan beli je lebih senang dari buat sendiri kan.

Ok, itu untuk orang yang bajet raya dia banyak, tak ada skill nak buat kuih raya sendiri dan lebih suka membeli semuanya sekali harung mungkin amat sesuai order kuih tunjuk di bazar-bazar aidilfitri. Tak salah pun.

Tapi bagi anda yang ada semangat nak buat kuih raya sendiri, jom kita tengok resepi kuih raya apa yang paling popular dan paling mudah nak buat, tapi pada masa yang sama ia kuih raya yang paling sedap.

Jom! Buat Biskut Almond London Homemade Paling Rangup, Gebu dan Sedap

Resepi Biskut Almond London

Baca Juga >> Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral

 

Dalam banyak-banyak jenis kuih raya yang popular orang suka pilih dan makan ialah Biskut Almond London. Sebab apa ye?

Mungkin fizikalnya yang menyerlah & nampak eksklusif kayangan apabila dihiasi salutan coklat berkilat dengan taburan almond dia atasnya. Off course dialah yang paling sedap dan paling cepat sold out.

Tapi kalau nak beli, harganya di pasaran pun betul-betul mengigit poket dan hampir mencabut nyawa, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba-serbi semua harga nak naik sekarang ni.

Nak beli yang eksklusif, cantik & sedap, mahal la pulak. Nak beli yang murah, takut tak sedap dan selalu kena scam bila isi dalam biskut tu diganti dengan kacang tanah atau badam “se-coet” je. Makan modai orang kata.

Hmm susah-susah  kita buat sendiri je. Cara nak buat biskut almond london ni pun tak lah susah sangat. Kalau kos agak tinggi, boleh adjust dengan bajet anda sendiri. Boleh ganti bahan-bahan yang sesuai dengan jenama barang yang murah tapi kualitinya kita boleh set ikut apa yang kita nak.

Jom try buat…

  • Anggaran Masa Pembuatan : 2 jam
  • Anggaran Kapasiti Pembuatan : 120 – 125 biji biskut Almond London
  • Anggaran Kos Pembuatan : RM 60.00 – 80.00

Baca Juga >> Cara Buat Telur Rebus Separuh Masak Paling Best

Bahan-bahan Untuk Membuat Biskut Almond London Sukatan Cawan:

  • 250g kacang badam (Almonds Nut)
  • 100g kacang badam cincang (Almonds Nib)
  • 50g emping jagung (Cornflakes)
  • 250g tepung gandum (bersamaan 2 cawan)
  • 200g tepung jagung (bersamaan 4/5 cawan ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 biji telur (Ambil kuningnya sahaja)
  • 250g mentega atau butter ( bersamaan 1 ketul Buttercup atau bersamaan 2 cawan)
  • 94g gula icing (bersamaan 3/4 cawan)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500g coklat masakan (Dark/Milk Chocolate Compound – Coin/Block)
  • 1 – 2 sudu besar lemak sayuran (Shortening)

Nota:

  • Jenama mentega boleh guna Buttercup, Farm Cows dan sebagainya.
  • Boleh ganti mentega (butter) dengan marjerin (planta, daisy, dsb.)
  • Boleh ganti cornflakes dengan serbuk badam (badam cincang yang dikisar halus)
  • Dark/Milk Chocolate boleh guna brand Beryl’s, Van Houten. Camior, dsb.

Baca Juga >> Cara Buat Durian Crepe Homemade

Cara-cara Penyediaan:

