1 2
Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.

Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung ramadhan kita berpuasa. Automatik mode dah bertukar kepada nak menyambut hari raya pulak.

Apa persediaan hari raya anda? Kuih raya dah buat? Kalau tak sempat nak buat boleh beli sahaja.

Bagi yang ada skill buat kuih raya atau alergik dengan kuih raya fake di bazar aidilfitri yang rasanya tak kena dengan rupa & harga, apakata kita buat sendiri.

Kali ini saya nak kongsi Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral yang paling mudah nak buat tapi tetap yang paling rangup dan sedap. Jom..

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Baca Juga >> Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Simple

Bahan-bahan Untuk Biskut Cornflakes Madu:

  • 250g Cornflakes (bersamaan 5 cawan)
  • 60g madu (bersamaan1/4 cawan)
  • 60g mentega (bersamaan 1/4 cawan)
  • 15g gula kastor (bersamaan 1 1/2 sudu besar)
  • Manik gula (sprinkle candy) atau coklat urai (chocolate rice) untuk hiasan topping (optional)
  • Cawan kertas cupcake (baking paper cup)

Cara-cara Membuat Biskut Cornflakes Madu

  • Anggaran Masa: 30 minit
  • Anggaran Kos: RM 15.00 – 20.00
  • Anggaran Kapasiti: 50 – 60 biji biskut
Biskut Cornflakes Madu
Image Source: resepichenom.com

Baca Juga >> Cara Buat Telur Rebus Separuh Masak Paling Best

1. Panaskan periuk dan masukan mentega untuk dicairkan. Kemudian masukkan madu & gula dan kacau hingga sebati

2. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk dan ramas-ramaskan sedikit supaya tiada yang melekat antara satu sama lain dan mudah dimasukkan ke dalam acuan baking cup nanti.

3. Tuangkan cairan mentega & madu tadi ke atas cornflakes dan gaulkan rata guna spatula (senduk kek).

4. Gunakan sudu, masukkan campuran cornflakes madu ke dalam cawan kertas kek atau baking paper cup.

5. Buat sehingga semua adunan habis dan susunkan di atas baking tray (boleh dapat kira-kira 60 biji biskut).

5. Untuk hiasan akhir, taburkan sprinkles candy (manik gula) atau coklat urai (chocolate rice) mengikut kesesuaian dan kreativiti kesukaan anda.

6. Bakar biskut cornflakes madu di dalam oven pada suhu 150 darjah celcius selama 10 – 15 minit (jangan sampai hangus).

7. Siap membakar, keluarkan biskut cornflakes madu dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.

8. Susun dan simpan biskut cornflakes ke dalam bekas kedap udara. Hidangkan pada tetamu di hari raya nanti.

Kredit Resipi: Che Nom

Facebook Comments:
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

5 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

5 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

5 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

8 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

8 months ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

9 months ago