  1. Bakar kacang badam (mentah) dan badam cincang hingga naik bau minyak badam di dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius selama kira-kira 10 minit.
    Nota: Balik-balikkan kacang badam semasa membakar supaya ia masak sekata. Angkat badam cincang lebih awal kerana ia lebih cepat masak.
  2. Kisarkan cornflakes sehingga menjadi halus.
  3. Ayakkan kesemua tepung gandum, tepung jagung & tepung beras di dalam satu bekas atau mangkuk.
  4. Masukkan mentega (butter) dan gula icing (yang telah diayak) ke dalam bekas adunan stand mixer dan pukul agak-agak sekata dan rata.
    Nota: Seelok-eloknya boleh adun guna tangan sahaja kerana tak terlalu berat atau boleh guna hand mixer atau stand mixer cuma jangan adun terlalu lama.
  5. Setelah adunan rata, masukkan kuning telur (sebiji demi sebiji) dan campuran tepung yang telah diayak (sedikit demi sedikit) serta serbuk cornflakes yang telah dikisar.
  6. Untuk lebih rasa lemak berkrim, tambahkan 2 sudu besar susu tepung. Teruskan mengadun sehingga adunan menjadi doh yang sebati.
  7. Tutupkan suis mixer apabila doh telah sebati, Periksa doh dengan tangan.
  8. Uli sedikit adunan doh dengan tangan sehingga doh rasa lembut dan mudah untuk dibentuk. Boleh tambahkan sedikit butter jika adunan dirasakan kering dan keras (berpecah-pecah).
  9. Rehatkan doh lebih kurang 10 minit supaya semua lembapan dapat diserap dengan sempurna.
  10. Ambil secubit doh, picit-picitkan dan leperkan pada tapak tangan. Letakkan sebiji badam di tengah-tengah, balutkannya (tutup) dan bentukkan seperti jejari (kira-kira 2cm panjang).
  11. Letakkan jejari almond yang dah siap dibentuk di atas dulang loyang dan susunkan elok-elok. Seelok-eloknya lapikkan dengan kertas bakar kek (baking paper) supaya jejari almond tidak melekat pada loyang apabila dibakar.
  12. Teruskan membentuk jejari almond sehingga penuh loyang atau sehingga adunan tadi habis (boleh dapat kira-kira 120 – 125 biji untuk satu adunan).
  13. Bakar jejari-jejari almond di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celsius selama 10 – 15 minit (Periksa! jangan sampai hangus).
  14. Selepas siap bakar, keluarkan jejari almond dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  15. Sementara itu, siapkan coklat masakan yang telah dicairkan (Rujuk Teknik Double Boil di bawah)
  16. Guna penyepit, celupkan jejari almond london ke dalam coklat cair dan masukkan dengan kemas ke dalam cawan kertas (baking paper cup).
  17. Akhir sekali, taburkan sekata badam cincang di atas biskut almond london anda sementara ia masih belum membeku atau mengeras..
  18. Setelah semua siap dan dah betul-betul sejuk, susunkan biskut almond london ke dalam bekas kedap udara.
  19. Siap! Simpan dan tunggu raya nanti untuk dihidang kepada tetamu-tetamu anda.

Kredit: Resepi Che Nom

Cara Cairkan Coklat Dengan Teknik Double Boil

Beryl's Dark Chocolate

Baca Juga >> Cara Buat Roti Putih Homemade Guna Breadmaker

  1. Potong atau cincang coklat masakan menjadi ketulan-ketulan kecil supaya lebih mudah dan cepat untuk dicairkan.
    Nota: Jika beli coklat block 1 kg, potong separuh (500g). Jika beli coklat bentuk coin, boleh terus ke step 2.
  2. Masukkan potongan coklat ke dalam mangkuk kaca tahan haba (boleh juga guna mangkuk stainless steel)
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan. Kecilkan api apabila air sudah agak mendidih.
  4. Letakkan mangkuk kaca tahan haba berisi potongan coklat tadi di atas periuk yang berisi air panas dan biarkan sehingga coklat mula mencair.
  5. Masukkan 1 hingga 2 sudu lemak sayuran (shortening) untuk dapatkan tekstur coklat yang lebih halus supaya aplikasi salutan coklat itu nanti cepat membeku dan cantik berkilat.
    Nota: Boleh juga guna mentega atau butter menggantikan lemak sayuran (shortening) jika tiada.

Facebook Comments:
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

2 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

2 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

3 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

3 months ago
9 Tips Naikkan Berat Badan Dengan Sihat dan Selamat
  • Diet

9 Tips Naikkan Berat Badan Dengan Sihat dan Selamat

Kenapa Perlu Naikkan Berat Badan? Di negara kita, lumrah jika dikatakan nisbah orang yang OBESITI… Read More

3 months ago